Friday, May 15, 2020

BERSATU yang berpecah dua.. mampukah bersatu semula..??




Dari pemerhatian aku berdasarkan posting dan komen yang aku baca di socmed, aku dapati, dan aku rasa semua pun tahu, Bersatu berpecah kepada 2 kumpulan besar.

Kumpulan pertama adalah yang condong kepada Muhyiddin Yassin. Mereka mahu teruskan bekerjasama dengan Umno. Tujuannya bukan rahsia, iaitu demi kuasa.

Kebanyakan yang dalam kelompok ini adalah mereka yang berkedudukan dalam parti. Ada juga machai-machai yang menyokong tapi kebanyakannya atas sentimen kaum.

Kumpulan kedua adalah mereka yang condong kepada PH. Kumpulan ini kebanyakannya dari kalangan akar umbi. Ada yang gelar mereka sebagai hard-core Bersatu.

Mereka masuk Bersatu kerana bencikan Umno. Jadi takkan mungkin mereka boleh menerima Umno kembali. Bukan semua berasal dari Umno. Ada yang asalnya golongan atas pagar.


Masalahnya kumpulan ini terbahagi kepada 2 kelompok. Yang pertama hardcore Mahathir atau boleh dipanggil anti Anwar. Mereka benci DS Anwar sebagaimana mereka benci Umno.

Kelompok satu lagi agak moderate. Mereka boleh menerima DS Anwar. Kelompok ini kebanyakannya berasal dari golongan atas pagar manakala yang anti Anwar berasal dari Umno.

Untuk situasi sekarang, kelompok hardcore Mahathir adalah yang paling tersepit dalam situasi ini. Mereka tidak mahu bersama Umno. Tapi mereka juga tidak mahu DS Anwar jadi PM.

Jadi apa penyelesaian yang ada?

Balik kepada niat asal. Kalau niat mahu selamatkan negara, maka mereka perlu menerima DS Anwar sebagai calon PM jika PH kembali berkuasa. Mungkin sebagai timbal balik, biarkan Mukhriz jadi pemimpin utama kerajaan.

Kerana selagi mereka tidak dapat menerima hal ini, PH takkan stabil dan para penyangak takkan dapat dikalahkan.

Manakala kelompok yang neutral, mereka mungkin tidak lama dalam politik. Jika Bersatu akhirnya berpecah dan hanyut, mereka mungkin akan jadi non-partisan dan kembali menjadi atas pagar.

Satu lagi option jika mereka mahu teruskan berpolitik adalah dengan menyertai parti lain dalam Pakatan Harapan.

Ini cuma telahan aku berdasarkan pemerhatian aku di socmed. Anda tak diwajibkan untuk bersetuju.

- R a j a G e l a p -
CnP ©

No comments:

Post a Comment