Saturday, November 16, 2019

Akhirnya sebelum umum keputusan AMANAH sudah menang awal di Tanjung Piai.


AMANAH MENANG AWAL DI TG PIAI.

Pengundi di Tg Piai akan keluar mengundi hari ini. Keputusan hanya akan diketahui apabila kertas-kertas undi dikira sebaik sahaja semua pusat pengundian ditutup petang ini, termasuklah undi awal yang dibuat awal minggu ini.

Semoga Pakatan Harapan berjaya kekal di Tg Piai. Kemenangan PH di Tg Piai akan banyak menguntungkan rakyat Tg Piai, manakala kekalahan PH di Tg Piai hanya akan menguntung Si Kleptokrat dan para sekutunya.

Pun begitu, parti yang telah menang awal dari sudut politik di PRK Tg Piai ialah Amanah.


Pertembungan naratif politik dua parti yang bernuansa agama antara Amanah dan Pas sangat tajam sehingga ke peringkat ada yang dikafirkan, dimunafikkan, dan dihalalkan darahnya.

Amanah berpegang kepada naratif yang lebih progresif dan inklusif. Bagi Amanah, politik adalah perkara fiqhi yang termasuk dalam domain muamalat. Hukum hakam agama dalam politik adalah secara umumnya bersifat ijtihadi, tidak kekal, tidak qathei, dan memerlukan kefahaman yang jauh lebih besar dari sekadar mengetahui mafhum teks yang termaktub di dalam kitab. Maka itu, Amanah sering menegaskan bahawa politik bukan aqidah kerana sifatnya yang begitu.

Inilah antara isu besar di dalam pertembungan naratif politik Amanah dan PAS. Apabila Nik Omar menyebut bahawa pilihanraya bukan untuk memilih agama tetapi untuk memilih pentadbir yang terbaik untuk negara, beliau diserang tanpa tebing oleh pendokong PAS. PRK Tg Piai akhirnya menyerlahkan bahawa naratif politik Nik Omar diakui benar oleh pimpinan utama PAS sendiri. Amanah telah menang di dalam pertembungan naratif politik ini.

Amanah juga mengambil pendekatan inklusif di dalam politik. Pendekatan ini juga diserang dengan dahsyat oleh PAS dan Umno. Bagi Amanah, hubungan politik dengan kelompok yang pelbagai perlu diasaskan di atas fiqh at ta'ayush yang menekankan prinsip co-existence yang harmoni dan produktif di kalangan rakyat yang pelbagai. PAS menuduh Amanah sebagai khadam, pengkhianat, liberal, dan kuda tunggangan kepada golongan kafir. Ini semua berpunca dari pemahaman naratif PAS yang menganggap politik sebagai aqidah. Bagi mereka bersifat liberal dalam politik adalah juga liberal dalam agama, pluralis dalam politik sama dengan pluralis dalam beragama, akomodatif dalam berpolitik bermaksud mengenepikan hukum hakam agama.

Naratif politik PAS yang sebegitu keras sebelum ini akhirnya berantakan sendiri apabila tiba kempen PRK Tg Piai. Segala hukum hakam yang dulunya mereka pertahankan bermatian akhirnya terburai dengan datangnya fatwa-fatwa politik baru yang sebenarnya mengabsahkan naratif politik Amanah dari sudut agama.

Di PRK Tg Piai ini, naratif politik PAS tersungkur dan memberikan kemenangan kepada naratif politik Amanah.

Tanpa perlu mengira kertas undi, Amanah telah menang awal di Tg Piai!

Jamzuri Ardani

2 comments:

  1. PONTIAN - "Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bukan hendak pilih imam solat tetapi wakil rakyat," tegas Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pengundi Melayu di kawasan Parlimen itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, Bertambah bukan islam Kat parlimen. Tu Bukan Aku cakap ye, hadi awang yg cakap. Takbir... Mca menang... Tahniah rakyat tanjung piai. Anda berjaya buat penganggur kembali berkerja. Dia dpt berbelas ribu sebulan. Anda dpt sorak gembira... Tahniah la ye... Pada ph, kerja Lebih kuat lagi. Tu amaran rakyat.. Pada Tun plak. Mungkin zaman Tun dah berlalu... Mungkin jugak rakyat nak sesuatu yg baru... TaK perlu tunggu betul2 tepat pada masanya. Rakyat pilih Tun pun Salah Satu Sebab nya Janji Tun utk 2 tahun... Harap tun akan Pegang. Lembu Pegang pada tali.

      Delete