Thursday, December 5, 2019
Mana bukti yang mengatakan ada pimpinan PH perlekeh hudud. Mana dia?
Saya tanya soalan ni berulang kali ... mana bukti yang mengatakan mana-mana pimpinan Pakatan Harapan perlekeh hudud. Mana dia?
Tapi itulah modus operandi mereka. Memaksakan naratif palsu mereka ke dalam minda masyarakat. Pembohongan di atas pembohongan. Fitnah di atas fitnah.
Kerapkali sudah dijelaskan bahawa isu berkenaan perlaksanaan hudud adalah perkara yang melibatkan perlembagaan. Isu yang melibatkan perlembagaan tidak boleh ditangani secara partisan. Ia memerlukan konsensus. Ia memerlukan suasana yang kondusif untuk melakar asas perbincangan yang bermakna.
Halangan utama perlaksanaan hudud ialah apabila ada kelompok yang suka menjadikan isu ini sebagai modal politik partisan. Selagi mana isu ini dilihat dan ambil pendekatan secara partisan, maka ia akan selamanya kekal sebagai permainan politik divisif dan destruktif.
Situ duduk!
Jamzuri Ardani
Wow! PH sudah suka hudud.....takbir!
ReplyDeleteen walaun, lama dah tak dengaq ostaz lobai cerita pasai hudud. amboi sejak jdi khadam ni, angguk memanjang
DeleteTime prk tg piai lebai hadi dh fatwakn impossible nk laksana sbb masyrkt majmuk....
ReplyDeleteRuu355 pas dh kelaut
ReplyDelete