Sunday, December 8, 2019

APABILA 'SI KITOL' MAHU TENTUKAN UCAPAN PRESIDEN DAN PEMBAHAS


APABILA 'SI KITOL' MAHU TENTUKAN UCAPAN PRESIDEN DAN PEMBAHAS

Mahu jadi pemimpin mesti bersedia untuk mendengar pujian atau kritikan dari suara bawahan. Jika berhati tisu atau hanya mahu mendengar puji-pujian sahaja, kamu boleh lupakan cita-cita atau bermimpi untuk menjadi pemimpin. Kamu mungkin layak jadi "dewa" yang disembah oleh kartel kamu.

Di dalam ucapan dasar Presiden Keadilan sewaktu merasmikan Kongres Nasional Keadilan di MITC Melaka pagi tadi, beliau banyak bercerita tentang sejarah 'Si Kitol dan Mandeliar" sebagai nasihat kepada semua pimpinan dan ahli parti. Beliau turut bercakap soal ekonomi negara dan apa kehendak rakyat setelah PH menguasai kerajaan. Presiden turut mengingatkan pimpinan tentang sifat ego dan sombong serta lupa daratan yang boleh merosakkan pemimpin itu sendiri dan lebih teruk akan merosakkan imej parti. Soal disiplin juga turut disentuh oleh Presiden kerana ini asas kekuatan parti.


Ucapan dasar Presiden telah dibahas oleh para perwakilan yang ditentukan oleh MPN negeri masing-masing. Sebelum perwakilan berbahas, Pengerusi Tetap telah ingatkan tentang garis panduan yang perlu dipatuhi iaitu berbahas dengan penuh adab dan etika.

Apakah perlu Presiden atau Pengerusi Tetap kenakan syarat perbahasan mestilah penuh dengan kata2 ampu dan bodek pimpinan? Tidak boleh menegur dan mengkritik mana-mana pimpinan? Kalau begitu, ini bukan parti Keadilan, parti yang membawa obor reformasi. Jika kamu mahu ahli parti sembah kamu, kamu boleh keluar dari parti ini dan tubuh parti dewa kamu.

Saya rasa memang wajar pembahas menegur pemimpin sewaktu kongres kerana ini adalah medannya berbanding amalan puak kartel yang ponteng mesyuarat tetapi gunakan media untuk serang Presiden dan parti. Mereka harus tahu, bukan sahaja pemimpin parti ditegur bahkan PH juga turut dikritik oleh pembahas. Anwar juga ditegur dengan lantang kerana terlalu berlembut dengan pemimpin2 yang melanggar disiplin parti seperti ponteng mesyuarat dan menyerang parti melalui media. Adakah Anwar terasa hati, merengek dan merajuk?

Jika PH boleh ditegur, Presiden juga turut ditegur, siapa kamu tidak boleh disentuh? Bukankah esok hari penutup kongres semua pimpinan diberi ruang untuk menggulung dan menjawab teguran? Kenapa tidak mahu gunakan ruang itu untuk menjawab teguran sebaliknya gunakan media buat PC di tengah kongres berlangsung? Mana kejantanan kamu untuk berdepan dengan perwakilan?

Alhamdulillah, sewaktu puak2 ini keluar dewan sewaktu Kak Wan mula memasuki dewan untuk sesi perbahasan petang tadi, dewan tetap penuh dengan perwakilan yang bersemangat menyokong Presiden. Ini adalah gambar suasana di dalam dewan sejurus puak 'si kitol' cuba sabotaj kongres.

Usahlah cari alasan untuk meraih simpati ahli bawahan. Saya telah tulis sebelum ini, drama perdamaian akan berterusan selagi ada ' si kitol" di dalam parti.

WFAUZDIN NS

1 comment: