Sunday, May 17, 2020
Menjawab Lukisan NAJIB berkenaan isu anak tirinya dilepaskan mahkamah kes 1MDB.!
#Viral_Broadcast
DANA DARI 1MDB DAN RIZA AZIZ : MENJAWAP PUTAR BELIT NAJIB YG PENYOKONGNYA PERCAYA MEMBUTA TULI.
Oleh : Sawal Ali
Disclaimer: ini bukan tulisan politik tetapi adalah tulisan untuk menilai bagaimana kita menerima dan mengkaji sesuatu penulisan itu dari sudut fakta.
1. Dah lama saya tak menulis pasal 1MDB. Hari ni ternampak tulisan Najib Razak mengenai kes Riza Aziz.
2. Terkejut saya baca kerana tulisannya penuh dengan putarbelit dan perkara yang tak betul. Dan bila saya scroll lagi, rupanya dah ada banyak tulisan dia mengenai 1MDB yang penuh dengan putarbelit.... Wow.
3. Oleh kerana saya ada masa sikit, kali ni saya nak komen ringkas sahaja mengenai tulisan Najib dalam screenshot yang saya sertakan dan beberapa tulisan dia lain yang berkaitan perkara yang sama.
4. Faktanya adalah duit yang masuk ke akaun syarikat Red Granite Capital (milik Riza Aziz) yang berasal dari 1MDB tidak ada kena mengena dengan sebarang pelaburan dari mana-mana syarikat atau pihak.
5. Tidak ada sebarang perjanjian pelaburan diantara Red Granite mahupun Riza Aziz dengan Aabar ataupun AL-Husseiny ataupun IPIC ataupun 1MDB. TIDAK ADA SEBARANG PERJANJIAN PELABURAN.
6. Tidak ada sebarang pembayaran balik pelaburan kepada syarikat-syarikat yang disebut diatas. Tidak ada pembayaran balik pulangan pelaburan kepada Aabar atau Alhusseiny atau IPIC atau 1MDB. Balance sheet bagi syarikat Red Granite Pictrures dan Red Granite Capital menunjukkan tidak ada sebarang pembayaran pulangan pelaburan.
7. Riza Aziz melalui syarikat miliknya iaitu Red Granite Capital menerima sejumlah USD238M dari Aabar BVI yang mana duit ini berasal dari 1MDB. Selain daripada itu Syarikat itu juga ada menerima duit sebanyak USD10M dari Good Star Limited dan ini juga berasal dari 1MDB.
8. Untuk justifikasi kemasukan USD238M yang banyak ini ke dalam bank Red Granite Capital, RIza mengatakan ianya adalah pinjaman dari Aabar untuk buat filem.
9. Daripada USD238M yang berasal dari 1MDB ini yang diterima oleh syarikat Riza Aziz, ianya digunakan untuk tujuan berikut:
a) USD94M digunakan olehnya untuk beli kediaman di New York CIty, Beverly Hills dan London.
b) USD41M digunakan olehnya untuk berjudi dengan Jho Low dan Tan (seorang accountant)
c) USD64M digunakan untuk pembuatan filem
d)USD5M digunakan untuk beli poster dan memorabilia
10. Dalam tax declaration Riza Aziz untuk menjawab penggunaan duit USD94M, dia mengatakan bahawa duit ini adalah `hadiah' dari Al-Husseiny.
11. Daripada USD238M duit yang berasal dari 1MDB ini, hanya USD64M digunakan untuk movie. Selebihnya adalah untuk tujaun peribadi.
12. Kenyataan Najib Razak bahawa ianya adalah pelaburan kepada syarikat Red Granite dan sebahagian dari pelaburan telah pun dibayar balik adalah tidak benar. Ini yang sering dimanipulasi dan diputarbelit oleh Najib dalam beberapa tulisan beliau pada hari ini.
13. Kenyataan Najib dalam ayat yang terakhir bahawa Riza pulangkan dana pelaburan adalah juga salah kerana USD238M itu bukannya pelaburan seperti yang dijelaskan diatas.
14. Masalahnya adalah masyarakat mungkin tidak mempunyai masa untuk membaca dan mengkaji secara terperinci. Iyelah, dokumen-dokumen dari pihak berkuasa ini tebal dan panjang... ianya memakan masa untuk baca. Sebab itulah, kesempatan ini diambil oleh Najib untuk memutarbelit dan menulis sesuatu yang tidak benar kerana dia tahu ramai yang tidak ada masa membaca dan akan mudah percaya sahaja.
15. Ada lagi tulisan Najib (apabila saya scroll page nya) yang penuh dengan putarbelit dan dusta. Sebagai contoh tulisan beliau mengenai pendedahan audio oleh SPRM juga mempunyai kenyataan yang salah.
16. Bagaimanakah caranya untuk melahirkan generasi yang suka membaca, suka menyelidik, suka mengkaji dan mempunyai pemikiran yang kritis? agar masyarakat tidak mudah terpedaya. Ini adalah penting untuk kita mengetahui kebenaran agar tidak mudah diperdaya oleh mereka yang mempunyai kepentingan.
- SAWAL ALI
Dlm bulan posa pun najib nak nipu apa tah lagi bulan biasa
ReplyDeleteEntah..sbb ramai percaya boss ku punya putar belit..tak pelah klu terlepas skrg pun mana2 pemimpin jawab je lah nnti..tak karma unk diri sendiri..anak yang dapat karma tu...bkn semua perkara blu selesai dgn duit
ReplyDeleteMimpi ape lg ni pak jib oi. Dulu msa tun jd PM knapa mu x ckp mcm tu.. lama benor mu karang ayat. dgr citer labur film lucah ke si riza tu?.. Allah...
ReplyDeleteYang paling best tu duit bayar kat ipic palsu tu dia boleh buat dek ni...
ReplyDeleteKpd saudara sawal ali andai ada bukti sahih tolong tulatkan utk lencerahan raktat atas segala rumusan yg anda buat selama ini.. Jgn hanya sekadar menularkan atas rasa kebencian tapi biat atas fakta dan kebenaran..jgn ditambah dosa yg sedia ada elakksn menabur fitnah tapi tolong bujtijan kenyataan dan fakta yg sahih
ReplyDeleteLah tak payah sertakan lafi. Sudah terang lagi bersuluh. Google aje doj us cases, keluar berlambak lambak. Tak perlu aertakan disini
Deletenajib is big pundek penyamun
ReplyDeleteKau orang macai ph tahunnya keburukan Najib....tuuuu...lanun tua tuuuu...yg rompak duit rakyat bagi kat 4 orang anak depa sampai kaya raya....masing2 simpan kat bank Israil kat singerpore hang tampak lak...pe..rasa...tajuk kucing punya macai.....
ReplyDeleteJal apa nama bank israel yang kat singapore tu?
DeleteOrang PH tak boleh terima kenyataan....
ReplyDeleteMahkamah sendiri pun tak dapat buktikan tuduhan pada najib... Tp sumpah laknat najib di masjid betul2 yg terjadi bada pakatan harapan yg tak mesra islam..
ReplyDeleteBila masa najib takbdapat dibuktikan ada kemasukkan wang dlm acc dia. Cuma dia kata dia tak tahu duit dah dimasukkan. Ana tak tahu
DeleteSenangnya orang kaya dilepaskan dan miskin senangnya dipenjarakan
ReplyDeleteSawal dah jd sewel. Sembang org kecewa. Lagi pandai dari mahkamah 😅
ReplyDelete