Sunday, January 5, 2020
Kerajaan Arab Saudi yang haramkan penjualan air ZAM-ZAM tapi yg kena hentam PH
Sedikit panjang tapi elok baca & kongsi bersama bagi mengelakkan kerugian & kebodohan berterusan lantaran kebebalan sesetengah manusia...
Isu pengharaman PENJUALAN air zam zam ni dah lama, cuma sejak semalam sahaja orang Malaysia mula bangkitkan semua dengan matlamat meraih mileage politik. Semua berlaku adalah dgn matlamat.
Sejak 2011 lagi kerajaan Arab Saudi dah menangkap sindiket menjual dan mengeksport air zam zam. Kemudian pada 2017, kerajaan Saudi mengharamkan terus sebarang penjualan dan pengeksportan air zam zam.
Kerajaan Malaysia melalui KKM membuat penguman pada tahun sama (gambar yang sedang diviralkan adalah berita 2017) mengenai arahan kerajaan mengharamkan PENJUALAN air zam zam kerana didapati air yang dijual itu bukannya air zam zam tulin kerana tiada air zam zam yang dibenarkan di eksport keluar dari Arab Saudi.
Bagaimana ada air zam zam tiba di Malaysia kalau mengeksportnya dah diharamkan? Tak timbul isu kos membawanya ke Malaysia sebab ia sepatutnya tak dibawa untuk dijual. Kalau diberi percuma pun perlu hati-hati dgn ketulinannya. Hanya yang diberi oleh Saudi kepada jemaah sahaja yang benar-benar tulin.
Semua air zam zam diberikan percuma oleh Saudi kepada semua jemaah yang hendak pulang. Jemaah juga dibenarkan ambil sendiri air zam zam di Mekah atau di Madinah menggunakan container sendiri semampu yang mereka boleh. Air zam zam di Mekah dan Madinah tidak ada yang dijual, semuanya percuma. Minumlah puas-puas.
Sejak semalam ada pihak berkepentingan politik sempit hendak menegatifkan isu 2017 ini dengan mengaitkan kerajaan sekarang sebagai kerajaan Yahudi, kerajaan Komunis kerana haramkan air zam zam. Cerita import export tak disebut tapi disensasikannya ialah 'kerajaan haramkan air zam zam'. Sedangkan kerajaan samada yang lama atau yang baru tak pernah haramkan air zam zam.
Sehingga tahap itu mereka memutar belit fakta demi kelangsungan politik. Apa sahaja yang boleh dijadikan bahan, mereka akan gunakan walau ia berita di zaman Hang Tuah. Yang baca pun terus comment dan share dgn caption mengutuk.
Kerajaan membenarkan mana2 jemaah Umrah dan Haji membawa pulang air zam zam yang disediakan kerajaan Arab Saudi hanya sebagai buah tangan, bukan untuk jualan. Ia seharusnya percuma kepada semua umat manusia sejak air itu muncul dari hentakan kaki Nabi Ismail dan turun temurun hingga ke generasi hari ini. Kalau ada yang dikatakan diimport dan dijual dipasaran, sudah tentu ia diimport secara haram dan mungkin palsu.
Pengimportan dan penghasilan air mineral pun melalui proses perlesenan yang sangat ketat. Kerana semua air ini akan masuk ke badan manusia.
Ada pula yang sampai ketahap samakan dgn arak dgn berkata "baguslah, air zam zam diharamkan, arak boleh pulak..." Arak itu memang diharamkan untuk umat Islam. Takkan nak tunggu sampai kerajaan haramkan baru nak kata ia haram.
Yang bukan Islam nak minum, itu dia punya pasal walaupun dlm agama Kristian, Hindu dan Buddha pun haramkan arak. Yang tak beragama pun ada yang haramkan diri mereka dari minum arak. Muslim perlu jauhkan diri tanpa tunggu kerajaan umum atau haramkan.
Jgn sempitkan fikiran dengan perkara-perkara begini.
Notis penuh kedutaan Arab Saudi
Credit Zack Rahim
Kat Mekah dulu, ambik air sembahyang pun Pakai air zam2. Aku pegi Mekah tahun 1990. Arwah bapak bawak. Dulu murah. Aku pinya tak Sampai $3000 rasanya. Kalau pegi kabbah, mesti singgah telaga zam2. Masa tu nampak pum besar Yg ditutup cermin. Sekarang Aku tak Tau la. Situ la rehat, situ la minum, situ la ambik wuduk. Aku valik Malaysia, sampai ade yg tak perasan. Putih ko, sane Ko pegi salon hari2 ke. Name pun budak, baru darjah 6. Seronok sgt. Ade rezeki kena pegi, pasal imam kg Aku Kata haji Aku tak lengkap, haji kecik. Jadi kena pegi lagi kalau ade rezeki. Insyaalah...
ReplyDeleteKami Untung sikit, Pasal masa tu haji akhbar. Raya haji ari jumaat. Tun pun ade Mase tu, Yg bawak rombongan Aku cakap Kat bapak aku, Tapi tak Jumpa la.
DeleteTerima kasih kerana penjelasan yg sangat infomatis
ReplyDelete