Monday, March 23, 2020

Covid-19 : Serah pada Kerajaan & Frontliners, kita sebagai rakyat tunduk dan patuh pada arahan

Faiz Banafe

Perbandingan graf kes baru Covid-19 antara Malaysia dan China.

Apa yang kerajaan harap untuk capai melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah graf mendatar (tiada/minima kes baru) *Rujuk graf China*

Keberkesanan PKP hanya akan dapat dilihat pada 31 Mac 2020. Tapi kalaupun graf sudah mula mendatar pada tarikh itu, belum bermaksud PKP boleh dihentikan. Risiko masih tinggi. Kluster-kluster baru mungkin akan timbul.

Maka besar kemungkinan arahan PKP akan diteruskan lagi untuk sekurang-kurangnya satu (1) minggu dan dilihat perkembangan dari semasa ke semasa. Bukan untuk menakutkan, tetapi untuk kita bersedia menghadapi kemungkinan lanjutan PKP.


Memang sukar utk kita terima jika tempoh PKP dipanjangkan. Kesan terhadap ekonomi rakyat dan negara akan bertambah teruk.

Tapi perlu kita faham, peluang untuk kita putuskan kitaran jangkitan Covid-19 sangat tipis. Jika kita gagal dalam percubaan PKP ini, maka implikasi terhadap kesihatan, ekonomi dan sosial negara akan lebih kronik. Negara boleh jatuh bankrap jika gagal mengawal penularan wabak ini.

Kita tiada "margin for error". Tiada ruang untuk ambil risiko dan buat kesilapan. Atau berdepan kemungkinan menjadi seperti Italy.

Beri kepercayaan kepada kerajaan dan barisan hadapan. Dengar dan patuh segala nasihat mereka. Berdoa kepada Allah.

Sama-sama kita tumpaskan Covid-19 insyaAllah.

Dan sama-sama kita akan bangun semula.

#Covid19
#JustStayAtHome

No comments:

Post a Comment