Wednesday, August 21, 2019

SERUPA BN, KERAJAAN PH TERUS TIDAK MEMPEDULIKAN M40??

1. Sedikit melegakan melihat DSAI menyeru memberi perhatian kpd miskin bandar. Namun mereka masih menumpukan kpd B40 yg miskin tegar dan miskin yg terperangkap dgn keadaan miskin bandar kerana berhijrah dr kpg dan pendalaman. Ini dinyatakan oleh Rina Harun, Menteri KPLB.

2. Apakah mereka masih di dalam Denial Syndrome atau enggan mengakui bahawa M40 juga ramai yg terperangkap dgn kemiskinan bandar? Saya pernah menulis bahawa M40 dianaktiri dan saya tak akan pernah jemu menyebut lagi bahawa M40 dipinggirkan walau ramai dikalangan mereka yg tinggal di bandar adalah penyokong dan pengundi PH.


3. Walhala sejak tahun 2017 Kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan lebih dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di bandar. Tentulah yg terperangkap dgn kemiskinan bandar juga ramai.

4. Pada Oktober 2017, pihak FOMCA pernah menegur Kerajaan BN bahawa ramai dikalangan M40 juga tergolong dr dari kalangan miskin bandar. Mereka menganggap pendptan isi rumah RM6,000 adalah pd paras kemiskinan bandar. Tetapi kerajaan BN hanya buat pekak badak dan hanya B40 terus dimanjakan.

5. Sebenarnya paras pendapatan miskin bandar RM6000 pendapatan isi rumah ini pernah dibangkitkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO dlm PAU beberapa tahun lalu tapi juga tidak diberikan perhatian oleh kerajaan BN.

6. Pada April 2019 Penyelidik Ekonomi Penggunaan UPM membangkitkan persoalan ini sbgai kelompok "miskin rentan". Beliau juga mengambil contoh paras pendapatan RM6000 sebulan sbgai benchmark kemiskinan bandar. Tapi kali ini Kerajaan Pakatan Harapan pula tidak memperdulikannnya.

7. Even bila Rina Harun dan DSAI berckp berkaitan miskin bandar mereka sekadar membayangkan miskin tegar dan miskin dari pendalaman yg berhijrah ke bandar.

8. Semua masih dlm DENIAL SYNDROME?? Maka satu SEGMEN besar masyarakat dan pengundi ini dijangka akan terus terpinggir, terpaksa membayar cukai tanpa sebarang kemudahan yg majoriti mereka adalah pekerja swasta serta dibiarkan sendirian bergelut dgn kos sara hidup.

9. Samada Kerajaan BN mahu pun Kerajaan PH...pendekatan mereka terhadap segmen masyarakat ini TIADA perbezaan besar.

10. Sikap terus memanjakan B40 sehingga meminggirkan M40 seolah2 M40 bukan "bank undi" yg punya hak utk diberi perhatian, saya percaya akan memberi kesan negatif jangka panjang kpd PH. Apakah Subsidi Minyak (Petrol) Bersasar juga BAKAL memangsakan M40?? Kita tunggu dan lihat.

Wallahualam.

- Zus Din
21 August 2019.

1 comment: