Jawi – siapa nak berundur? S.Arutchelvan
Hari ini saya menghadiri satu forum bertajuk Forum Jawi – Saling memahami anjuran GBM – Gabungan Bertindak Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor. Forum ini amat baik kerana ia turut dihadiri oleh Dong Zong, Tamil Foundation, IKRAM, ABIM dan Dewan Perhimpunan Cina. Yang menjadikan Forum ini complete adalah ia dihadiri juga oleh Dr Habibah Abdul Rahim dari Kementerian Pendidikan.
Saya berpendapat dalam satu forum yang dihadiri oleh semua kaum, maka semua pandangan semua ahli panel pelbagai kaum masuk akal dan rasional. Mereka berdialog dan meluahkan isi hati secara terbuka. Saya juga mula memahami sudut pandangan Dong Zong dan juga penjelasan yang begitu baik dan profesional oleh wakil Kementerian.
Namun saya bayangkan, jika forum tersebut hanya dihadiri oleh satu kaum dan ahli panel dari kaum tersebut, maka kita dapat bayangkan tuntutan-tuntutan dan jeritan slogan yang akan disambut dengan emosi tinggi dan nada tinggi. Maka akan berebut-rebutlah orang untuk memenangi pingat emas untuk pandangan yang paling radikal.
Friday, December 27, 2019
PANAS!! Pendedahan pegawai menteri PH berkenaan elaun yang di 'claim' sejak memerintah..!
Sekarang viral mengenai gaji dan elaun Menteri. Byk jugak yang viralkan keratan akhbar ni untuk membelasah Pakatan Harapan dan menuntut elaun Menteri dipotong.
Saban bulan, saya turut menguruskan claim Menteri. Banyak juga benda yang dia langsung tak claim seperti bil elektrik dan air rumah beliau. Sejak mula masuk office tak pernah dituntut. Bil telefon juga sama. Dia kata dia mampu bayar tanpa duit kerajaan. Claim luar negara pun walaupun isteri beliau berkerja rasmi sama, tak pernah dituntutnya. Claim perabot rumah semua tak diambil. Rumah kerajaan pun tak digunanya.
Saya dah bekerja dgn 4 orang Menteri. Termasuk Menteri BN. Masing2 ada kelebihan. Tapi bab berjimat ni saya angkat tabik hormat kepada Menteri saya yang ini.
Jadi bila ada fitnah teruk macam ni, saya rasa sgt tidak adil. Ada yang cakap ni keratan akhbar tahun 2016. Dan ia berpandukan maklumat dalam Internet sahaja dan bukan fakta sahih daripada JPA.