Saturday, March 7, 2020

BENARKAH HARGA MINYAK TURUN KERANA PM BARU??


Bila kerajaan umum penurunan harga minyak lebih 19 sen hari ini.. baca komen Sahabat PAS..depa kata Nampak tak, Kerajaan baru hari ini..Minyak turun banyak..walhal sorang Menteri pun belum dilantik.. Punya lah Jahil..

Apa yang diumum hari ini..Mekanisma, cara pengiraan apungan harga minyak itu kekal sama sepertimana zaman PH.. Depa ni bukan tau pasal harga minyak Dunia.. depa lebih tau pasai angka nombor ekor dari harga komiditi dan Saham..

Kalau Tun jadi PM lagi pun.. itulah harga yang turun.. Memang harga minyak Dunia hari ini menjunam akibat fenomena penularan wabak Covid-19.. jatuh lebih 20% dalam tempoh 2 Minggu..

Masa malam Move Sheraton 24 FEB, dan Mesyuarat majlis Presiden PH 21 FEB.. Harga minyak Dunia pada ketika itu masih berlegar pada harga USD 59..Petang tadi Jatuh lebih USD 11 kepada USD 47... Jatuh lebih 20% dalam tempoh 2 minggu.....

Ramai dari kita seronok sebabnya harga minyak turun dengan banyak..pada depa..kalau harga minyak turun banyak..maka harga barang keperluan dan makanan akan turun.. Tidak..ia takkan berlaku...harga Nasi lemak dan Nasi ayam makcik Kiah tetap sama.. begitu juga harga roti telur bawang kedai mamak..sepatutnya kita kena bimbang..bukan seronok..Kenapa kita perlu bimbang.. ?

Sebab hasil negara kita..Hatta Royalty Terengganu dan Kelantan bergantung penuh kepada harga minyak dan keuntungan Petronas... Hari ini, harga minyak Dunia diparas yang rendah..Lebih kurang 30% rendah berbanding unjuran hasil dari Belanjawan 2020.. Jadi apa akan jadi jika Petronas merekodkan keuntungan yang rendah ? dan ia sudah pun berlaku untuk suku ke 4 tahun lepas..

Memang benar, Pada tahun 2017 harga minyak Dunia pernah turun bawah USD 50.. Tapi pada ketika itu kita tidak menghadapi ancaman ekonomi, Perang dagang US-China.. apalagi ancaman kelemesetan Ekonomi dari penularan wabak COVID-19... bukan hanya sektor pelancongan..Hatta ia akan menjejaskan permintaan Eksport dan Import negara...

malah komoditi sawit yang melonjak lebih RM 3 ribu satu tan hujung tahun 2019..hari ini kembali menyusut hampir RM 2400 satu tan...dalam keadaan Ekonomi yang lembab..ditambah polemik dan kestabilan Politik hari ini.. sepatutnya ia menjadi kebimbangan utama kita..

Sepatutnya kita tak terlalu gembira... Boleh jadi kita akan menempuh tahun kemelesetan ekonomi.. itu sebabnya pada hari Azmin melakukan Move Sheraton..Lim Guan eng sibuk menyiapkan draf pakej ransangan ekonomi..Sebab depa dah jangka harga minyak dunia, dan hasil negara akan turun

..Apalagi jika yang pimpin Negara hari ini dikalangan penyamun dan perasuah,, lebih teruk ianya kerajaan rampasan kuasa yang tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa.....

Sebenanrya Move Sheraton itu bukan gerakan menjatuhkan Kerajaan PH..apa yang aku lihat ia lebih menjatuhkan dan mensabotaj ekonomi Negara.. :)

Ipohmali

======================================================
Minyak Turun, Ramai Sindir Pakatan Harapan, Tapi mereka tidak sedar Mekanisme zaman PH lagi bagus daripada zaman BN.

Ini sedikit perjelasan;

1. Malaysia mengamalkan sistem Automatic Price Mechanism (APM) dari zaman pemerintahan Dato Seri Najib Razak.

Cuma waktu zaman Pakatan Harapan (PH) Kerajaan upgrade dengan perkenalkan harga syiling RM2.08

Baca; http://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-siling-ron95-rm2-08-seliter-guan-eng-199764

2. Melalui sistem APM ni, harga akan berubah setiap minggu mengikut harga minyak dunia.

Iaitu waktu harga turun seperti sekarang, harga minyak tempatan akan turun automatik seperti berlaku sekarang, 6 Mac 2020.

3. Cuma apa kelebihan pada Zaman Pakatan Harapan waktu Tun Mahathir jadi PM;

Kerajaan PH had kan kadar maksimum (syiling) pada harga RM 2.08.

Jadi kalau harga minyak naik melebihi RM 2.08, kerajaan akan bagi subsidi, iaitu Kerajaan akan tanggung kos nya. Jadi ia tidak membebankan rakyat. Ia lebih bagus daripada mekanisme yang dibuat zaman BN (tiada syiling).

4. Satu lagi, macamana kita boleh kata Zaman Perikatan Nasional (PAN) lebih baik?

Sedangkan MENTERI KABINET untuk mengawal Harga Minyak belum pun dilantik lagi? 😂

6. Sekarang kita menanti apa Polisi Baru Kerajaan PAN, adalah TIRU polisi zaman PH ataupun balik semula kepada zaman BN yang akan menindas rakyat?

(Jika dilantik bekas Menteri dari zaman BN, tak mustahil perangai lama mereka kembali).

2 comments:

  1. Pas dia bodoh la Dia Jadi walaun. Walaun dianugerahkan sifat kebodohan paling terindah dlm senarai manusia terbodoh dlm dunia. Jadi Jgn salahkan mereka kerana mereka bodoh. Bodoh Bukan jenayah. Tapi bodoh taK nak belajar Yg buat mereka tergolong dlm bodoh bangang tahap gaban... Tahniah la ye... Berbangga la menjadi walaun selamanya...

    ReplyDelete
  2. apa bangang caption article ni. Lebih baik admin g bljr dlu la ye. Penat la nak crita zaman ini itu..admin je ketinggalan zaman,,hahahaa. nice try.. cuba lg article baru.

    ReplyDelete