Wednesday, May 13, 2020

Hikmah disebalik kejatuhan kali kedua MUKHRIZ sebagai MB KEDAH...


Dari minggu lepas, antara berita paling hangat pasal usul undi tidak percaya Tun Mahathir kepada Muhyidin Yasin.. walaupun ramai dari penyokong PH teruja.. Sebenarnya aku tidak lah berminat dengan langkah tersebut.. Cumanya dari sudut strategi parti Politik bagi aku tidak ada sebarang masalah..

Dan semalam bila ada desas desus Kerajaan Mukhriz di Kedah akal tumpang..Sebenarnya itu satu petanda yang baik.. Memang sebelum ini aku dah sebut, Negeri Kedah hanya dibiarkan sebagai taruhan rundingan team Muhyidin dan Tun Mahathir.. Biarlah mereka bergaduh..

Bila jatuhnya Kerajaan Kedah.. bermulalah pertarungan sebenar... jelas ada pemisah antara kelompok Khainat dan bersama aspirasi Kerajaan PH hari ini.. sebenarnya PH mempunyai asas yang kuat..Bagi aku Kerajaan PN Tebuk Atap ini perlu dikekalkan sekurang kurangnya sehingga pembentangan belanjawan 2021...

Sebenarnya banyak hikmah sepanjang pemerintahan kerajaan PN tebuk atap.. aku cukup gembira apa yang selama ini sukar kita jawab keatas fitnah fitnah mereka..terutama menyentuh soal sentimen kaum dan Agama.. akhirnya Allah memberikan jawapan dari tindakan mereka sendiri.. itu sebabnya mereka perlu dikekalkan sehingga Pembentangan belanjawan 2021..


Bayangkan dalam bula Ramadhan ini saja.. Banyak isu, yang dulunya menjadi mainan fitnah kelompok Asahbiyah akhirnya terjawab dengan sendirinya.. Isu Kilang Arak..Isu Mabuk.. Isu penaman Buluh sehinggalah kegagalan mereka memerintah terutama Menteri yang jadi bahan troll dari rakyat boleh lihat hanya tidak sampai 2 Bulan mereka memerintah.. 

Mana kita sangka, dalam tempoh PKP..dalam pada Kilang arak , Kedai Arak, kelab malam dan pusat hiburan ditutup.. Allah taqdirkan berlakunya kemalangan melibatkan kematian Anggota Polis akibat pemabuk.. dan akhirnya Allah zahirkan bagaimana mereka bermudah mudah memperolokkan dalil dalil Agama bagi mempertahankan tindakan Kerajaan mereka..

Itu belum lagi menyentuh kerakusan mereka mencatur Politik dengan meletakkan ahli parlimen dalam GLC, perlantikan Politik termasuk jawatan Duta khas bertaraf Menteri.. dan kita akan menantikan Allah menurunkan jawapan atas fitnah mereka terutama isu Adib, Isu Jawi, Isu Sekolah Vernakular ,isu tabung Haji dan terutamanya perlaksanaan Hudud..

Lebih aku bersyukur.. dari rampasan kuasa ini Allah menzahirkan wajah wajah jahat dari kalangan Ulama' yang menjadi tulang belakang kepada Kerajaan tebuk atap ini..terutama kelompok anak buah Zakir Naik dan Pengkagum Mufti Utara...

Jadi perjalanan kita masih jauh.. Tugas PH memperkukuhkan Pakatan Harapan... Menyingkirkan segala Pengkhianat ini...Dan jangan risau..pada pandangan aku, PH cukup kukuh dengan memiliki 92 Kerusi Parlimen.. dan pada bila bila masa Kerajaan PH mampu menumbangkan Kerajaan PN di Parlimen..

Apalagi kita akan berhadapan dengan kemelesetan Ekonomi...Sekarang ini masih ramai yang tidak nampak dan tidak rasa..samalah seperti pengumuman Muhyidin tentang bantuan Cik Kiah dan Pak mat tempe dulu.. Rakyat ni belum kena.. Belum rasa.. Depa tak peduli apa pun... 

Esok bila ramai yang dibuang kerja.. Ekonomi teruk.. hasil negeri dan negara berkurangan.. kita akan menyaksikan Kerajaan Muhyidin akan lebih terdesak berbanding Najib.. dan dah terbuktipun hari ini...agaknya bagaimana bula Oktober atau November nanti mereka nak bawa usul untuk kembalikan GST ?

Percayalah.. Ekonomi negara kita takkan menyebelahi mereka..faktor Ekonomi inilah yang akan jatuhkan mereka dengan sendirinya.. walaupun Menteri Kayangan CIMB begitu yakin dengan hasil negara yang tidak akan terjejas.. hakikatnya dalam titah Ucapan Sultan Nazrin hari ini mengambarkan..Kita akan berhadapan dengan situasi yang amat sukar... 

Bukan hanya melibatkan Kerajaan negeri,Hatta Kerajaan Pusat..Termasuk lah Negeri yang bergantung dari hasilr royalty Minyak seperti Kelantan,Terengganu dan juga Sarawak..dan kebetulan.. Negeri negeri inilah yang menjadi dalang kepada Pengkhianatan.. 

وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ...
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.."

(Al-Baqarah 155)

🙂
Ipohmali
12 MEI 2020

No comments:

Post a Comment