Usah salahkan Mujahid sahaja
XIFU NASER | | 12 November 2019
SEORANG mualaf ingin memeluk Islam dan menyuarakan hasratnya kepada seorang ustaz tetapi beliau berterus-terang kepada ustaz bahawa beliau tidak mahu mendaftarkan keislamannya.
Apa yang berlaku seterusnya ialah ustaz itu nampak marah lalu memberinya ceramah sejam tentang kewajipan mendaftarkan keislamannya melalui proses birokrasi.
Contohnya, kalau beliau mati kelak ia akan menyusahkan pihak berautoriti untuk kebumikannya di tanah perkuburan Islam.
Maknanya, hari pertama peluk Islam sudah diugut dengan isu kematian.
Ringkasnya, seluruh sejam ceramah memberi gambaran ini: Kalau tak daftar, kamu tak ikhlas peluk Islam. Maka, lebih baik jangan peluk Islam supaya tidak menyusahkan orang lain!
Bila mualaf berkenaan tanya: Kalau saya peluk Islam sedangkan isteri enggan, apa akan berlaku?
Maka ustaz berkenaan pun jawab dengan muka tegas: Cerai! Maknanya kalau kamu benar-benar ikhlas peluk Islam, buang keluarga anda!
Dalam sejam pertama seorang mualaf setelah menyatakan hasratnya untuk peluk Islam, beliau sudah diugut dengan kematian dan perceraian seolah-olah rahmah dalam Islam sinonim dengan mati dan cerai!
Belum lagi soal potong kalau mualaf seorang lelaki!
Yang menambah lagi Islamofobia ialah bila ayah mualaf itu mempunyai kedai runcit dan ayahnya seorang Kristian.
Bayangkan ustaz berkata kepadanya: Buy Muslim-made first! Belum lagi masalah besar seperti isu nama dan isu harta pusaka.
Kita mungkin letakkan masalah Islamofobia ke atas bahu ultra kiasu ke atas kafir harbi, ke atas liberal bahkan ke atas Zionis juga tetapi senario yang melanda mualaf di atas adalah satu kenyataan hakiki.
Kritik
Baru-baru ini, ilmuwan terkenal di pentas global, Dr Yaser Qadhi telah mengkritik cara dakwah Ahmad Deedat yang melahirkan Dr Zakir Naik.
Dr Yaser bertanya mengapa cara Deedat, walaupun berjaya mengislamkan beberapa individu, tetapi masyarakat secara umum tetap enggan memeluk Islam.
Adakah dakwah hanya semata-mata pandai mengkritik kitab agama lain? Dr Yaser sebenarnya amat risau tentang gejala murtad yang semakin bertambah.
Kita bersorak satu kampung bila satu dua peluk Islam tetapi kita tak sedar pada masa sama jauh lebih ramai murtad atau sekurang-kurangnya tidak peduli lagi tentang Islam.
Debat Deedat ada kelebihannya pada keadaan tertentu tetapi psikologi manusia adalah jauh lebih kompleks. Siapakah yang nak peluk Islam kalau mualaf bukan Muslim sentiasa diugut dengan mati dan cerai?
Wujudkah saman malu?
Mengurus titik bengik
Sakit mata pun jadi perbalahan
18 tahun, matangkah mereka?
Siapakah yang mahu peluk Islam kalau Islam dikatakan rahmah untuk semua tetapi profesor-profesor Muslim dan pengajian Islam diam diri bila harta rakyat dirompak.
Siapakah yang akan menghormati Islam kalau ulama-ulama politik sanggup spin, pusing, putar belit hukum agama untuk menjaga bayaran Mercedes mereka.
Sekejap kata wajib undi Muslim, Buy Muslim-Made First pada satu PRU, selepas itu pada PRU lain tukar pula kepada undi kafir yang baik walaupun dia menentang hudud!
Siapakah yang tidak akan salah faham kepada Islam bila ulama menghalalkan baiah talaq tiga, menghalalkan rasisme atas nama asabiyah Islamik dan menghalalkan bohong dan cercaan demi parti?
Bukan rakyat Muslim biasa tetapi ulama yang menghalalkan semua ini!
Kalau ustaz boleh meragui keikhlasan mualaf yang tidak mahu daftar keislamannya, maka adalah munasabah kalau masyarakat majmuk meragui kebenaran Islam berdasarkan kata-kata ulama dan kedayusan Majlis Prof Islam!
Saya kenal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Walaupun beliau tidak punya masa untuk menjelaskan makna rahmah secara terperinci, beliau pernah memberitahu saya tentang mindset sesetengah ustaz, ulama dan pendakwah seperti senario yang saya sebut di atas. Masalah besar yang beliau hadapi ialah jentera birokrasi.
Jadual seorang menteri amat penuh tetapi apa tanggungjawab Majlis Profesor? Adakah para Profesor tidak punya masa juga untuk jelaskan makna rahmatan lilaalamiin secara terperinci dan realistik?
Demikian juga NGO-NGO dakwah di bawah saraan Menteri Agama. Di mana suara dan penyelidikan mereka?
Gaji luar biasa tetapi di manakah hasil penyelidikan mereka tentang konsep rahmah secara ilmiah dan terperinci? Adakah hasil penulisan mereka memberi jawapan kepada persoalan dalam senario mualaf di atas?
Xifu Naser ialah Pensyarah Pemikiran Kreatif Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
KOLUMNIS XIFU NASER
No comments:
Post a Comment