Tuesday, December 31, 2019

Hadi Awang - Haram sertai AMANAH & ANWAR perosak negara bukan Umno dengan Tun M


[ 'ibrah & perjuangan ]

Abu Ayyub al-Ansori RA meriwayatkan, salah satu sifat utama para sahabat tatkala bertemu Rasulullah SAW pasti meminta diri mereka ditegur, dan dinasihatkan ( عَلِّمْنِي وَأَوْجِزْ ) "ajarlah dan tegurkanlah diriku ini", kata sahabat pada Nabi.

Sunnah yg samalah kita perlu lakukan apabila bertemu dgn mereka yg lebih 'alim atau guru yg pernah mendidik kita.

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157681180404876

1. Awal 2019, seorang petugas peribadi Presiden party lama itu menelefon saya. Katanya, "...masa di IJN tadi Tok Guru bertanya hal enta, Sayuti Australia, dan bagaimana penglibatan enta dgn Amanah... ". Saya maklumkan pada sahabat itu, kirimkan salam, dan maklumkan memang sejak bersama Amanah ini, sudah 2 kali patutnya saya berjumpa Tok Guru, tapi perjumpaan itu dibatalkan akhirnya oleh "orang tengah", atas alasan Tok Guru pula tak mahu jumpa, katanya.

2. Yang terakhir, dua bulan sebelum tinggalkan party lama dulu (Jun 2015), itulah terakhir saya dgn Tok Guru berjumpa. Saya nyatakan soalan dan pandangan bahawa tindakan Tok Guru melanggar syura/muktamar itu bertentangan dgn kehendak perwakilan yg menolak usul tersebut. Saya nyatakan penuh yakin, jika keputusan itu tidak dibetulkan, saya yakin party akan dihina atas pengkhianatan yg berlaku itu, bahkan Tok Guru pula akan dipersalahkan segalanya.

Jawapan Tok Guru - "tiada" jawapannya..!

Tapi keputusan itu kata Tok Guru dibuat sebab Anwar & DAP katanya. Walau pun tiada syarah mampu diberikan pada alasan yg diberikan itu.


3. Dalam pertemuan itulah saya sebut ke Tok Guru, saya mengambil pendirian terpaksa "expose" kan kesalahan jama'ie yg Tok Guru lakukan itu, agar ummah yg sayangkan dakwah tak terpedaya dgn tindakan salah yg Tok Guru lakukan itu.

Itu dulu, sudah 4 tahun berlalu.

Pendedahan di wall FB saya diikuti rapat kalangan ahli & bukan ahli party itu, termasuk musuh politik. Tak terkata ramainya para pentaksub Tok Guru yg mentohmah, menfitnah, pun tanpa berani berhujjah!

4. Kisahnya ketika 3 hari bermusafir di Pantai Timur kelmarin, saya ambil kesempatan peribadi ziarahi Tok Guru di teratak beliau sendiri, dalam suasana penuh mahabbah, ceria dan tenang. Lebih mudah berjumpa rupanya tanpa si org tengah yg kerap menciptakan alasan tersebut.

5. Dimulakan dgn pelukan, bertanya khabar, kesihatan serta perkongsian sessi rawatan Tok Guru di IJN. Then Tok Guru imbas beberapa kisah permusafiran dulu, ketika saya memegang tanggungjawab Setiausaha Lajnah Antarabangsa, serta berkaitan anak-anak saya yg pernah dikucup dan didoakan satu ketika dulu.

6. Hingga akhirnya landing kepada tajuk serious berkaitan ceramah Syeikh Raisuny yg dibatalkan malam sebelum itu di Rusila. Sempat juga Tok Guru berikan taaruf lebih dekat berkaitan Syeikh itu pada saya. Saya setuju pendirian Tok Guru dalam isu antarabangsa yg bersungguh dinyatakan itu.

7. Saya juga yakinkan, sebahagian kepimpinan Amanah sejak dahulu lagi memang berpegang pada pendirian yg sama dgn Tok Guru, khasnya dlm isu antarabangsa, termasuklah isu sunni/syiah, peperangan disebabkan penindasan mustakbirin, isu Syria & Yaman, dan lain lagi.

Then barulah Tok Guru masuk ke tajuk sebenar yg beliau fahami tujuan kehadiran saya itu;

"...Habis, dah pandangan isu antarabngsa saya orang Amanah pegang, mengapa pandangan politik nasional saya nak tolak pula...?"

8. Persoalan ringkas itulah sebagai muqaddimah lebih 45 min selepas itu untuk saya mendengar teliti, mengamati serta menilai setiap bait ungkapan yg keluar daripada Tok Guru tersebut, termasuklah antara yg kecilnya (sangat serious kan...);

- Enta wajib masuk semula ke Pas, sebab dosa bila tinggalkan perjuangan Islam ini.

- Enta kenalah fahami bahawa Amanah itu haram untuk disertai, berdosa.

- Enta tak memahami process ilfiltrasi oleh JIM atau IKRAM yg sudah merosakkan Pas sejak dulu lagi, dan merosakkan kepimpinan Pas sendiri, hingga saya tolak semua mereka itu keluar daripada Pas.

- Enta tak kenali fikrah komunis yg DAP perjuangkan, sebab itu enta masih sanggup berkawan dgn DAP itu, sedangkan Pas dah tinggalkan puak itu.

- Bahkan sebenarnya kedua mereka itu, DAP & Anwar itulah yg menjadi punca sebenar kerosakan Negara Malaysia ini, bukan Umno dan bukan TunM.

- ...huh, dan lain-lain lagilah. Berpeluh saya :)

Selama keseluruhan 57 min saya menadah telinga, dengan cubaan sesekali mencelah dgn hujjah atau jawapan yg langsung tidak membawa apa-apa kesan buat apa yg mahu diungkapkan Tok Guru ketika itu.

9. Saya gembira sebenarnya, selama 57 min itu saya berjaya medengar sendiri dari mulut Tok Guru segalanya, bait demi bait dgn jelas. Saya amalkan sifat sahabat pada hadith di atas tadi, jumpa untuk mendengar nasihat atau teguran, dan saya bawa balik untuk saya amati dan menilainya.

10. Akhir pesan Tok Guru, enta balik dan enta ingatkan kawan-kawan benda yg saya dah bagitahu ini. Kecuali beberapa yg dah dipesankan sebagai personal & private yg tak mahu dikongsikan atas sebab tertentu. Saya nyatakan ya, insya Allah saya cuba kongsikan di wall FB saya selepas menulis semula setiap bait rakaman yg dititipkan itu.

11. Seperkara yg saya benar-benar terasa sebaik tinggalkan Rumah Tok Guru itu adalah, saya berasa "begitu tenang" dan sungguh bersyukur, lega, mendengar sendiri setiap bait keras dan tegas Tok Guru yg selama ini saya menerima kebanyakannya hanya daripada pihak ketiga semata. Tapi semalam, semuanya di depan mata saya, dan segalanya dalam catatan saya untuk dikongsikan bersama kelak.

12. Akhir sessi pesanan sang ayah kepada anak itu, saya bersalaman, perpelukan perpisahan, serta memohon Tok Guru terus doakan buat saya & kita semua yg berjuang di medan dakwah ini, dalam apa jua wadah yg ada.

Tidak kata Tok Guru, "... doa jika enta pulang semula kepada Pas...!"

Thanks anyway Tok Guru...

Saya memahami pendirian & kehendak Tok Guru itu.

13. Jazakumullahu khayran menerima kehadiran anak kecil ini. Terima kasih kerana memberikan "pencerahan" yg sebenarnya melenyapkan banyak taraddud yg berlegar selama ini.

14. Saya doakan Tok Guru diberikan nikmat kesihatan serta diilhamkan pandangan yg terbaik, dijauhkan lagi segala kekhilafan fikrah. Saya menyusun jari kemaaafan atas khilafnya saya pada tulisan saya (jika ada) dan memohon Allah terus berikan kekuatan melaksanakan kerja dakwah yg masih banyak di depan kita hari ini....

Perkongsian pada kenyataan Tok Guru itu bakal menyusul dlm artikel selepas ini, insya Allah.

Ahmad Sayuti Bashiron

No comments:

Post a Comment