Sunday, December 8, 2019

Antara ASB & PH..!!

ASB & PH.

Sedikit kefahaman aku tentang ASB. (Mungkin betul, mungkin salah)

Aku masih ingat, dalam satu program di HUSM awal tahun 2000, Ustaz Harun Din (Allahyarham) menyebut ASB adalah haram.

Hari ini, pemegang ASB berjumlah 9.7juta orang. Hari ini, ramai Ulama' berpendapat ASB adalah harus, bukan lagi haram.

Bermakna berlaku transisi ASB dari haram kepada harus selepas beberapa tempoh jangkamasa. Bermakna, telah berlaku perubahan ke atas ASB, hinggakan kini ianya harus, tidak lagi haram.

Boss ASB adalah PNB. Manakala pelaburan terbesar ASB adalah dalam Maybank, 24.1%. Selain Maybank, banyak lagi portfolio pelaburan2 ASB yg menjana pendapatan.



Yg menjadikan ASB haram dulunya adalah profile portfolio2 pelaburannya. Hukum haram nya juga sesuatu yg cukup komplek untuk difahami! Bila portfolionya berubah, status hukumnya juga berubah.

Contohnya, Maybank dalam perbankannya dulu sama seperti bank2 konvensional/komersial yg lain yg ada urusniaga melibatkan riba. Apabila Maybank mula memperkenalkan dan memperluaskan perbankan Islam (zaman Ceo Wahid Omar), ianya mengurangkan urusniaga, terma dan syarat riba kpd Islamik.

PNB, selain Maybank, juga berusaha memilih portfolio pelaburannya yg lebih bersih.

Usaha yg konsisten oleh PNB ini memilih pelaburan portfolio2nya yg lebih bersih menjadikannya ASB dilihat bukan 'absolute' haram, tetapi harus walaupun portfolionya itu bukan 100% bersih!

Yg penting di sini usaha yg konsisten dan perubahan serta hasilnya positif atau dapat dirasai, menjadiksnnya harus.

Aku ingin mengambil analogi ASB ini dengan Kerajaan PH yg baru berusia 19 bulan. Kerajaan PH belum berjaya menukar "portfolio2nya" 100% bersih, tetapi usaha yg istiqamah, konsisten dan bersungguh2 sedang berlaku untuk membetulkan keadaan yg rosak begitu teruk!

Perubahan dan hasilnya mungkin begitu perlahan dirasai, tetapi yg pentingnya ada niat dan usaha yg bersungguh2 serta istiqamah ke arah itu.

Jadi, kita mintalah penyokong2 PH sedikit bersabar menunggu perubahan yg sedang diusahakan oleh pemimpin2 parti dan negara.

Sekian.

DrZLangitbiru

No comments:

Post a Comment