Saturday, March 14, 2020

Kekuatan PAS bilamana ada penyokong yang taksub nak pertahankan kerja buat pimpinan mereka.

Mohd Mukhlis Mohd Sharif


Satu benda yang PAS ada yang mana-mana parti dalam Malaysia ini tak ada ialah penyokong yang taksub dan buta tuli. Buatlah apa pun, mesti lebai mereka ada dalil dan pewala akan terima bulat-bulat macam gospel. Ini yang saya sebut dalam semalam, mereka menjadikan paderi-paderi mereka sebagai tandingan untuk Allah.

Mula-mula dia kata saya fitnah Takiri sebab dia kata kuliah itu di rakam waktu bulan februari, lepas kantoi yang kuliah itu memang hari ni ( baca facebook tulis WAS LIVE 2 hours ago) , dia putar pula kata yang Menteri bukan penjawat awam. Lepas tu putar kata Menteri nak kongsi ilmu, kalau nak kongsi ilmu jadi pensyarah; belajar dengan Muein Tajuk Abadi macam mana nak jual nama Universiti lepas tu minta maaf sebab memfitnah. 

Lepas itu bila masa menteri nak buat kerja kalau asyik nak bagi kuliah? Ada tengok Teresa Kok sibuk bagi kuliah masa dia jadi menteri? Yang pasti Teresa siapa pergi cari pelaburan getah dan sawit sampai ke luar negara; kalau duk bagi kuliah; siapa nak beli getah dan sawit Malaysia wahai Razzman?


Lepas itu dia kata bagi kuliah dapat pahala, habis tu takkan nak bagi let say 20 orang dapat pahala dan beribu-ribu pekebun getah dan sawit sengsara akibat kejatuhan harga komoditi sawit dan getah? fiqh awlawiyyaat tak belajar ka walaun? 

Lepas tu terus label orang hati hitam, RBA, guna falasi yang kritik itu maksum macam malaikat dan last sekali bila sudah tak boleh konar, terus label orang bodoh. 

Sebab itu saya cakap, kalau terpaksa pilih antara lebai PAS dan kletokrat UMNO; (between the devil and deep blue sea) better ambil UMNO, jahat mereka takat dunia, lebai ini sampai ke kubur kalau boleh mereka akan sumpah kita. Macam ini lah, saya tulis panjang ini pun bukan enta hendak baca, cuma kalau dah tersedar dari kesesatan nanti enta ingat sahaja doa ini

"wahai Tuhan kami, sesungguhnya pemimpin kami telah menyesatkan kami, maka engkau timpakan lah azab dua kali lipat untuk mereka"

Tak payah kita berdebat menteri itu penjawat awam atau tidak, mudah kan?

LINK - https://www.facebook.com/mohdmukhlis/posts/10157059532783317

No comments:

Post a Comment