Friday, April 26, 2019

ADAKAH PAS PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM ??

- Prof Nasoha Saabin

Faham agama tidak bererti faham kepada pendekatan politik dan kemaslahatannya. Yakin kepada Islam asasnya adalah menyokong kepada kerja-kerja makruf dan menentang pihak-pihak yang mungkar. Adakah bersama dan menyokong UmnoBN itu bertepatan dengan uslub dakwah Islam ??

Pengorbanan juga menjadi sia-sia jika kita bersekongkol dengan puak-puak yang zalim dan mungkar serta menyeleweng apabila diberikan kuasa. Jika benar kita melakukan sesuatu itu kerana Allah, maka Allah melarang kita cenderung kepada kezaliman, apatah lagi menyokong dan mengundi puak-puak ini. Inilah yang selalu disebut di dalam mukaddimah setiap ucapan di dalam ceramah Pas sebelum ini.

ISLAM TERANCAM ATAU PAS UMNO TERANCAM?




Soalan untuk YB Razman dan PAS;

▪IBADAH apa yang diharamkan kerajaan?
▪MASJID mana yang dah disita?
▪MAHKAMAH SYARIAH mana yang dah ditutup?
▪INSTITUSI AGAMA mana yang sudah dibatalkan pendaftarannya?
▪NGO ISLAM mana yang dah diharamkan?
▪PENDAKWAH mana yang dah ditarik tauliahnya?
▪PASTI dan SRITI mana yang dah dirobohkan?
▪SIARAN ISLAMIK apa yang dah digam diradio/tv?
▪BANK ISLAM mana yang dah ditamatkan operasinya?