Sunday, November 17, 2019

KEDAH TERUS JADI DESTINASI PILIHAN PELABUR


ALOR SETAR - Prestasi cemerlang Kedah dalam menarik kedatangan pelabur asing berterusan menerusi kehadiran satu pelaburan dari New Zealand di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang dianggarkan mencecah sehingga RM1 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Kedah, Tan Kok Yew berkata, pelaburan bernilai tinggi itu ketika ini berada dalam proses mendapatkan kelulusan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

"Pelaburan industri di Kedah memang amat menggalakkan. Selain KHTP, Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) juga kian berkembang dengan kerajaan negeri turut menerima cadangan untuk pelaburan dalam sektor agro makanan di Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di situ.

Post Mortem Kekalahan PH, Bersiap sedialah PH untuk di SOSMA kan selepas PRU15

oleh : Mohd Mukhlis Mohd Sharif

15 ribu majoriti bukan satu angka yang kecil tambahan pula yang di angkat itu orang MCA yang menghina hudud, tulisan jawi dan himpunan maruah melayu. PH-Bersatu kena ingat kerusi yang arwah Dr Farid menang dulu asalnya kerusi MCA, jadi bila banyak PDM mengundi Cina yang sokong PH dulu pun PH kalah nampak sangat strategi PH-Bersatu bermain dengan sentimen ultra Melayu tidak menjadi. Bermain isu perkauman ini tidak ada pemenangnya, yang akan rosak ialah masyarakat yang saling prejudis antara satu sama lain.

Ingat bila Ronnie Liu kritik TunM bila Tun masih berteka-teki dengan tarikh peralihan PM, Syed Saddiq bukan main lantang lagi menghentam DAP di media. Tapi bila Peja MB Perak kutuk DAP, boleh pula Syed Saddiq suruh settle cara kekeluargaan. Apa yang Ronnie Liu cakap tu ada kebenarannya dan hari ini di terjemahkan oleh masyarakat Cina dengan kehilangan satu kerusi Bersatu sendiri. Bagi saya permohonan maaf Syed Saddiq is too litte too late.