Sunday, March 15, 2020

Sejarah Karier Politik Tun M membuktikan Anwar adalah talian hayat sokongan orang Melayu kepada beliau.


Sejarah Karier Politik Tun Dr Mahathir membuktikan Anwar adalah talian hayat sokongan orang Melayu kepada beliau.

(#Viralbroadcast #Sebarkan biar Melayu yg sangap boleh faham.)

Oleh Rausyan Fikr

Saya rasa terpanggil untuk menulis beberapa persoalan yang amat janggal kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau mendakwa Dato’ Seri Anwar ditolak oleh orang Melayu.

Pertama sekali, jika benar Tun mendakwa bahawa orang Melayu menolak Anwar, mengapa menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Tun beria-ria ingin bertemu dengan Anwar untuk meraih sokongan dari Anwar? Gerakan meraih simpati dan sokongan tersebut memang beria-ia hingga cuba masuk ke Wad Hospital Rehabilitasi Cheras dan akhirnya dapat bertemu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Jika benar Anwar ditolak oleh orang Melayu mengapa Tun beria ingin bertemu dan meraih sokongan dengan individu yang ditolak oleh orang Melayu? Bukankan itu merupakan satu pengkhianatan terhadap orang Melayu sendiri?


Situasi ini bukan kali pertama malah sejarah telah merekodkan Tun sentiasa bergantung dengan Anwar – individu yang didakwa ditolak oleh orang Melayu sebagai talian hayat politik beliau. Tun tewas dalam pilihan raya di Parlimen Kota Setar Selatan dengan calon Pas Allahyargam Ust Yusuf Rawa pada tahun 1969 dan pada 26 September 1969 Tun telah dibuang dari UMNO. Pada saat karier politik Tun sedang malap ini, individu bernama Anwar telah mobilisasi sokongan mahasiswa Melayu untuk menyokong Tun.

Ketika Anwar aktif bersama ABIM, PKPIM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), Anwar telah berjaya mengangkat semula Tun hingga akhirnya pada 1972 Tun telah diterima semula masuk ke UMNO dan dilantik sebagai Senator pada tahun 1972 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

Selain itu, ketika Tun menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau sekali lagi memerlukan bantuan Anwar untuk meraih sokongan sebilangan besar orang Melayu. Masakan tidak jemputan Tun kepada Anwar bukan dengan tangan kosong tetapi janji-janji untuk memberi ruang kepada Anwar untuk membawa agenda Islam dalam arus perdana. Ini jelas satu langkah politik untuk dapatkan sokongan Melayu yang Tun sendiri sedar beliau tidak mampu lakukan.

Seterusnya ketika Tun menjadi Perdana Menteri, Anwar telah membantu merancakkan agenda Islam dan Melayu dengan penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Institut Istac, Amanah Raya dan lain-lain agensi termasuk merapatkan hubungan dunia Islam terutama pelabur Arab dari latar gerakan Islam Ikhwan Muslimin (sahabat karib Anwar sejak zaman ABIM) dengan Malaysia. Sebagai kesan nama Tun dan Malaysia telah melonjak jauh hingga mendapat jolokan negara Islam contoh.

Tidakkah manfaat yang dikecapi Tun ini datangnya dari Anwar – seorang individu yang didakwa ditolak oleh orang Melayu?

Sokongan orang Melayu kepada Anwar bukan hanya dalam kalangan penyokong UMNO tetapi juga dari Parti Pas. Ketika Anwar memimpin UMNO, sahabat karibnya arwah Ust Fadzil Noor (Timbalan Presiden ABIM ketika Anwar Presiden ABIM) menjadi Presiden Pas. Hubungan mereka amat akrab walau berbeza parti. Malah mereka saling bertasamuh sokong antara satu sama lain apabila berbincang sesuatu agenda yang baik untuk negara khususnya orang Melayu.

Selain itu, Anwar dalam sejarah karier politik beliau tidak pernah menghukum atau menggadai maruah orang Melayu. Berbeza dengan Tun sendiri yang dengan sengaja mendera orang Melayu Kelantan selama 20 tahun ketika Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan.

Kerana gagal menawan Kelantan pelbagai sekatan dilakukan termasuk hak Royalti minyak, hak untuk mendapatkan lebuh raya, hak pembangunan dan sebagainya telah dinafikan. Tidak cukup dengan itu, kerusi Parlimen untuk negeri Kelantan sentiasa dinafikan untuk ditambah. Setiap kali persempadanan pilihanraya berlaku, negeri Kelantan yang majoriti besar rakyatnya orang Melayu telah dinafikan hak untuk mendapat kuasa undi yang seimbang untuk ditambah kerusi Parlimen dan DUN. Namun kerajaan Kelantan pimpinan Arwah Tuan Guru Nik Aziz tetap bertahan dengan izin Allah.

Lebih memburukkan keadaan kerajaan pimpinan Tun telah menggadaikan kuasa undi Melayu apabila telah memulakan langkah membuat persempadanan pilihan raya untuk pilihan raya 2004 yang tidak pro kepada Melayu. Sejarah melihat tindakan ini sebagai hukuman Tun terhadap orang Melayu yang 60% telah menyokong Keadilan, Pas dan DAP bawah payung Barisan Alternatif pada tahun 1999.

Tun sebenarnya lupa beliau adalah punca mengapa wujudnya blok yang kuat dari pengundi bukan Melayu di Parlimen hingga hari ini.

Persempadanan pilihan raya untuk PRU 2004 telah dibuat dengan menaikkan peratus pengundi Cina di setiap kawasan DUN & Parlimen supaya pembangkang kalah teruk kerana waktu itu sokongan padu pengundi Cina kepada Barisan Nasional begitu kuat dan BN waktu itu ditolak majoriti besar orang Melayu yang menyokong Anwar dan menolak Tun. Mengambil contoh statistik DUN Kajang, pada tahun 1999 peratus pengundi Melayu adalah sebanyak 57.4% dan kesannya calon Pas Dr Syafie Abu Bakar menang di kawasan berkenaan rentetan sokongan besar orang Melayu kepada pembangkang.

Namun, pada PRU 2004 peratus Melayu telah dikurangkan oleh BN sehingga menjadi 43.9% sebagai strategi BN untuk merampas DUN Kajang dari PAS. Kesannya BN menang di kawasan berkenaan ekoran pengundi Cina & India yang menjadi undi majoriti iaitu 52.8% dan mereka menjadi kuasa penentu di DUN berkenaan. Maka, walaupun majoriti Melayu di DUN Kajang menyokong PAS, PAS tetap tewas di kawasan berkenaan kerana orang Melayu telah hilang kuasa penentu ekoran sikap tamakkan kuasa oleh BN. Namun, akhirnya strategi BN dan Tun Mahathir ini memakan diri apabila pada tahun 2008 pengundi Cina beralih menyokong pembangkang. Senario ini berlaku di Kajang dan majoriti besar di semua DUN & Parlimen lain di mana pengundi Cina telah menjadi kuasa penentu dan kesannya BN hilang majoriti 2/3 Parlimen.

Apabila strategi Tun ini memakan diri bilamana orang cina mengundi pembangkang pimpinan Anwar, adilkah Anwar yang dipersalahkan hingga dilabel sebagai liberal dan tidak menjaga Melayu? Sedangkan ia berpunca dari Tun sendiri.

Dalam pada itu, sebagai rekod Pakatan Rakyat pimpinan Anwar telah mendapat sokongan padu orang Melayu khususnya di bandar pada PRU 2008 dan pada PRU 2013 ketika Tun bersama Dato Seri Najib.

Dalam masa yang sama ketika Tun menentang Dato Seri Najib, parti Tun hanya berupaya memenangi 13 kerusi Parlimen dari keseluruhan 52 kerusi yang dipertandingkan.

Terakhir sekali, Anwar dalam sejarah amat setia dengan UMNO – Parti yang digelar sebagai Parti Keramat Melayu dan tidak pernah bertindak keluar dari UMNO. Beliau berbeza dengan Tun yang dengan sengaja keluar dari UMNO beberapa kali. Tidak cukup dengan keluar beliau sendiri telah membubarkan UMNO.

Berdasarkan catatan-catatan ini, semoga rakyat sendiri membuka mata dan menilai kembali dakwaan Tun kononnya Anwar ditolak oleh orang Melayu. Molek juga kiranya Tun memuhasabah diri, boleh jadi beliau sendiri yang ditolak bukan saja orang Melayu, malah oleh partinya sendiri.

Rausyan Fikr 2020

6 comments:

  1. Masa tun m dibuang dari umno di zaman tunku abdul rahman,anuar ibrahim belum lg main politik dan lg menjadi pengerusi mana mana persatuan,ke dua:ketika tun m masuk semula dlm umno bawah tun abdul razak dan umno lama di bubarkan (pada masa itu umno di pggil union atau perikatan).di akhir pentadbiran tunku abdul rahman,pas telah keluar dari parti perikatan (umno).apabilan tun m msuk semula dlm umno bawah pentadbiran tun abdul razak,sbenarnya parti perikatan telah dibubarkan.dan umno di zaman tun razak adalah "UMNO BARU" tanpa tunku abdul rahman.pada masa itulah anuar ibrahim di lantik sebagai pengerusi abim,yg melantik anuar tu adalah tun hussein onn yg ketika itu timb perdana menteri tun abdul razak,mmg pada masa anuar jadi pengerusi abim ramai bdak islam di universiti sokong anuar,tp bila anuar dh main parti cara dia dah berubah sikit demi sedikit yg ramai org xtahu,hanya org yg terlalu taksub kepada anuar sahaja yg cakap tun m mcm tu dan selalu dgr ckap org tanpa usul periksa,lpastu buat cerita bkan2 ikut emosi.

    ReplyDelete
  2. Mahasiswa sekarang tidak tahu sejarah mahasiswa dulu dg anwar...kuatnya sokongan mahasiwa dulu terhadap anwar . Cer tanya...menteri pendidikan lain dpt ke sokongan mcmtu...ko hado

    ReplyDelete
  3. Apa pun yg pasti kuasa melayu dilihat semakin lemah skrg ni disebbkan banyaknya parti yg ditubuhkan..

    ReplyDelete
  4. Ini semua punca Mahathir tamak kuasa..

    ReplyDelete
  5. Kerusi parlimen ditambah di kawasan majoriti bukan melayu bijak madey .tak tahu nak dilabel apa orang ini

    ReplyDelete