ADA ORANG KATA....
Ada orang kata PH yang dianggotai KeADILan, DAP & Amanah tak tunai janji pada Tun. Mulanya memujuk Tun dan menyokong Tun kekal Perdana Menteri tapi kemudiannya mengusulkan Anwar sebagai Perdana Menteri..
Ini aku nak kata..
PH membuat keputusan melalui mesyuarat Majlis Presiden. Ini bukan baru. Selama Tun menjadi Pengerusi PH lagi memang itu dasarnya.
Perjanjian PH sebelum PRU ialah Tun menjadi PM dan kemudian Tun akan serahkan jawatan kepada Anwar atas muafakat PH. Ini dipersetujui oleh semua anggota PH termasuk PPBM dan Tun.
Bila memenangi PRU, Tun diangkat menjadi PM. Bersama-sama kita dalam Jemaah Menteri mentadbir Malaysia untuk memenuhi janji kita pada Malaysia.
Kemudian nampak gaya lain jadinya bila ada hasutan, cucukan dan sebagainya hingga kelihatan janji yang dimeterai akan dimungkiri.
Buktinya jelas.
Dalam ucapan khas Tun semalam, Tun maklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada Dewan Rakyat menentukan. Ini bukan janjinya. Ini bukan yang disepakati semua sebelum PRU.
Dalam keadaan itu, PH masih lagi bersedia untuk Tun terus mengemudi sebagai PM. Dijemput Tun ke mesyuarat Majlis Presiden tetapi ditolak.
Apabila Tun sendiri mengasingkan diri, tidak mahu bersama lagi. Tak perlu lah PH masih terhegeh-hegeh melutut di hadapan Tun. Maka keputusan Majlis Presiden, semua Ahli Dewan Rakyat PH mengusulkan Anwar sebagai PM seperti mana janji sebelum PRU.
Muafakat kita berasaskan janji. Manusia dipegang pada janji.
Jika janji tidak boleh dipegang, tiada lagi ikatan.
Jadi... orang kata PH mungkir janji pada Tun. Aku kata Tun lebih awal mungkir janji pada PH.
Apa pun keadaannya, Malaysia perlu didahulukan. Semua kita memikirkan masa depan negara untuk kita semua.
Masih ada ruang kepada yang mungkir untuk menyesali kemungkiran dan kembali bersama.
Sekali kita mungkir janji, seumur hidup orang akan ingati walau pun kemungkiran itu boleh dimaafi.
Aku yang kata.
Zulhazmi Shariff
Look at the way my colleague Wesley Virgin's adventure begins with this SHOCKING AND CONTROVERSIAL video.
ReplyDeleteAs a matter of fact, Wesley was in the army-and shortly after leaving-he unveiled hidden, "mind control" secrets that the CIA and others used to obtain everything they want.
As it turns out, these are the exact same tactics lots of celebrities (notably those who "come out of nothing") and the greatest business people used to become wealthy and famous.
You've heard that you only use 10% of your brain.
That's mostly because most of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.
Maybe that conversation has even taken place IN YOUR very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head about seven years ago, while driving an unregistered, trash bucket of a car without a driver's license and $3 on his debit card.
"I'm so frustrated with going through life check to check! Why can't I turn myself successful?"
You took part in those types of conversations, right?
Your very own success story is waiting to be written. All you have to do is in YOURSELF.
Learn How To Become A MILLIONAIRE Fast