Tuesday, January 28, 2020

KUTIPLAH IBRAH DARI WUHAN

Balqis Liyana Hassim
25 January at 11:54


Jangan kita terlalu gembira atas sesuatu musibah yg menimpa sesuatu kaum. Sering sy terjumpa reaksi 'emoji gelak' dlm posting2 berita mengenai apa yg berlaku di Wuhan. Tak kurang komen2 "padan muka!" dan sebagainya.

Situasi pandemic seperti ini bukan hanya melibatkan orang yg bersalah. Tapi ramai antara mereka yg tidak bersalah turut terkena tempiasnya. Tidak mustahil jg ada saudara kita yg turut terlibat dlm situasi tegang di sana.

Pernah tgok filem FLU? Filem ni ada menggambarkan situasi bagaimana transmisi virus berlaku dan ramai golongan yg tidak bersalah turut menjadi mangsa.

Sy terbayang2 keadaan anggota kesihatan mereka. Saat kita menerima sedikit musibah di sini pun lelahnya sudah cukup dirasakan. Apatah lagi dlm situasi yg besar seperti mereka di sana. Tak terbayang besarnya pengorbanan yg dilakukan.

Apa yg berlaku di sana jelas Allah tunjukkan betapa Islam itu benar. Al Quran itu benar. Dan Allah menjawab mengapa dlm Islam Dia tetapkan ada halal dan haram dalam pengambilan makanan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

"Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." [Surah Al Baqarah : 168]


Ya, yg salah tetap salah. Namun jangan kita tergesa2 menghukum mengatakan suatu musibah itu merupakan bala dari Tuhan.

فَلَا تَعۡجَلۡ عَلَيۡهِمۡ‌ۖ إِنَّمَا نَعُدُّ لَهُمۡ عَدًّ۬ا
“Janganlah tergesa ke atas mereka (dengan mendoakan azab buat mereka), kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka (diazab)” [Surah Maryam: 84]

Ya benar. Hati kita sakit, terluka dgn apa yg berlaku pada saudara Muslim kita di Uyghur. Hingga kita lupa bahawa itu perbuatan pemimpin mereka, bukan keseluruhan rakyatnya. Sakitnya hati kita hingga membuatkan kita hilang adab sbg Muslim dalam berbicara.

Kejahatan dibalas kejahatan itu Dendam.
Kejahatan dibalas kebaikan itu Hikmah.

Biar tersalah ampun. Jangan tersalah hukum.

Bukan tugas kita menghukum mereka dgn menentukan ini adalah bala ataupun balasan dari Allah. Kerana hanya Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu.

Mendepani musibah mereka dgn akhlak yg baik bukan bermaksud kita menafikan kezaliman. Tapi apa yg Allah ajarkan kita di dalam Al Quran adalah menyeru manusia dgn cara yg baik. Ini salah satu bukti keindahan Islam💕

Bila sesuatu kaum ditimpa musibah, apa perlu kita buat adalah mengambil ibrah. Ada sesuatu yg Allah kirimkan dari setiap apa yg berlaku. Tidak Allah takdirkan sesuatu dgn sia2.

Jaga hati jaga lisan.
Jaga adab kita sebagai seorang Muslim.
Risau ada hati yg terguris dgn lisan kita.

Istighfar atas keterlanjuran...

Jaga diri. Berdoalah moga Allah selamatkan serta memelihara kita dari turut terkena tempiasnya. Dan moga ditemukan segera penawarnya..🤲🏻

Hasbunallah wani'mal wakil..

Ummu ZahrahFateh

#AllahSayang
#JagaHatiJagaLisan
#Wuhan
#KoronaVirus
#AkhirZaman
#Istighfar

1 comment: