Saturday, September 28, 2019

Harga Minyak Masak turun lama dah, bukan disebabkan #BMF..!

Aku bukan tak sokong produk muslim, sapa kenal aku tahu lah.. cumanya antara cerita dongeng dari puak BMF ni, Kempen depa dapat menurunkan harga Barang.. Tapi setiap kali nak bagi bukti dan contoh, dalam beribu jenis barang dah pasti harga minyak masak jadi bukti depa.. tadi dalam group Family aku share benda ni, Aku nak betulkan fakta depa..

Paling popular Depa kata apa ?, Zaman GST harga minyak masak RM 22, zaman SST RM 24, tapi BMF dapat turunkan sampai RM 16.. Depa kata dulu Tauke Cina ambik untung banyak.. nasib ada BMF, berapa ramai bani melayu ditipu dgn statement ni..? Inilah Perkara Tahyul dalam alam Melayu, disulam dengan senimen kaum dan Agama... Boleh dah masuk dalam rencana buku Mastika.. Pembohongan paling Nyata..


Ni Nak habaq kat puak BMF, Harga minyak masak dah turun lebih dari setahun.. aku screenshot status Post 12 Sept 2018, harga harga minyak Saji yang lebih tinggi dari jenama lain dah jatuh kepada RM 17.90 selepas perlaksanaan SST..jenama lain ada yang turun kepada RM 16 pada tahun 2018.. Masa tu belum pun ada kempen BMF..

Kalau ikut rekod selepas Aidilfitri, Post diatas pada 10 Jun 2019, Selalunya setiap kali perayaan jadi pesta kenaikan harga barang, Raya kali ini merekodkan harga barang kawalan paling stabil, dari harga Ayam, Daging, telur, termasuk minyak masak kepada RM 15..

bagi aku ini kejayaan kerajaan PH dan Menteri Saifuddin Nasution.. begitu juga Sallehuddin Ayub yang mejamin bekalan hari raya mencukupi.. Kempen BMF hanya bermula pertengah bulan Ogos, Takda kena mengena dengan Kempen BMF..

Tapi bab minyak masak tu, Walaupun ia turun di tahun 2018, Selepas perlaksanaan SST, bagi aku harga yang murah hari ini bukan sebab SST sangat, tetapi disebabkan kejatuhan harga Komoditi sawit.. Apa pun teori Ekonomi, Bila ada lebihan bekalan dari permintaan..ia akan menurunkan harga barang..

Perlaksanaan SST berjaya mengurangkan harga barang bukan sebab Cukai itu, Sebab sektor Pemborong, Orang tengah tidak lagi dibebankan cukai, jadi harga lebih kompetitif dan mewujudkan persaingan harga.. Dalam perlaksanaan SST, yang dibebankan cukai hanya satu peringkat iaitu pengilang dan Pengimport..

Sebenarnya harga minyak masak yang murah, ia tidak lah baik bagi peneroka dan FELDA.. bila ada yang mengimpikan harga minyak Masak terlalu murah, mereka akan bebankan peneroka yang majoritinya orang Melayu..

Aku kalau Pakcik makcik yang dibodohkan dalam kempen ni, takpa lah jugak..Boleh jadi depa tak tahu harga pasaran..sebab asyik beli minyak Paket Subsidi.. Bayangkan Presiden PPIM pun tertipu dengan bangga dia kata kempen dia berjaya turunkan harga minyak masak.. Kononnya dulu Cina ambil banyak untung..

Oang seperti Presiden PPIM ni bukan tau apa..Jual Ubat gigi pun bungkus..Tapi takpa lah dia tu menipu..Yang heran, Ada Mufti dan Ahli Hadis ikut percaya kena tipu kempen depa dah berjaya turunkan harga barang.. Mufti dah fail bab Agama, Lepas tu fail bab Ekonomi.. Sekarang nak tunjuk pandai bab Politik..

Kalau hebat sangat BMF , Aku cadangkan Boikot Tol dan Minyak Petrol, Mana tahu boleh Turun.. :)

Ipohmali

1 comment:

  1. petrol tu kau pakai hari² nak gi kerja, takkan nak gi kerja jalan kaki. tol tu highway yang kau lalu nak gi kerja. kalau kau nak boikot kau kena terbang. minyak tu ada pilihan bmf atau bukan jenama bmf. aduh

    ReplyDelete