Friday, November 1, 2019
Mengapa Allah Memilih Tanjung Piai?
Soal PH boleh mempertahankan Tanjung Piai persoalan kedua, tetapi yang buat aku terfikir mengapa Allah memilih Tanjung Piai? Penyandang kerusi Parlimen Tanjung Piai adalah Mohd Farid Rafik, umurnya masih muda, seorang Doktor Pakar Bius, dalam keadaan sihat, tetapi beliau ditaqdirkan meninggal dunia pada usia yang muda...
Dari 222 kerusi Parlimen, mengapa Tanjung Piai? Kebetulan di Tanjung Piai mempunyai komposisi dan aturan calon yang pelik... Inilah hikmah dan rahsia Allah menzahirkan wajah kelompok Khawarij dan Ashabiyah... Wajah mereka yang selama ini menunggang agama demi politik mereka...
Dah lama aku nak komen, tapi aku sengaja tunggu pengumuman rasmi calon Barisan Nasional... Akhirnya semalam diumumkan calon MCA... Wee Jeck Seng mewakili BN dan PAS di Tanjung Piai bagi menentang calon Bersatu...
Dalam kehangatan mereka menjerit tentang perpaduan ummah, dalam mereka mengatakan Kerajaan PH dikuasai bukan Islam kononnya... Dalam kerancakan mereka mempromosikan BMF... Dalam pada mereka menjerit soal maruah Melayu, Allah menguji mereka di Tanjung Piai... Terutamanya parti PAS... Apa yang mereka diuji?
*1- FATWA PAS : HARAM SOKONG PENENTANG HUDUD*
Sebelum ini PAS paling lantang menentang DAP sebelum PRU-14 adalah sebab Hudud, RUU 355... Kali ini ditaqdirkan Allah datangkan calon MCA yang mana partinya paling keras menentang Hudud, hatta calon MCA, Wee Jeck Seng antara yang paling keras menentang Hudud, jadi kita akan dapat lihat pendirian PAS...
*2- FATWA PAS : HARAM PILIH CALON KAFIR*
Sebelum PRU-14, PAS sentiasa membandingkan calon berdasarkan keutamaan agama mereka... Keutamaan memilih calon Islam, malah haram memilih calon Kafir... Dalam kempen di PRK Cameron Highland juga, Haji Hadi dengan jelas mengatakan keutamaan memilih beragama... Jadi antara MCA dan Bersatu, mana malon pilihan PAS?
*3- FITNAH PAS : KERAJAAN PH DIKUASAI BUKAN ISLAM*
Di sini Allah sekali lagi menguji PAS, mereka sering mainkan sentimen kerajaan PH dikuasai Menteri dan ahli Parlimen bukan Islam, kata mereka, mereka mahu mengukuhkan politik Islam dan Melayu, jadi antara calon Bersatu yang juga seorang Imam, Pengetua Tahfiz dan calon MCA yang menentang Hudud, mana pilihan PAS?
*4- KEMPEN BMF DAN VMF? MANA PILIHAN PAS?*
Dalam kerancakan PAS berkempen, mempromosikan keutamaan membeli produk Muslim (BMF), apakah PAS memilih VMF (Vote MCA First), jadi sekali lagi Allah menguji PAS... Antara calon Bersatu yang kuat agamanya dan calon MCA yang menentang Hudud... Jadi mana pilihan PAS?
*5- JANJI PAS SOKONG KEPIMPINAN TUN MAHATHIR*
Sebelum ini berapa kali PAS dalam janjinya akan menyokong Tun Mahathir sebagai PM dan Bersatu mengekalkan undi dan penguasaan Melayu, kali ini Allah taqdirkan.. memang betul-betul calon bagi Tanjung Piai adalah kerusi Bersatu, yang lebih menarik, berlaku pertembungan dengan calon Bukan Islam (MCA)... Jadi sekali lagi PAS akan diperlihatkan akan menyokong calon Parti Bersatu pimpinan Tun Mahathir atau pun Parti MCA yang menentang Hudud?
Ini persoalan yang ummat Islam akan dapat lihat dalam PRK Tanjung PIAI, bukan soal siapa Menang atau Kalah... Kita akan dapat lihat wajah sebenarnya PAS, wajah sebenar PAS... Apakah benar mereka ini benar-benar mempertahankan Islam dan Melayu, atau ianya menjadi alat tungangan politik mereka lebih teruk dari UMNO?
Yang penting Allah menzahirkan kita wajah sebenar PAS dalam menjadikan agama Allah sebagai barang dagangan politik...
Inilah ingatan Allah bagi penjual-penjual agama sebagaimana firman Allah...
وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلاً..
Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit...
(Al-Maidah : 44)
Dan sekali Allah memperlihatkan apa yang mereka tuduh kononnya Amanah khadam DAP, apakah hari ini PAS sendiri lebih teruk dari ketika di dalam Pakatan Rakyat? Kali ini mereka sudah menjadi khadam MCA, MIC dan PBS... Bagi aku, soal Kalah Menang itu tidak penting...
Bagi orang Melayu... Ummat Islam, Sedarlah... Sheikh Said Ramadhan Al Bouti pernah mengingatkan kita akan kewujudan kelompok yang menamakan diri mereka kelompok Islamiyyin... Kata Said Ramadahan Al Bouti, mereka ini akan menjadikan syariat Allah sebagai khadam dan alat mereka mencapai cita-cita politik mereka...
Kelompok inilah yang diingatkan oleh Sheikh Said Ramadhan Al Bouti akan ancaman kelompok ini kepada ummat Islam, berkata Sheikh Said Ramadhan di dalam Khutbahnya...
يتخذون من شرائع الله وأحكامه خادماً لإيصالهم إلى مبتغياتهم السياسية المختلفة..
Mereka ini (kelompok Islamiyyin) menjadikan hukum dan Syariat Allah, sebagai ihadam (alat) bagi mencapai pelbagai tujuan-tujuan politik..."
Apakah kita masih belum sedar atau kita mahu melihat bumi Malaysia ini hancur dengan kebencian kaum dan agama dari kelompok Khawarij dan Ashabiyah ini?
Tazkirah Tanjung Piai :)
Ipohmali
Dlm Satu screen cerita Arwah Tan Sri P. Rmali ade Satu dialog yg disampaikan oleh watak seorang lebai. Jawatan dlm Istana dato nikah kawin. Ape Dia jawab bila ditanya salahkan org lelaki masuk rumah seorang wanita semasa suaminya Tiada. Salah tu salah jawabnya, Tapi Itu undang2 kanda Yg tulis, boleh kasi padam... Kat situ Kita boleh nampak ape Yg Cuba arwah sampaikan. Pada Aku la. Walaun ni nampak ape Yg Jadi, mcm macai nampak 1mdb. Tapi kerana walak tak bertempat... Semua Di ikut je la. Kalau lawan, neraka jahanam plak. Seolah dosa pahala ni dicatat oleh ulama mereka. Kita cuma boleh cakap. Mereka nak dwngar atau tak. Itu ikut hati sendiri....
ReplyDelete