Sunday, January 12, 2020
Zaman BN meniaga tak pernah untung, mai zaman PH meniaga siap bayar hutang dan buat untung..
Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat kerajaan negeri Melaka dengan Perbadanan Ketua Menteri Melaka memegang saham sebanyak 74%.
Syarikat ini mengalami kerugian terkumpul sekitar RM40 juta semasa di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.
Pada tahun 2017, hospital ini merekodkan kerugian sebanyak RM10 juta.
Di bawah pentadbiran baru Pakatan Harapan, Ketua Menteri Melaka melantik seorang akauntan, Mdm Chong May Lee menjadi CEO di situ. Beliau bekerja keras memulihkan keadaan bagi malakukan 'turn around'. Beliau terpaksa melakukan beberapa keputusan yang sukar bagi membersihkan pentadbiran hospital dari amalan segala macam kecurangan dan pembaziran.
Pada tahun 2018, kerugian dapat dikurang dari RM10 juta tahun sebelumnya kepada RM3 juta sahaja dalam tempoh 6 bulan pentadbiran baru mengambil alih.
Alhamdulillah, berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan amalan tatakelola perniagaan yang baik, pada tahun 2019 hospital ini mula mencatatkan keuntungan sebanyak RM 2 juta.
Tahniah Putra Specialist Hospital Melaja Sdn Bhd!
Credit Jamzuri Ardani
TaK kira la Sape Yg Jadi kapten kapal, kalau betul haluannya, Selamat la kapalnya. Tapi kalau dpt kapten Yg Suruh kembangkan layar Dan sauh dilabuhkan. Memang melingkup la. Yg kapten tU silap tu Mungkin tgh mabok laut. Yg malaun Kat Bawah ni mengikut aje. Memang semua kojol la.
ReplyDeleteAlhamdulillah kalu betul dh x rugi. X nk puji lebih lebih nnti ada yg kutuk as macai pula. Apa pun kita sbg rakyat ttp kena kerja dan berusaha utk sara hidup. Jgn nk harap kan kerajaan bagi duit percuma. Tapi saya sokong jika kerajaan top up pendapatan keluarga yg d bwh paras x cukup mkn. Bkn semua org bernasib baik dpt kerja bagus dan gaji lumayan wpun x pernah berhenti berusaha.
ReplyDelete