Sempena tahun baru ni.. demi mengukuhkan fungsi komunikasi kerajaan PH yg sering mendapat kritikan hebat sejak peralihan kuasa aritu...yg juga merupakan antara faktor terpenting yg bakal menentukan kerajaan ini betul kerajaan sepenggal atau tidak ... buat kesekian kalinya aku nak sarankan kepada kerajaan (kawan2 aku yg rapat ngan menteri pun byk..kalau baca posting ni dan rasa munasabah blh lah tlg panjang2kan..ikut pandai hampalah nak bgtau menteri macamana..) ...
Dari beratus juta peruntukan KKM tu ambillah dlm 5 juta ka..(bkn byk manapun nak bandingkan dengan ratusan juta bajet kementerian tuu) kumpulkan OTAI2 seperti IPOH MALI, RMS, KING JASON, WAFAUDIN dan lain2 yg berselerak dlm MEDSOS yg sampai hari ni aku tgk masih setia ngan PH.
Walau aku rasa depa ni x dibayar pun utk kerja2 cyber depa..tapi masih kental bertempur dengan MACAI dan WALAUN dgn kemampuan masing2 yg amat terbatas...
Jujur aku cakap...kepala otak depa ni..walau x ckp bagus smpai blh jadi Menteri atau hatta Ketua Kawasan mana2 parti PH sekali pun...sekali depa menulis dan buat posting.. diviralkan oleh penyokong2 PH di MEDSOS.. MAMPU MENGGONCANG jentera cybertrooper pembangkang...
Kerajaan carilah pakar system analyst mana2 yg berlambak...bayarlah 10, 20k utk depa develop sistem canggih2 yg boleh menjadi tapak utk OTAI2 ni curahkan 'kebolehan' depa.. sistem yg blh pantau performance otai2 ni..agar kerja2 depa blh dipantau dgn mudah.....semudah hujung jari menteri.
Adapun setiap dakyah/fitnah/tohmahan pembangkang mesti ditangkis dalam masa 24jam. Setiap org perlu membuat 5 posting setiap hari untuk satu fitnah....
Utk depa berperanan dgn lbh efektif dan efisien, perlu ada direct akses yg depa blh dptkan dari setiap kementerian. Apa shj maklumat yg depa perlukan dr mana2 kementerian utk mereka 'menjual' dasar2 baik kerajaan, ataupun utk menangkis setiap serangan/fitnah pembangkang boleh mereka perolehi dalam sekelip mata.
Utk semua ini berjalan dgn baik dan memberi kesan yg optimum, selain barisan OTAI2 cybertrooper yg bekerja dilapangan, support team dr kementerian... mereka perlu dibantu oleh beberapa pakar grafik dan kalau boleh beberapa aktivis yg bergelar kartunis utk menambah perisa dlm setiap posting.
Setiausaha Akhbar setiap kementerian blh menjadi another stakeholder dan menjadi sebahagian team ini mengambil peranan PEMANDU agar halatuju team ini benar2 menepati aspirasi kerajaan PH.
Utk merealisasikan hal ini, mungkin perlu diadakan perjumpaan mingguan antara semua mereka ini...yg deliver job perlu bentang kerja mereka, support team blh memberi komen bagaimana meningkatkan info feeding system....akhirnya S/akhbar setiap kementerian blh mendapat input serta blh memberi komen agar semuanya bergerak selari dgn cita2 utk memastikan sistem penyampaian kerajaan PH berada pada tahap maksimum..dan tiada ruang walau sekecil lubang jarum untk fitnah pembangkang meracuni pemikiran rakyat.
Kalau rasa kerja depa mmg berbaloi...x salah aku rasa kalau kerajaan syaratkan depa kena fulltime 8am to 5pm daily utk buat kerja ni....bayarlah patut2 setimpal dengan upah seorg "PAKAR PENERANGAN"...kalau pegawai penerangan kerajaan blh dpt 5k sebulan....bagi aku impak kerja depa yg jauh lbh tinggi dr itu, tak kan x leh bayar plg kurang pun 5k sebulan... tu pun kalau kerajaan rasa perlu beri fokus pada media baru alternatif laa....
Itu ja aku nak sampaikan sempena tahun baru ini... kalau rasa munasabah ambillah dan bertindak segera (kita masih ada 3 tahun sblm PRU15)...
Kalau rasa cadangan ni x praktikal dan kerajaan x dak bajet 5juta tu abaikan jer lah...
Ikhlas.
Ahli biasa tepi jalan PH
No comments:
Post a Comment