Saturday, June 6, 2020

AWAS!!E-WALLET @ E-DOMPET akan diambil data peribadi untuk daftar ahli DAP???

E-WALLET @ E-DOMPET!!!


1. Inisiatif e-tunai rakyat RM30 diperkenalkan bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya di sektor peruncitan.

2. Ianya adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan PH pada ketika itu untuk memenuhi agenda Kemakmuran Bersama dengan mengurangkan halangan ke arah digitalisasi dan meningkatkan keterangkuman kewangan.

3. Seawal pengenalannya, ramai dari kalangan pembesar parti lebai mempertikaikan tahap keselamatan data peribadi pengguna yang kononnya boleh disalahgunakan.

4. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Attakiri yang pada ketika itu masih belum bergelar menteri mendakwa, ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada projek e-tunai itu dan rakyat perlu membantahnya kerana tidak selamat.

5. Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang juga timbalan ketua pemuda parti lebai mempersoalkan apakah berbaloi merisikokan data peribadi pengguna hanya untuk wang RM30.00?

6. Syahir Sulaiman, setpol kepada presiden parti lebai juga menggesa pengguna untuk memikirkan kewajarannya menuntut RM30 yang diberikan secara "one off" berbanding besarnya nilai data peribadi yang didedahkan itu.

7. Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng berkali-kali menjelaskan bukannya tujuan kerajaan mewujudkan program e-tunai rakyat untuk mendapatkan atau menceroboh data peribadi rakyat dan jauh sekali untuk merekrut keahlian DAP seperti yang didakwa sebahagian walaun parti lebai.

8. Namun para pembesar dan walaun parti lebai terus menerus mengkritik program e-tunai ini sehinggalah program ePenjana yang akan mengkreditkan RM50 kepada setiap pengguna e-dompet diumumkan oleh PM8, Muhyiddin Yassin petang semalam.

9. Sehingga saat ini pembesar dan para walaun parti lebai yang bermuka-muka ketika e-tunai RM30 diperkenalkan masih belum mengeluarkan walau sepatah perkataan berkaitan dengan inisiatif ePenjana RM50 itu.

10. Kita harus bersangka baik dalam hal ini, mungkin mereka sedang tekun menyelak helaian kitab-kitab kuning untuk mencari nas dan dalil bagi menghalalkan inisiatif pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment ini.

Kesimpulannya.. data peribadi yang diberikan kepada pengendali e-wallet atau e-dompet itu tidak akan digunakan untuk mendaftar keahlian DAP. Harap para pembesar dan para walaun parti lebai ambil maklum dan pohon jangan sentap.

Sumber : KLIK LINK

ARTIKAL VIDEO :

ADAKAH MEREKA YANG TUNGGU PRU15 BARU PH AMBIL KUASA SEMULA MERUPAKAH GOLONGAN DAYUS?

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete