Wednesday, November 27, 2019
Selepas Tun M, Siapa Selain Anwar Ibrahim?
Siapa Selain Anwar Ibrahim?
Sebuah wacana membuka minda agar tidak membuang masa di alam khayal yang tidak berpijak pada bumi nyata. Mari kita uji sebuah sintesis kepada tiga pertanyaan;
Siapa Selain Anwar Ibrahim?
1. Presiden UMNO? Pimpinan parti itu terbelit dalam kes rasuah yang banyak. Tokoh yang dianggap bersih dalam UMNO adalah Tok Mat. Tetapi Tok Mat hanya seorang ADUN yang perlu bertanding di peringkat Parlimen, bertanding menjadi presiden UMNO dan menang barulah mungkin dia menjadi calon PM. Perlu laluan berliku dan panjang untuk sampai kesana.
2. Presiden PAS? Pas saya sifatkan sebagai parti huhahuha yang menang sorak tetapi minoriti dari dulu hingga sekarang. Di Parlimen dia hanya ada 18 kursi yang secara automatik tidak memiliki kekuatan dalam Parlimen. Jika PM diangkat dari parti minoriti maka dia akan di dikte oleh parti komponen yang lebih kuat. Dia hanya akan menjadi PM boneka yang tidak ada kuasa melaksanakan konsep dan wawasan sendiri dalam membangunkan negara. Jika dia degil dia boleh di makzulkan pada bila-bila masa oleh parti yang majoriti dalam komponen parti kerajaan. Berpijak pada adat, UMNO tak akan berikan ia pada PAS walaupun atas nama Muafakat sekalipun.
3. Andai Pakatan pintu belakang berjaya mereka boleh menjadi PM? Boleh tetapi menurut hemat saya terlalu berisiko mempertaruhkan masa depan negara dengan PM trial and error. Terlalu mentah dan miskin prestasi serta tidak memiliki ciri pemimpin ideal. Teorinya hanya mereka yang kalah PRU 14 sahaja yang akan mendukung komplotan ini.
Mengapa Harus Anwar Ibrahim?
1. DSAI adalah Presiden PKR parti yang majoriti dalam parlimen saat ini. Pemilihan Perdana Menteri adalah bahagian dari sistem demokrasi bukan monarki. PM adalah presiden parti yang menang majoriti dalam PRU.
2. Tidak ada undang-undang yang menghalang DSAI daripada menjadi Perdana Menteri ke-8. Segala fitnah yang memburukkan DSAI mari kita diskusi sampai pukul 3 pagi..
3. Berpengalaman dalam kerajaan seperti menjadi TPM, Menteri Pendidikan dan pelbagai NGO dalam dan luar negeri.
4. Mendekati kriteria pemimpin ideal seperti Qawiyun Amin, rekam jejak, jujur, adil, ilmu, wawasan, moral, ketokohan karisma dan menjadikan harta sebagai alat perjuangan.
5. Tidak ada kes rasuah dan salah guna kuasa yang mengayakan peribadi dan kroni serta mencuri duit rakyat berbilion banyaknya selama ini.
6. Tiada siapa yang boleh menafikan baik kawan mahupun lawan bahawa DSAI adalah seorang yang berpengaruh dan mempengaruhi.
7. Memiliki sokongan dari anak muda dengan semangat reformasi dari pelbagai usia dengan semangat perubahan yang belum padam hingga kini.
8. Sokongan dari pelbagai bangsa dan agama yang tidak berbelah bagi.
9. DSAI adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan memahami apa permasalahan rakyat terutama soal konsep ekonomi kerakyatan.
10. Golongan rasional juga menyokong DSAI, namun mereka adalah silent majoriti menyokong dalam diam kerana tidak mahu dipeningkan dengan hal politik. Orang seperti ini banyak saya jumpai selama ini. Saya menyifatkan DSAI sebagai calon tunggal saat ini.
Apa Cabaran Anwar Ibrahim Menjadi PM?
1. Orang-orang lama di Malaysia yang ramai tidak suka terhadapnya. Ini kerana mereka termakan propaganda sejak zaman Tun M dulu lagi yang membangun imej buruk secara terancang terhadap DSAI. Kebohongan yang diulang-ulang akan di imani menjadi kebenaran.
2. Pengkhianat dalaman parti yang sanggup menikam dari belakang demi kuasa dan nama.
3. PAS juga sepertinya menggerakkan pengikut untuk tidak menyokong DSAI. Kemarahan mereka pada DSAI kerana dendam dengan kenyataan DSAI yang akan merampas negeri pembangkang pada PRU 15 nanti. Mereka juga marah dengan tuduhan wang 90 juta. Tetapi meminjam kata seorang tokoh mereka hanya pengacau yang tidak punya solusi. Pesan tok guru saya jika tak boleh membangun sekurang nya jangan merobohkan.
4. Golongan yang menikmati korupsi, kolusi, nepotisma tidak suka dengan DSAI kerana akan mengganggu budaya buruk mereka.
Harapan
Secara peribadi saya berharap semua negara umat Islam seperti Turki yang melahirkan Erdogan pejuang Islam sejati bukan dari parti yang menggunakan nama Islam. Parti Islam di negara umat Islam seperti Mesir dan Indonesia justeru ikut menjatuhkan Habibi dan Mursi sebagai tokoh terbaik umat Islam. Parti yang menggunakan nama Islam juga berjuang menjatuhkan kepimpinan Islamik di Pakistan dan banyak negara.
Menjadi Muslim garam yang tak terlihat tapi terasa lebih baik dari Muslim lipstik yang terlihat tapi tak terasa. Kurang apa sumbangan Tun Mahathir, Anwar Ibrahim pada Islam tetapi mereka tidak menjual Islam. Mereka menghidupkan Islam bukan mencari hidup dari hasil menjual nama Islam. Huhahuha hanya akan menghasilkan menang sorak kampung tergadai..
Mari buka kaca mata kuda untuk berbincang…
Kajang, 25 November 2019
Kyai Adi
No comments:
Post a Comment