Saturday, October 5, 2019
Media PH gagal salurkan maklumat tepat, baik menteri penerangan letak jawatan!
MIER bagi cadangan kpd Tun, suruh buat semula GST untuk meringankan beban ekonomi yang terpaksa ditanggung kerajaan sekarang.
Atas cakap berlapik menghormati MIER, Tun kata kena tanya rakyat.
Lalu kebanyakan rakyat termasuk TV3 suku, memahami dan sengaja mengulas seolah Tun dan kerajaan nak laksana semula GST.
Cara TV3 menebual individu tertentu untuk menyokong GST dilaksanakan semula seolah GST betul2 akan dilaksanakan semula.
Begitu juga dengan slot timb menteri bercakap manderin di berita jam 8 di TV3.. Seolah nak membina perpepsi buruk pada PH.
Inilah fungsi TV3 sebenarnya. Mengelirukan rakyat dgn cerita sedemikian. Rakyat dibawah bertepuk meja, tuduh menuduh dgn cerita yang belum pasti. Secara senyap TV3 berjaya mensabotaj kerajaan.
Ianya tidak berlaku jika menteri terutama Gobind Singh berada diposisi masing2 dgn menceritakan hal sebenar kepada rakyat.
Penjelasan dari TV3 cara pemberitaan yg merugikan kerajaan perlu dibuat segera. Tak kan nak tengok saja berita2 yg menyakit hati sedemikian.
Rakyat dibawah dah terpengaruh dengan medium media sosial yang pantas ini.. Habis semua wasap dan fb group taman, surau, masjid, sekolah, kilang diaebarkan berita persepsi ini dan sampai penyokong yang sokong ph pon boleh terpengaruh.
Dalam hal ini, di mana pegawai / setiausaha menteri. Berfungsikah atau sekadar menerima gaji ribuan ringgit, tapi kerja tak reti nak buat?
Ayuh... cukuplah dgn lena yang panjang. Rakyat memerlukan tindakan positif dari anda.
Rakyat sudah muak dgn cerita dongengan tok selampit yg menyakitkan halwa telinga. Rakyat mahu tengok tindakan yg positif dari kalian untuk menaikkan imej kerajaan sekarang.
Mohd Farhan Yusof
AJK SURAU KG AKU
AJK TAMAN KG AKU
AJK MEDIA KG AKU
AJK PENIAGA KG AKU
No comments:
Post a Comment