Friday, May 29, 2020

Antara Zaman BN, Zaman PH dan Zaman PN.. apa yang cilakanya??


Penuh timeline dengan #129 kononnya PH nak buat comeback? Ada yang suka, ada yang tak.
Sepanjang 22 bulan PH perintah, banyak juga PH dicemuh. Tapi betul ke PH seteruk yang dijaja?
So, ni rumusan yang aku buat๐Ÿ‘‡

1) PH, DAP, dan Melayu
-Tak hormat bahasa melayu
Zaman PH: Menteri DAP gunakan bahasa cina. Hari-hari UMNO PAS jadikan isu macam Malaysia dah jadi Hong Kong.
Zaman PN: Menteri MCA dan MIC guna bahasa cina dan tamil. UMNO PAS diam je. https://t.co/JpJFkhmnUl

- Isu Adib
Zaman PH: Adib penjawat awam, bertugas ketika rusuhan, dibunuh perusuh.
Zaman PN: Polis penjawat awam, bertugas ketika PKP, dibunuh pemandu mabuk.
Kenapa kes polis dibunuh tak diratib hari-hari seperti kes Adib? Sbb Adib zaman PH, polis zaman PN? https://t.co/4niWGDewlM

Dan, kenapa UMNOPAS boleh selamba je terima abah kau tu siap bangga dia jadi PM kalau betul marah sangat dengan PH dalam kes Adib ni?

Tak tahu ke, dia lah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri masa kes Adib tu, bukan DAP


- Isu jawi
Isu jawi ni lagi kelakar.
Zaman BN: Jawi tiada langsung dalam buku teks tu
Zaman PH: Jawi diperkenalkan 3 muka surat tapi PIBG diberi pilihan untuk terima atau tidak
Kenapa UMNO PAS mengamuk? DAP bantah ke? Tak.

Yang bantah beriya tu Dong Zong. Dia pro MCA. Tak ingat ke, Timb Menteri Pendidikan (MCA) jadikan nak berbaik dgn Dong Zong tu misi dia di zaman PN? https://t.co/pcqXhMdgdu

DAP bantah juga kan? Tak. Ni kenyataan Kit Siang dan pimpinan DAP yang lain. Dan DAP siap buat program khat lagi.
Bandingkan pula dengan MCA.
Siapa lebih teruk? 

- Isu pemandu mabuk.
Zaman PH: Ada isu pemandu mabuk langgar orang sampai mati. UMNOPAS mengamuk macam Guan Eng yang upah pemabuk tu bunuh orang.
Zaman PN: Ada isu pemandu mabuk langgar orang sampai mati. Kenapa kemarahan tu dah mula reda?

-Bantuan pusat pendidikan swasta cina
Zaman PH: Peruntukan RM 15 JUTA untuk pusat pendidikan swasta cina. Mengamuk UMNO PAS.
Zaman BN: Peruntukan kerajaan RM 30-70 JUTA setiap tahun sejak 1969 untuk kolej swasta, TAR College milik MCA. Kenapa UMNO PAS diam? https://t.co/alXc8lC5mT

Apa bezanya? Takde beza pun.

Oh lupa. Ada beza.
Zaman PH, Guan Eng beri bantuan pada sekolah agama persendirian,sekolah pondok, dan tahfiz sekali (RM 100 juta setahun).

Zaman BN, kolej MCA dapat duit rakyat, tahfiz ternganga je. Tapi UMNO PAS okay je. 

2) Kompetensi
Sepanjang 22 bulan PH perintah, isu kompetensi ni antara yang lantang dikritik.
Kerana apa? Sebab PH kuat u-turn.
Tapi bila fikir balik, sebenarnya u-turn tu tanda kerajaan mendengar suara rakyat.

Zaman PH:
Kerajaan buat keputusan --> rakyat bantah --> u-turn

Zaman BN:
Kerajaan buat keputusan --> rakyat bantah --> suruh rakyat keluar Malaysia
So, okay je untuk u-turn ni. Kalau tak okay, takkan PN pun tiru kan? https://t.co/u4P1nIGzL6

Tapi memang kita akui, PH masih baru dan ada yang kurang kompeten.

Ya lah. Ambil alih kerajaan dari lawan. Sah-sahlah takde proper handover kerja. Masuk-masuk je, pandai-pandai kau lah fahamkan kerja.

Tapi macam Mat Sabu cakap lah,

"Kita semua baru dan cuba nak fahamkan betul2 kerja kita dalam tempoh 2 tahun. Dah cekap, lepas 2 tahun, kita mulakan misi penerangan pada rakyat pula".

Tak sempat, dah kena hijack.

3) Ekonomi negara
-Antara yang paling lantang PAS dan UMNO kritik PH dulu ialah isu ekonomi. Usaha nak tarik pelabur sangat lemah.
Masalahnya siapa menteri yang bertanggungjawab? Azmin.

Kau imagine, kau ada company A, kau hire Staff A untuk jaga sektor pelaburan. Tapi staff A ni rupanya dah dapat offer kerja kat company B tanpa pengetahuan company A. 

Kau rasa sepanjang tempoh tu, staff A ni akan bersungguh-sungguh tarik pelaburan tak? Memang tak lahh.

Itu lah Azmin. Dia tak kisah pun dgn masalah ekonomi tu sebab dia dah ada kerajaan Plan B.
Makin lemah PH, makin senanglah dia nak justify tindakan dia khianat PH.

Tp yang kelakar tu, geng yg dulu kutuk PH gagal jaga ekonomi, tgh berpeluk dgn menteri yg jaga ekonomi zaman PH 

So, bagi aku, ekonomi negara zaman PH masih belum teruji kerana normal lah untuk ekonomi negara tak stabil apabila berlaku pertukaran kerajaan.

Tambah lagi dengan beban BN dan Menteri Ekonomi yang khianat dan sabotaj, memang combo lah. https://t.co/igNx6u1AgT

4) Ekonomi rakyat
Walaupun ekonomi negara tak berkembang dgn baik di bawah Azmin, tapi fokus PH pada ekonomi rakyat pun bukanlah seteruk yang dikhabarkan.
Betul, ada yg dikurangkan, tapi banyak juga yang lebih baik walau hanya 22 bulan.

Zaman BN, ada GST. Zaman PH, hapus GST.
Zaman BN tiada subsidi petrol. Zaman PH, ada subsidi petrol.
Zaman BN tiada subsidi pengangkutan awam. Zaman PH ada.
Zaman BN tiada MySalam Peka B40. Zaman PH ada.
Zaman BN internet harga maintain. Zaman PH harga internet turun 49%.
Zaman BN tiada diskaun tol & akan naikkan caj tol tiap 3 tahun. Zaman PH diskaun tol 18%, tiada kenaikan hingga 2058.

Ada yg perli "Mmg diskaun, tp konsensi jd panjang". Dari zaman BN, tiap kali konsensi nak tamat, akan renew lagi. Bezanya, PH renew + diskaun. BN no discount.

Jangan ada yang kata, "zaman PN ada BPN, zaman PH ada e-wallet RM 30 je".
E-wallet RM 30 tu tiada di zaman BN dan PN, tu PH bagi tambahan.
BPN pula Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Fasa 2 kerana Covid 19.
Bila PRE Fasa 1? Zaman PH. 

Guan Eng dan Kementerian Kewangan draf dari pagi sampai petang pada 23 Feb 2020.
Kau tahu mana pimpinan PN masa tu? Tengah mencekik di Sheraton sambil rancang nak gulingkan kerajaan.

All in all, PH ni takde lah seteruk yang dijaja.

Cuma, aku rasa PH nampak terlalu buruk dan lemah sebab bila PH buat kesilapan, bukan setakat geng UMNO PAS, dengan penyokong PH sekali hentam PH kaw-kaw.

Gila kau. Buat silap je, satu Malaysia kritik, mana nak nampak kuat ๐Ÿ˜‚

Akhir kata,

1) Aku harap terbuka lah hati org melayu utk sedar yg momokan PH anti melayu tu hanyalah tuduhan bangang demi survival politik UMNOPAS.

2) Jika BN yg korup & angkuh pun boleh bangkit semula dlm tempoh 22 bulan, apalah sangat utk PH bangkit semula menjelang PRU 15

Copy paste dari ciapan akaun Twitter
FarhanZulkefly

No comments:

Post a Comment