Sunday, June 30, 2019

Benarkah Islam sudah semakin terancam dikacamata PAS UMNO!

Mualaf cina ini lebih ada akal dari sesetengah Melayu-

Keliru kita bila memikir, macam mana Islam di Malaysia boleh terancam pada hal kita ada -

1. 13 orang Mufti yang dibayar Gaji untuk membimbing orang Islam.. agama lain tiada.

2. 9 orang Sultan dan seorang Agong yg dibayar gaji dan diberi kuasa penuh mengikut Perlembagaan negara untuk menjaga agama Islam supaya tidak di ganggu gugat. Agama lain tiada.

3. JAKIM, yang mempunyai bangunan indah dan tersergam, mempunyai pejabat disetiap negeri dengan ramai pegawai berkelulusan tinggi dibayar gaji untuk memajukan Islam. Agama lain tak ada.

Mat Sabu: Kritik kita terima, fatwa mengarut kita lawan


Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata beliau terbuka dengan kritikan daripada parti pembangkang sekiranya kritikan itu benar.

Namun, Menteri Pertahanan itu membidas pihak yang menggunakan "fatwa mengarut".

"Minggu ni fatwa wajib jatuhkan PH, minggu depan fatwa lain pula. Tahun depan fatwa lain pula. Itu parti fatwa.

"Segala kritikan kita ambil, kita kaji. Kalau kritikan itu benar kita baiki.

"Tapi kalau ada fatwa-fatwa mengarut itu, kita hindarkan, bahkan kita lawan parti yang selalu menurunkan fatwa itu kerana ia boleh merosakkan keharmonian yang ada di Malaysia," katanya dalam ucapan rumah terbuka Amanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur hari ini.