Wednesday, April 8, 2020

Al-Kisah Cerita ARAK Antara Dua Zaman, PH & PN?

Cerita arak

1. Kami memang setuju arak itu haram bagi orang Islam, tiada khilaf tentang itu. Sama ada kami pembangkang, atau kerajaan, atau jadi pembangkang semula, pegangan itu konsisten.

2. Cuma kami menghormati hak2 orang bukan Islam untuk minum arak kerana bagi mereka tiada hukum haram bagi arak. Kecuali hukum haram mabuk ketika memandu, ia mesti diterima oleh semua rakyat, muslim atau non muslim, kerana ia undang-undang negara.

3. Ketika kami memberi pandangan bahawa kilang dan kedai arak tak boleh ditutup kerana orang2 bukan Islam pun ada hak, kami dikecam sebagai liberal, munafiq, khadam Dap, walak kuffar oleh pengikut Pas dan juga Umno (ketika itu cytro Umno hanya mengambil kesempatan untuk membangkitkan kebencian orang Melayu kepada kami, bukan benci arak sangat pun, kerana mereka dulu pun benarkan arak dijual.. heheh).

Walau kami bawa hujah khalifah Umar bin Abdul Aziz pun tak tutup terus kilang dan kedai arak di zaman pemerintahannya yang soleh dan warak itu pun, kami tetap dilabel khadam Dap. Beberapa orang pimpinan difitnah dengan poster yang mengandungi kata-kata yang mereka tak pernah kata.



4. Ada satu NGO tu pun tak ketinggalan dalam perlumbaan membantai kami dalam segala isu, termasuk isu arak yang ada kaitan dengan pemanduan mabuk ini. Itulah NGO yang didakwa mereka sendiri sebagai NGO Melayu paling sederhana... untuk menyeimbangkan karakter rasis yang dibawa pimpinan NGO itu.

5. Sekarang bila kerajaan tebuk atap (panggilan tok guru duta khas) menghadapi masalah permit pengedaran arak di musim PKP akibat Covid19, kami tengok sajalah. Tengok macam mana kerajaan Melayu Islam (yang tak diiktiraf oleh MCA) handle isu arak ni.

6. Apabila tersebarnya surat kebenaran pengedaran arak Heineken daripada KPDNHEP, mula2 pengikut Pas Umno buat tak tahu. Tak lama lepas surat itu semakin tular, disertai tularan kenyataan pemimpin2 Pas sebelum menjadi kerajaan, pengikut Pas mula kepanasan. "Itu surat palsu!" pintas mereka.. 😁

7. Seterusnya warganet bawa bukti2 surat itu asli, pengikut Pas semakin panas. Menteri Wilayah pun buat kenyataan silang kementerian. Ketika ini mufti itu pun panas juga, tak mahu ketinggalan. Kerana dia juga diasak dengan soalan2 "Islam tak terancam ke Tok peti?", "ni salah Dap juga ke Tok peti?".. pedas dan panas telinga soalan2 gitu woo.. 😉

8. Pengikut Pas mula menyerang KSU KPDNHEP sebagai pegawai lantikan politik oleh PH telah mensabotaj kerajaan  Melayu Islam dan menandatangani surat kebenaran mengedar arak tanpa pengetahuan menteri.

9. Mufti pun buat kenyataan ekspres agar kerajaan menyiasat KSU itu dan meminta Menteri Agama buat kenyataan garis panduan penjualan arak. Wah, macam PM pula tok peti! Dia berada di atas semua kementerian! 😨

10. Akhirnya menteri berkaitan mengaku dia mengetahui surat yang ditandatangani KSU itu. Kebenaran untuk pengedaran stok sedia ada, bukan pengilangan.

11. Pengikut Pas pun mendabik dada.. "tengok bagaimana kita selesaikan masalah arak, takbir!!!" Padahal arak masih dijual seperti minuman lain dengan permit khas. Sama sahaja ketika zaman kerajaan Umno BN dan PH dulu. Yang penting dapat tubuhkan kerajaan Melayu Islam, walaupun secara tebuk atap!

12. Seperti biasa, mufti paling laju buat kenyataan seperti sebelum2 ini pun diam membisu.

Sekian, cerita arak di bumi Malaya 😃

Abu Misykat

4 comments:

  1. Ramai bljr agama utk:
    1. Dptkan degree master PhD
    2. Nak dpt kerja selesa
    3. Nak popular
    4. Nak rasa diri lebih alim

    Last sekali kita bole tengok hasilnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam yg dilihat dari sudut teks dan bukan sudut kontek.

      Delete
  2. Sebenaqnya arak nak diharamkan dr dr malaysia... Sapa kata? Pas saja yg kata.. so ikut saja kepimpinan buat mcm mn.. ikut kebijaksanaan depa.. nk tutup on the spot.. nk berperingkat...

    Tp ph dibawah manifesto bukan kitab suci ( sila pi baca ) tun kata ph akan mengharamkan arak murah.. membanteras arak murah.. disini kita nampak ph x sebut arak secara menyeluruh.. cuma arak murah.. yg mahal tidak dinyatakan.
    Klu x dinyatakan apatah lagi langkah2 kearah tu lagi jauh la..

    ReplyDelete
  3. Haq dan batil telah terlihat,maka diantara mana satu,haq atau batil..contoh terbaik adalah Rasullullah SAW bukan Khalifah Umar Abdul Aziz..sekian dari ano

    ReplyDelete