Sunday, March 22, 2020

COVID19 M'SIA : Gelombang Pertama Selesai, Gelombang Kedua Sedang Melanda, Gelombang Ketiga....???


Ini penyebab utama penyebaran wabak Covid19 di kalangan jemaah tabligh Sri Petaling:

* 136 - Malaysian 26 Male. (In treatment)
* Treated in Hospital Tuanku Jaafar N9.

GELOMBANG PERTAMA
Pada gelombang pertama sebanyak 22 kes telah di laporkan (kes ke-1 sehingga kes ke-22). Daripada jumlah ini 12 kes merupakan kes dari kalangan Patient Under Investigation (PUI), 8 dari kontak rapat manakala dua (2) kes lagi dari misi bantuan kemanusiaan yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wilayah Hubei, China pulang ke Malaysia. 

Kesemua kes dari gelombang pertama ini telah sembuh dan dibenarkan pulang. Ok, dah selesai semasa PH masih memegang kerajaan.

GELOMBANG KEDUA

Kes bagi gelombang kedua (bermula kes ke-23), sebanyak 52 kes di laporkan pada ketika itu dari kalangan PUI, manakala kes-kes lain di laporkan melibatkan dua (2) kluster utama yang telah di kenalpasti.


Siapa 2 kluster utama tu? 


1. Personel UDA yg balik dr China dan berada di kalangan malam Kleptokrasi & pengkhianat berkumpul Sheraton Hotel proses tebuk atap. 


2. Seterusnya agen travel yg menyertai tabligh Sri Petaling berlaku ketika parti tebuk atap memerintah. Tapi mengapa budak tersebut jadi pesakit nombor 136? Keluarganya sendiri & jemaah yg di jangkiti telah di wajibkan buat saringan terlebih dahulu. Setelah di tekan keluarga & agak malu, baru serah diri jumpa doktor utk saringan sebagai pesakit 136.

Di tandakan sebagai “Pesakit 136”, peserta tabligh ini merupakan seorang pekerja yg bekerja di restoran makanan Malaysia di Korea Selatan dan turut bekerja sambilan sebagai ejen pelancongan. Dia pulang ke tanah air dari Korea Selatan pada 22 Februari, kemudiannya menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 3 Mac.

Budak nih dah demam pada 3 Mac, dan terbang semula ke Korea Selatan pada 4 Mac serta pulang semula ke Malaysia. Dalam rekod kluster ni, ada 8 ‘penyambung’ utama kepada beribu-ribu orang lagi yang berisiko tinggi. 

Ini adalah jawapan bagaimana gelombang ke 2 ini berlaku. Jika ada yg masih berkata sejak PH memerintah tak tutup pintu negara menyebabkan wabak menular, perlu di beritahu kpd kalian ketika kakwan jadi Timbalan Perdana Menteri, China dah tutup pintu sempadannya bermula pelabuhan & sempadan udara. 

Ada beberapa pelabur dari sana terpaksa duduk di rumah akibat virus. Dan siapa saja yg keluar rumah, akan di tembak! Ini adalah fakta dlm pengetahuan kami sendiri yg telah di beritahu menerusi telefon oleh rakan pelabur yg berada di sana dan ketika itu PH masih lagi memerintah. Kerna itu Malaysia kata akan menilai pintu sempadan dari semasa ke semasa saat China sendiri dah tutup hampir semua pintu sempadan.

BILA GELOMBANG KETIGA?


Malaysia sedang beralih kepada gelombang ke 3. Hari ini negara takut rakyat yg di jangkiti dari kontak rapat gelombang ke 2 bakal menular dari kalangan rakyat Malaysia sendiri. 

Jadi, GM dan mewakili kesemua penulis atas talian menggesa agar jaga kebersihan diri...duduk dalam rumah...guna sanitizer & face mask... guna glove semasa pergi ATM & isi minyak petrol. Sebagai CSR kepada bank, petrol pam & pasaraya, sila letakkan sanitizer & kawalan virus dgn semburan elakkan jangkitan. Usah suruh rakyat ja buat disinfection, sykt sprt perbankan...pam minyak...market itu semua juga perlu jalankan tanggungjawab melalui CSR.

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.
Note: Terima kasih kpd beberapa informasi yg di terima. 
Dan kalian hat membaca, buleh copy & paste @ share.

1 comment:

  1. Apa yang anda paparkan di atas, tiada kesahihannya. SEmua negara yang terlibat mempunyai pola jangkitan dan kematian yang meningkat. Tiada kaitannya dengan perubahan pemimpinan kerana pegawai dan pekerja yang terlibat tetap sama, cuma menteri sahaja yang berubah. Akur dengan tindakan cepat sekatan perjalanan dan dalam masa kuarantin 2 minggu ini, insyaallah pola tersebut akan menurun pada akhir tempoh. Dengan syarat rakyat akur dan tidak tipu.

    ReplyDelete