Sunday, December 1, 2019

TENDER DIBEKUKAN, KARTEL UMNO-BN MULA MEROYAN


TENDER DIBEKUKAN, KARTEL UMNO-BN MULA MEROYAN

Berpuluh tahun mereka bermaharajalela. Tukar kerajaan pun, sistem tu mereka dah masak dah.

Dari tender kantin sampailah tender buku teks, mereka sapu bersih. Nama syarikat macam-macam, tapi belakangnya orang yang sama.

Sebab tu kita tengok sampai sekarang, media masih mereka pegang. Walaupun akaun UMNO-BN dibekukan, mereka tetap boleh bergerak laju. Sebab apa tuan-tuan?

Sebab wang masih berkepul-kepul keluar. Hari-hari kerajaan kena fitnah, kena putar belit. Dari mana datang benda ni kalau tak ada fund besar?


Lama jugalah nak faham taktik mereka. Tapi kali ini dah masuk perangkap.

Selepas kantoi semua syarikat yang dapat tender lebih RM2 bilion, pengurusan tertinggi terus bertindak bekukan tender ni serta-merta.

Hari ini, meroyanlah puak-puak ni.

Yang paling menarik, kali ini kita juga dah dapat tangkap siapa pegawai di perolehan yang selama ini jadi pencacai manipulasikan hal-hal teknikal untuk pastikan syarikat-syarikat kartel ni menang.

Prosedurnya mereka tahu. Setiap pemilihan ada Jawatankuasa Khas yang pantau. Bila sampai ke mesyuarat JK mulalah mereka pening sebab ini mereka susah nak pegang. KPM dah rombak habis JK ni.

Semasa mesyuarat di hotel (kita tahu di mana meeting tu) untuk tentukan siapa yang dapat tender ni, pegawai yang bertugas sudah simpan senarai syarikat yang menang dalam CD dan Pendrive.

Tapi bila sampai ke lembaga KPM, senarai ni berubah.

Tapi rupanya bila semak balik senarai itu dan tup-tup, semuanya bertukar.

Rupa-rupanya, senarai pemenang tender berbeza dengan senarai pemenang sebenar yang telah dipilih di mesyuarat teknikal. Setelah disiasat, ada orang yang menukar senarai tanpa pengetahuan ahli lembaga pemilihan tender.

Tapi bila dah kantoi, pegawai bawah ni mulalah guna alasan macam-macam untuk pastikan KPM teruskan juga tender ni. Ada dari kalangan mereka yang sanggup kena tukar asalkan tender diteruskan.

Sebab apa tuan-tuan? Inilah yang ‘fishy-nya’.

Bila disiasat, pegawai ni (yang selalu bertopi jumpa dengan kontraktor-kontraktor besar untuk berurusan) rupanya dah dibayar untuk pastikan kartel ni dapat. Bila terkantoi, orang dah jerut tengkok, padanlah muka.

Sekarang ni mereka tengah pening sebab duit dah habis keluar merasuah sana-sini tapi apa satu pun tak dapat.

No comments:

Post a Comment