Tuesday, January 7, 2020

Hadi - Qaradhawi pun kena TIPU oleh ANWAR..!!


[ 'ibrah & perjuangan ]

Qaradhawi pun kena TIPU...

Sebelum pindah tajuk lain berkaitan ziarah mahabbah itu, ingin saya tegaskan take-home message yg dibekalkan Tok Guru petang itu hanyalah TIGA (3);

(a) Jangan percayakan Anwar. Jangan juga percayakan DAP. Saya (Tok Guru) juga tak percayakan Umno, Najib dan Zahid Hamidi. Sebab itu saya mahukan Mat Hasan naik jadi PM (huraian bersambung nanti).

(b) Segera tinggalkanlah Amanah / Pakatan Harapan.

(c) Masuklah balik Pas, demi perjuangkan Islam, katanya.

Itulah kesimpulan lepas berkali-kali meneliti rakaman & video pertemuan petang itu, yg diminta Tok Guru sampaikan juga untuk pengetahuan kawan-kawan yg sudah tinggalkan Pas itu.

Tapi perlu saya jelaskan dahulu, sahabat-sahabat party lama tidak mampu menolak apa yg saya ceritakan itu, tapi cubaan mereka adalah untuk menggambarkan saya cuba mereka-rekakan cerita pertemuan itu, dengan tujuan bahawa persepsi terhadap Tok Guru yg digambarkan itu adalah tidak benar sama sekali bagi mereka.

Terpulang...


https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157703881504876

TA'ASUB (kata nama bagi 'asobiyyah) sememangnya menatijahkan individu yg "tak siuman dalam berhujjah" dan tak sesekali sanggup kesalahan dipalitkan pada ketua, atau ayatullah kumpulan yg mereka anuti itu.

Saya tetap tak berhajat kongsikan keseluruhan rakaman pertemuan sbg bukti, kerana banyak dalamnya kenyataan Tok Guru yg "...ini ana bagitahu enta sahaja" dan perlu saya ber-amanah dan tak sebarkannya. Tapi cukup beberapa clip yg dikongsikan moga meyakinkan kamu yg cuba menfitnah itu..

1. Pertamanya, saya jumpa Tok Guru memang atas sebab saya rindu mahu berjumpa, lepas 4 tahun tak bersama, dan terakhir pegawai Tok Guru sendiri menalefon saya nyatakan Tok Guru beberapa kali bertanya ehwal "Sayuti Australia" masa di IJN baru ini.

2. Maka saya berjumpa semata untuk ber-ukhuwwah, penghormatan seorang murid pada gurunya, yg ditakdirkan berbeza pendapat & party hari ini.

3. Saya dipanggil naik dan masuk ke beranda oleh isteri Tok Guru, menunggu agak lama Tok Guru yg bangkit daripada tidur apabila dimaklumkan yg datang itu adalah "Sayuti Australia daripada Shah Alam", sebelum keluar dan kami berpelukan mesra dan bertanyakan khabar keluar, anak-anak, serta kesihatan.

4. Saya mulakan tajuk dgn "mohon nasihat & teguran", dan ketika itulah Tok Guru terus mulakan muqaddimah nya dgn arahan "keluarlah Amanah" dan masuk semula Pas, dan jangan lagi percayakan Anwar & DAP.

5. Itulah the "gist" / atau intipati yg sememangnya Tok Guru mahu maklumkan pada saya seawal liqa' mahabbah itu bermula, hingga akhir. Rasanya 2/3 pertemuan itu hanya pada tajuk Anwar semata, selebihnya barulah berkaitan DAP, Amanah dan Mahathir..

6. Saya tiada masalah arahan itu. Kita demokrasi, dan saya faham kesungguhan Tok Guru mahu saya "pulang ke pangkal jalan" itu adalah ikhlas, atau sayangkan saya. It's OK with me, I appreciate it. Thank you.

7. Bahkan saya langsung tak berhajat menjawab apa yg saya dengar dari mulut Tok Guru petang itu, walau saya pasti tak boleh menerimanya. Sebab memang tujuan saya untuk mendengar semata.

8. Cuma keadaan bertukar, hanyalah tatkala Tok Guru selitkan pertemuan 57 min itu dgn ungkapan "...enta semua ditipu oleh Anwar" kerana mengikut Tok Guru Amanah ini adalah alat utama Anwar Ibrahim (dan juga alat pada DAP).

9. Tatkala itulah Tok Guru mulakan satu per satu points (daripada 11 points semuanya) secara tersusun berkaitan Anwar depan saya itu, barulah saya cuba selitkan sedikit ayat membetulkan kenyataan Tok Guru itu.

10. Dan seperti disangka, sebaik "celahan" itu berlaku, terimalah saya tengkingan atau herdikan kuat "enta tak tahu, ana tahu" dikeheningan petang itu, walau tanpa disusuli sedikit pun hujjah balas untuk menyokong sebarang kenyataan Tok Guru sebelum itu.

DOKTRIN yang amat bahaya!

11. Maka saya kongsikan di sini, sesungguhnya saya melihat satu yg AMAT BAHAYA sebenarnya, satu yg sungguh kritikal berlaku pada fikrah/pemikiran Tok Guru yg dianggap mereka sebagai ulamak party Islam tersebut.

12. Bagi saya, Tok Guru sebenarnya sedang berada dalam situasi "seolah terpukau" (hypnotized) dgn berpegang penuh pada beberapa kenyataan daripada pihak ke-tiga yg disampaikan kepada Tok Guru, yg akhirnya diulang berkali-kali atau puluhan kali oleh Tok Guru kepada pihak lain (dalam ceramah, ucapan, tulisan etc) sebagai bahan utama Tok Guru sampaikan.

13. Hinggalah ketika Tok Guru jumpa saya itu, segala wajah, air muka, mata, kesungguhan Tok Guru itu adalah menunjukkan hampir seolahnya Tok Guru sudah berpegang dan yakin sungguh dengan apa yg Tok Guru cakapkan itu secara total, 100%, tanpa langsung keraguan lain.

Itulah INDOCTRINATION!

Pembohongan yg sudah menjadi 'itiqad!

14. Hanyalah apabila saya (se-sekali sahaja) mohon mencelah dan perbetulkan fakta salah yg Tok Guru sebut itu, barulah Tok Guru bertegang urat marahkan saya, disusuli kenyataan bangga bahawa saya seolahnya langsung tak mengetahui apa yg Tok Guru sampaikan itu (enta tak tahu), tanpa hujjah sokongan mampu dikemukakan Tok Guru untuk menjawab celahan saya tersebut.

Moga ikhwah fahami sitiuasi yg cuba saya gambarkan ini.

15. Conclusion awal saya pada segala kenyataan Tok Guru yg dilontarkan tanpa pembuktian atau dalil tersebut adalah begini;

(a) Tok Guru dihimpit dgn pelbagai manusia yg "besar" bagi Tok Guru, termasuklah Umno Najib, Zahid, Hasan Ali, Sidek Baba, BTN, SB, Intelligent, CIA, atau sekalipun kalangan ustaz muda Pas, atau Professor etc, (antara yg disebut Tok Guru) yg telah menyampaikan pelbagai cerita rekaan atau dongengan terus pada Tok Guru.

(b) Tok Guru tak rasakan perlu untuk tabayyun. Apatah lagi cerita itu berkait dgn isu Islam, Melayu atau musuh politik yg Tok Guru marahkan selama ini.

(c) Maka Tok Guru ambil pendirian memegang cerita itu, kemas, yakin 100%, serta menjadi faktor decision making Tok Guru dlm politik, yg ditunjukkan dlm keputusan politik hari ini.

(d) Seterusnya Tok Guru ulangilah cerita-cerita itu dalam pelbagai ceramah, usrah, halaqah etc bersama pentaksub dan ahli Pas, yg semua pasti mengangguk, menelan dan menerimanya penuh kepercayaan tak berbelah bagi. Bagi mereka, mana mungkin "ulamak berbohong".

(e) Maka cukuplah bagi Tok Guru, tiada yg bantah bermakna "aku tahu, aku betul" dan itulah yg dijadikan 'iktiqad politik Tok Guru selama ini, ie. Anwar (dan DAP) adalah musuh, dan selamanya musuh yg sangat bahaya pada negara.

(f) Dan dengan itulah Tok Guru pula dgn begitu yakin menyusun perkataan untuk memberitahu pula saya points berkaitan Anwar (dan DAP ) tersebut, termasuklah satu nya berkaitan Syeikh Qaradhawi ditipu oleh Anwar, dan Syeikh Raisuny mahukan TunM kekal sbg Perdana Menteri tersebut. Pembohongan atau rekaan bentuk khayalan Tok Guru itu dah menjadi satu 'iktiqad / pegangan pada diri Tok Guru hari ini.

Pepatah sebut;

"Pembohongan yg diulang-ulang pasti menjadi keyakinan diri akhirnya"

16. Itulah dilemma yg dilalui Tok Guru yg wajib mereka yg bersama, sokong atau tak sokong Tok Guru itu cuba perbetulkannya, dan jangan dibiarkan terus "pukau" tersebut menyelubungi diri itu.

17. Saya mungkin tak miliki lagi peluang itu, sebab pastinya mustahil saya akan bersama sekali lagi dgn Tok Guru dalam permusafiran atau pertemuan mahabbah seperti itu.

18. Kamu sahabat-sahabat saya dari Pas, kalau ada yg masih rasional dan faham ilmu psychology itu wajiblah membetulkan Tok Guru yg sudah tersasar jauh laut itu.

19. Antara point lain yg disebut Tok Guru, antaranya "yg serious tapi tak berapa sensitif untuk diceritakan) termasuklah;

(a) Anwar itu suka pembohong pada ulamak & pemimpin dunia. Yg dibohongi itu termasuklak Qaradhawi, Yusuf Kala, Erdogan, Duta USA dan juga Menteri Luar Singapore. Semua itu ditipu oleh Anwar. Termasuklah yg ditipu oleh oleh Anwar adalah ahli Amanah dan juga DAP yg bersama dalam Pakatan Harapan untuk menaikkan dia.

(b) Anwar itu adalah pelakon politik yg buruk akhlaqnya, kerana pandai berlakon hadpaan Melayu dgn jadi imam, baca khutbah, bercakap hal Islam etc. Sedangkan masa lain Anwar itu berlakon depan Cina kata sokong Cina, depan Hindu berkata dia sokong Hindu, bahkan Anwar sanggup berbuat apa sahaja, asalkan mendapat sokongan politiknya.

Ikhwah yg dirahmati,

20. Itulah gambaran yg berlaku petang itu, apa yg mahu saya kongsikan situasi obsesi pegangan yg menjadi 'iktiqad Tok Guru yg sungguh bahaya itu. Dan Tok Guru langsung tak bersedia untuk menerima apa jua pandangan balas, yg saya anggap sememangnya Tok Guru tak akan mampu menjawab apa jua pandangan balas tersebut dgn hujjahnya.

22. Bahkan Tok Guru cukup bangga bercerita pada saya

"... saya tengking Anwar yg datang jumpa saya dulu" (sambil tersenyum)

ie, merujuk peristiwa Ogos 2014 ketika mana pertemuan 4 orang bincangkan isu hubungan Pas/PKR pada masa itu dlm isu MB Selangor. Anwar yg sengaja tidak membuka mulut dlm pertemuan itu, terus ditengking oleh Tok Guru di hadapan Cikgu Pa, Saifuddin Nasution, hinggalah akhirnya Tok Guru tinggalkan begitu sahaja pertemuan itu. Cikgu Pa telah berjumpa Anwar dan Saifuddin Nasution selepas memohon kemaafan bagi pihak party lama itu atas kejadian yg tak pernah disangka itu.

23. Oleh itu saya memilih untuk tak mahu berakhir sedemikian pertemuan petang itu, maka saya rela mendiamkan diri sahaja, hadap sahaja dan ambil maklum apa yg mahu disebutkan, dan insya Allah akan terus kongsikannya seperti diminta berkali-kali oleh Tok Guru.

24. Maka oleh itu, jawapan-jawapan saya tangguhkan itu hanya muncul di wall FB ini, sama ada oleh saya atau penulisan oleh beberapa sahabat pimpinan Amanah yg akan memberikan pencerahannya.

Kisah berikutnya berkaitan bahayanya tatkala isu "QAZAF" /liwat zina sanggup dibangkitkan semula sebagai hujjah menarik saya kepada party lama itu...

Stay tuned.

1 comment:

  1. Sabarrrr tuan...nak buat mcmana, dia maksum..itu tanggapan ahli Pas

    ReplyDelete