Sunday, April 5, 2020

Kepada Kamarul & Dr Maza, Jika "JANTAN" ayuh kita bersilat di gelanggang politik..


Kamarul Yusoff janganlah naif sangat kalau nak provoke pun. Penghinaan Dr Maza ke atas Amanah adalah serangan politik dari seorang yang bukan pemain politik. Amanah tidak mahu bergaduh dengan Dr Maza secara terbuka kerana Dr Maza bukan pemain politik. Kalau Dr Maza secara rasmi masuk mana-mana parti politik atau menubuhkan parti politik, barulah kita ada gelanggang yang betul untuk bertempur secara politik. 

Serangan politik mestilah dihadapi secara politik. Serangan Dr Maza bukan serangan peribadi ke atas mana-mana pemimpin parti Amanah. Tuduhan beliau juga bukan tuduhan yang mensabitkan Amanah dengan perlakuan jenayah, perlakuan curang atau salahlaku integriti. 

Dr Maza cuma tuduh Amanah 'terlalu setia dengan DAP'. Itu kenyataan dan tuduhan politik, dan ianya tidak melibatkan maruah individu. Tapi sekiranya tuduhan tersebut menjejaskan maruah individu, pemimpin Amanah tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. Ramai pemimpin PAS dan Umno yang sabit kesalahan fitnah dan dikenakan hukuman bayar saman oleh mahkamah. Jadi, komen Dr Kamarul tidak relevan dengan apa yang saya tulis.

Jadi, kenyataan Dr Kamarul yang seolah-olah mahu merendahkan maruah parti Amanah hanyalah satu provokasi politik bodoh yang memalukan diri beliau sendiri.

Tun Mahathir beratus kali sebut "Umno parti penyamun", "Umno perompak" dan seumpamanya. Umno tidak saman Tun Mahathir atas kenyataan politik kerana Umno pun tahu itu satu serangan politik. Ianya perlu dihadapi digelanggang politik.

Jadi orang seperti Dr Kamarul dan Dr Maza, kalau betul-betul anak jantan ... masuklah gelanggang politik dan kita bertembung di situ. Baru kita tahu sapa penakut, sapa khadam, dan sapa yang benar-benar bermaruah. Kalau nak jadi ahli akademik maka jadilah ahli akademik yang cerdik dan berprinsip, dan bukannya menjadi kuda tunggangan orang politik. Kalau mahu jadi mufti, jadilah mufti yang jujur. Jangan bersembunyi di sebalik jubah mufti untuk melampiaskan hasrat politik.

Amanah adalah sebuah parti politik. Sebuah parti politik perlu bersedia diserang secara politik dan berpencak di gelanggang politik. Kami tidak akan bersembunyi di sebalik jubah agamawan, atau disebalik tabir 'ahli akademik', atau apa sahaja bentuk topeng durjana yang menyembunyikan sikap baling batu sembunyi tangan.

Cabaran saya kepada Dr Kamarul dan Dr Maza ... masuklah gelanggang politik secara anak jantan. Kita bersilat di situ secara terbuka. Jangan bersembunyi di sebalik jubah dan tabir lain sambil memukul curi dari belakang. Itu perbuatan khianat.

Nukilan
JAMZURI ARDANI

Sumber : Facebook

8 comments:

  1. Adalah dengan segala hormatnya dijemput para ahli akademik, cendekiawan dan pembesar-pembesar negara yang belum menjadi ahli mana-mana parti politik tetapi berminat untuk menjadi calon Ahli Parlimen dan seterusnya menjawat jawatan menteri atau yang berminat menjadi menteri besar maka jadilah calon ADUN. Mereka ini boleh bersepakat bertanding dalam PRU15 atas tiket bebas masing-masing (tanpa berdaftar dengan ROS). Sekiranya menang majoriti bolehlah tubuhkan kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni idea yg paling baik selari dgn cadgan tun m ut mwjudkan krjaan perpaduan hari tu yg bermaksud mentadbir ngra tanpa berkiblatkan parti politik msg2..jdi ini bersamaan dgn calun bertanding tanpa parti. Banyak kebaikannya salah satu ialah hanya calun yg berjasa n dikenali di sesuatu kwsn undi akan dipilih oleh masyarakat setempat. Jadi antara pemenang2 itu bolehlah agung..sulta..yd pertuan negeri memilih pm n mb..yg kemudianya pm boleh mmbntuk kabinet dgn persetujuan agung

      Delete
  2. Berpolitik adalah hak exklusif rakyat bkn hak ahli politik.. ahli politik adalah org yg dibayar gji oleh rakyat utk menjlnkan tugas2 politik mewakili rakyat terbanyak..jadi sdr jamzuri kna faham bhwa ..dr maza..dr kamarul n beliau sendiri adalah rayat..yg berhak mengawal ahli politik..rakyat memerhati n nampak amanah seperti bgitu mnunduk dgn dap dlm isu2 terutamanya yg berkaitan mlyu n islam..

    ReplyDelete
  3. Blog ni blog barua Dap ker, saja nak tanya

    ReplyDelete
  4. Blog yang akan backup dap, juga blog yang backup 'kapiaq yang jujur'

    ReplyDelete
  5. Maza, kalu dah mufti buatlah cara mufti, jgn masuk cmpur hal2 politik & jgn bodek PN la..nasihat sya maza, ikutlah cara menteri agama / mufti wilayah sekarang.. relax je dia..awak tu bukan org suka sangat.

    ReplyDelete
  6. Kamarul & maza jgn jadi haprak..sahur cabaran tu, kalu brani la ye.

    ReplyDelete
  7. terima kasih dr kamarul..b0gkar lg please

    ReplyDelete