Thursday, August 15, 2019

Hakikatnya.. Semangat jihad ada tetapi ilmu tiada

Oleh kerana semangat kosong tanpa ilmu agama dan ilmu kenegaraan, ada ustaz penjawat awam yang buat kenyataan yang boleh mencetuskan huru-hara berdarah. Beliau mencadangkan supaya orang Islam bersiap sedia dengan parang kerana "mana tau ada orang kafir nak jadi seperti lembu korban". Sangat serius.

Dua atau tiga minggu lepas saya berdialog dengannya sambil makan tengahari. Beliau memberitahu saya bahawa beliau diarahkan berpindah ke Semenanjung dalam masa 24 jam kerana beliau berceramah tentang hudud di sebuah masjid di negeri bawah bayu. Hal itu berlaku sebelum PRU14. Maksudnya, tindakan diambil oleh kerajaan lama.

Ketika saya sembang semasa makan bersamanya, saya tanya ayat hudud potong tangan tu dalam surah apa? Dia baru nak cari dlm Apps Quran dlm phone.



Belum sempat dia jumpa ayat tu, saya beritahu dia, dalam surah al-Maaidah. Saya tanya Surah al-Maaidah tu turun bila? Dia terkebil-kebil sebab sejarah penurunan ayat Quran tak ada Apps khas dlm phone. Saya bantu dia dengan memberitahunya Surah al-Maaidah turun selepas Hajjatul Wada' / Haji Terakhir Rasulullah SAW (boleh dirujuk al-Imam al-Zarkasyi dalam al-Burhan dan al-Suyuti dalam al-Itqan).

Saya tanya dia lagi, Hajjatul Wada' berlaku tahun bila? Dia terdiam. Saya bantu beritahu dia, berlaku pada bulan Dzulhijjah tahun ke 10H. Rasulullah SAW wafat pada Rabi'ul Awwal tahun ke 11H. Jadi surah al-Maaidah yg mengandugi hukum potong tangan pencuri itu turun 3 bulan sebelum Rasulullah SAW wafat. Sebelum turun ayat itu tiadakah orang mencuri di zaman dakwah di Makkah dan di Madinah sebelum Hajjatul Wada'?

Kalau Islam menyelesaikan masalah orang mencuri hanya dengan hukum potong tangan, sudah tentu Allah tak cuai menurunkan ayat itu ketika zaman dakwah Makkah. Atau jika dikatakan Nabi SAW tiada kuasa semasa di Makkah, surah tentu Allah tak cuai untuk turunkan ayat itu pada awal2 Nabi SAW dapat kuasa sebagai ketua negara Madinah pada tahun 1H.

Dia terdiam mendengar syarahan saya kerana baru dengar fakta-fakta itu agaknya. Selama ini mungkin dia hanya belajar Islam daripada kitab feqah dan agamawan berjubah. Sedangkan Islam itu tak mungkin difahami secara tuntas dengan hanya membaca kitab feqah, ikut usrah dan dengar ceramah. Memahami Islam dalam isu yang kompleks seperti hudud memerlukan kajian yang mendalam melangkaui semua itu.

Nampaknya ramai ustaz hanya menjadi mangsa doktrin agama yang kering kontang daripada fakta dan hujah yang nyata. Kebanyakan hanya menjadi pengikut buta kepada para penceramah atau naqib usrah dalam parti Islam. Mungkin sebab itu kebanyakan mereka tidak sudi hadir untuk berdialog atau berforum di depan publik.

Semangat tanpa ilmu menjadikan seseorang itu ekstrim. Untuk menjadi ekstrim memang tak memerlukan ilmu yang mendalam. Cukuplah slogan ringkas seperti 'Islam penyelesaian segala masalah'. Doktrin tertentu menjadikan mereka sangat simplistik dengan hukum seperti hudud potong tangan pencuri. Mereka tak perlu fikir bagaimana hendak membantu rakyat mendapat rezeki halal dengan peluang pekerjaan. Sebaliknya cukup berfikir secara simple, kononnya pelaksanaan hukum potong tangan akan menghentikan jenayah mencuri. Sedangkan hukuman mati kerana mengedar dadah pun tidak menghentikan jenayah pengedaran dadah.

Abu Mishkat
Link @ Facebook

3 comments:

  1. Takkan nak buat sesuatu amalan tengok dulu turutan ayat tu turun bila......takkan nak haramkan arak kena ikut turutan ayat berkaitan arak turun.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat tanpa ilmu tu sebenarnya merujuk kepada tuan..bila tak faham, jadi mcm tuan le

      Delete
  2. Apabila wahyu diturunkan umat islam pada masa itu hingga sekarang kena ikut...bukan kerana lewat diturunkan maka kita boleh ikut dan boleh tak mau ikut...

    Sudah banyak keterangan mengenai hudud terutamanye syarat2:potong tangan di jelaskan oleh ulamak fekah...

    Kerana tak ikut perintah tuhan rasuah salahguna kuasa dan kroni berleluasa.....

    ReplyDelete