Monday, March 2, 2020

Jangan buat lupa, DAP juga antara salah satu punca Kerajaan PH tumbang..!!!

#DAP JGN LEPAS TANGAN....
Zibaidi Sudin


Di saat2 akhir sebelum saya mengundurkan diri dari #PENULISAN berkaitan isu2 #POLITIK "secara aktif" dan akhirnya berundur dari medan FB, saya ingin membuat teguran SEKALI LAGI kpd DAP.

1) DAP sememangnya tidak gentar utk terus jd pembangkang seperti yg sering mereka suarakan. Tapi pada saya ini adalah kenyataan angkuh dan mementingkan diri.

2) Dgn membiarkan keadaan menjadi parah, PH boleh hancur dan kesannya adalah kpd parti komponen, penyokong PH, rakyat dan negara.

3) Pentaksub2 DAP tolglah akui kekurangan DAP jgn terus berada dlm Denial Syndrome. Saya, shbt2 seperti Dr. Zaidi Zakaria Ibrahim Mat Isa Tuan Guru Mat Alishah dan beberapa org lagi sudah berkali2 menegur beberapa pemimpin DAP yg bermulut celupar terutama geng ASMK.

4) Berminggu2 kami kritik puak DAP ni dan cuba tarik perhatian supaya DAP pusat menegur mereka. Malangnya hanya DAP Johor dan Putrajaya ternampak beri respon dan LKS sendiri diberitakan beri teguran secara "Nota Dalaman" tidak secara terbuka.


5) Ini memberi persepsi bhw DAP Pusat merestui perbuatan mereka yg tidak sehaluan dgn Org Tua tu (PM waktu itu), melanggar keputusan kabinet, tidak sensitif dgn perasaan org Melayu Islam dan suka bertekak dlm media dgn MP2 Melayu Islam terutama dari Bersatu.

6) Amanah kelihatan membisu dan jarang sgt nak menegur DAP membuatkan pihak parti lawan terus membina persepsi yg DAP menguasai PH, DAP anti Islam dan DAP anti Melayu. Ini yg ditanam dan dipasakkan pd pemikiran Melayu dgn bukti2 kelancangan mulut beberapa pemimpin DAP. Walhal DAP secara umumnya bukan begitu.

7) Siapa yg menyumbang kpd permainan Psywar oleh pihak lawan ini? Beberapa pemimpin DAP dan DAP itu sendiri yg membiarkan ia parah. Akhir sekali MP PH mesti dipersalahkan kerana tidak menegur DAP. Jgn kita nafi masalah dgn DAP ini. Jika tiada masalah kenapa Tun M kata TSMY pujuk beliau bw Bersatu keluar dr PH dan tinggalkan DAP?

8) Byk isu2 perkauman adalah perangkap Assobiyah yg samada DAP mahupun PH tidak perlu terseret sama dlm isu2 itu. Berkali2 shbt kita bro Ahmad Muslim Badawi Badawi atau Ipohmali cuba mengingatkan semua. Tetapi pemain politik Utama PH terutamanya DAP sgt angkuh, "Arrogant of Power". Teguran penyokong PH dianggap enteng. Konon mereka lebih tahu. Skrg semua dlm PH menanggung akibat. DAP DIAM...!! Damn..!!

9) Sikap DAP ini telah melelahkan usaha rakan2 seperti Amanah, PKR dan Bersatu dan akhirnya sebahgian Bersatu nampak mereka perlu menjarakkan diri dari DAP. Begitu mudah mereka dipancing oleh si Kitol dan UMPA$ kerna DAP telah memberi terlalu byk "bukti" kpd persepsi yg tidak menyebelahi mereka sendiri.

10) Berhentilah menafi kerana DAP juga ada melakukan kesilapan. Apa yg dikatakan oleh puak2 UMPA$ bukan semuanya salah. So muhasabahlah. Jgn angkuh. JIKA mengikut shbt dlm PA$ yg rapat dgn pimpinan tertinggi, saya difahamkan ini adalah game Org Tua tu utk menyingkirkan DAP dan menaikkan TSMY sbgai PM sementara mereka mengatur strategi meranapkan PH dan DAP di PRU15.

11) Sebenarnya, saya yakin puak PA$ juga bimbang dgn UMNO dan Bersatu ni. Muafakat mereka rapuh dan angka mereka tipis seperti dialami oleh PH dulu. Mungkin mereka akan mengambil keputusan membubarkan Parlimen lebih awal dr dijangkakan. Penganalisis pula nampak pertikaian ini tidak akan berakhir dgn mudah sehingga PRU15 yg dijangka pd 2023.

12) Puak tu (UMNO+Bersatu) sebenarnya sama DNA. Sejarah mereka dgn PA$ kurg cantik. Bila2 masa PA$ boleh ditendang JIKA mereka dah punya sokongan yg cukup dari Warisan dan GPS sbb GPS sgt tidak suka pd PA$. PERIKATAN itu juga sgt rapuh dan mereka menghadapi risiko akan bergaduh dan berbalah sesama mereka. Namun, itu masalah dalaman gabungan mereka, PH perlu tumpu memperbaiki kelemahan sendiri demi mengumpulkan kekuatan bagi mengharungi PRU15 2 atau 3 tahun lagi.

13) DAP adalah salah satu kelemahan UTAMA PH kerana mereka tidak pandai mengambil hati org Melayu. Jika ada usaha sekalipun, mereka sendiri yg musnahkan dgn kenyataan2 yg tidak sensitif, melukakan hati atau membuatkan rakyat dan MP2 Melayu Islam jd marah.

14) Oleh itu...DAP jgn lepas tgn. Akui kelemahan dan perbaiki. Saya percaya sampai Kiamat pun PH TIDAK akan jd kerajaan yg mampu disokong oleh ramai Melayu JIKA DAP terus berperangai begini. Bermuhasabahlah jgn fikir si Kitol, UMPA$ dan Org Tua itu SAHAJA yg bersalah.

15) Diharap selepas ini, kerajaan baharu akan bertindak tegas ke atas SEMUA pihak TIDAK kira dari kerajaan atau pembangkang yg terlalu lancang mulut berkaitan isu Melayu, Islam, Raja2 dan perkauman termasuklah dari DAP. Keharmonian negara perlu diutamakan.

Wallahualam.

- Zus Din
02 March 2020

2 comments:

  1. Replies
    1. DAP bercakap selaras dgn perjuangan nya.yg bergabung kena fikir boleh atau tidak

      Delete