Sunday, June 23, 2019

'Arahan pulang semula wang tajaan tunai haji?' - Ini reaksi KP SPRM

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya pada Ahad menafikan dakwaan tersebar yang kononnya suruhanjaya itu telah mengarahkan para jemaah haji yang ditaja pada tahun 2011 hingga 2018 untuk memulangkan semula wang tajaan itu.

Selain itu arahan menerusi laman Twitter kononnya beliau mengarahkan jemaah haji untuk mengembalikan semula wang tajaan hasil wang curi dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) juga adalah tidak benar sama sekali.