Monday, July 27, 2020

Apa disebalik ungkapan PELARIAN oleh MAT SABU dalam parlimen..!!?

ISU UCAPAN BANG MAT DI PARLIMEN BERKAITAN PELARIAN


1. Ini adalah transkrip ucapan Bang Mat yang ada kalimah pelarian. Baca transkrip di bawah sekali, selepas no 9. Semua kalimah pelarian ditulis dalam huruf besar.

2. Tak jumpa pun kalimah Bang Mat hina Nabi SAW atau sahabat secara langsung seperti yang dibising-bisingkan.

3. Mungkin ucapan dalam perenggan terakhir Bang Mat sebut, "khasnya Nabi Muhammad SAW yang menjadi pelarian atau berhijrah daripada Mekah ke Madinah" dianggap menghina Nabi SAW.

4. Bang Mat sebut "pelarian atau berhijrah". Bang Mat tak sebut, "pelarian" dan berhenti di situ, tapi disebut "pelarian atau berhijrah". Boleh difahami Bang Mat menterjemah kalimah hijrah itu dengan pelarian.

5. Ya, mungkin terjemahan itu tak tepat sepenuhnya, tetapi mengatakan Bang Mat hina Nabi SAW kerana memanggil Nabi SAW pelarian adalah tidak tepat.

6. Memang tidak wujud dalam kamus kalimah hijrah diterjemah dengan pelarian, tetapi dalam konteks perbincangan pelarian yang Bang Mat cuba bawa, terjemahan itu memudahkan kefahaman orang ramai terhadap isu ini.

7. Tujuannya supaya orang ramai tidak melihat pelarian yang Bang Mat kategorikan kepada pelbagai kategori dihukum borong sebagai jahat dan layak disakiti atau dihalau.
8. Isu ini mirip isu Tok Guru Nik Aziz sebut Tuhan samseng suatu ketika dulu. Bising orang Umno kata Tok Guru hina Tuhan. Kes ini pun lebih kuranglah. Bising orang Pas dan Umno kononnya Bang Mat hina Nabi SAW.

9. Bacalah transkrip ucapan Bang Mat di bawah. Tapi kalau malas baca, tapi rajin maki, penyakit tu tak ada ubatlah...!

TRANSKRIP UCAPAN BANG MAT

"… Saya ingin menyentuh juga soal PELARIAN. Memang kita lihat PELARIAN yang datang ke Malaysia ini berbagai kategori. Di antaranya kerana tarikan ekonomi. Yang kedua datang sebagai pelancong, kemudian terus tak mau balik. Yang ketiga pelarian politik akibat tekanan di tempat mereka atau di negara mereka. Kemudian pelajar luar yang datang belajar di sini kemudian mencari peluang untuk tidak balik lagi menjadikan Malaysia second home."

"Saya ingin menyebut di sini, PELARIAN ini kita kena ada ketegori, jangan kita menghina semua PELARIAN. Islam ditegakkan oleh orang PELARIAN. Bahkan Nabi Musa AS memimpin PELARIAN daripada Mesir untuk menyelamatkan diri hasil tekanan Firaun. Jaafar Bin Abi Talib, bapa saudara Nabi SAW memimpin pasukan hijrah yang pertama ke Habsyah, dilindungi oleh maharaja Kristian di Ethiopia atau Habsyah."

"Nabi SAW sendiri setelah diancam nyawanya di Madinah (Mekah) dia berhijrah ke Madinah, dan diterima oleh penduduk Madinah dan kemudian menjadi ketua negara. Sebab itu antara PELARIAN ini kita kena jaga. Jangan kita borongkan mereka semua itu sebagai sama. PELARIAN ekonomi lain, PELARIAN tekanan politik lain, PELARIAN cari makan lain, PELARIAN kerana nak dapat kerakyatan dan sebagainya, itu lain."

"Ada perkataan-perkataan yang buruk yang kita kata PELARIAN kerana diancam nyawa mereka, datang ke sini ada yang mengatakan biar kita tenggelamkan mereka di tengah laut. Bayangkan kalau itu berlaku kepada keluarga Nabi SAW, Jaafar Bin Abi Talib dan rombongan yang melintasi Laut Merah, untuk menyelamatkan diri daripada tekanan di Mekah dan diberi perlindungan oleh maharaja Kristian."

"Kita juga kena ingat dalam kita mengecam mereka yang datang kerana tekanan, kezaliman di negara mereka, kita lupa tiga juta lebih orang Islam menjadi PELARIAN DI Eropah sekarang. Lebih satu juta dilidungi di Jerman, bahkan di Jerman, bila mereka daftar saja sebagai PELARIAN, diberi perlindungan roti kapadia aur bakan, iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian disediakan.

"Di Sweden, Finland dan sebagainya. Sebab itulah dalam kita mengecam hal PELARIAN ini kita kena jaga kategori-kategori pelarian itu. Jangan dianggap kita ini lupa sejarah. Jangan dianggpa bahawa kita lupa Islam itu ditegakkan oleh para PELARIAN, khasnya Nabi Muhammad SAW yang menjadi PELARIAN atau BERHIJRAH daripada Mekah ke Madinah".

"Perkara yang paling penting kita ditekankan di sini ialah soal sindiket pelarian yang perlu diperangi, tak kiralah mana kerajaan. Kerajaan BN ka, PH ka, tebuk atap ka tak kira. Yang penting mesti diperangi soal sindiket ini".

5 comments:

  1. 6. Memang tidak wujud dalam kamus kalimah hijrah diterjemah dengan pelarian, tetapi dalam konteks perbincangan pelarian yang Bang Mat cuba bawa, terjemahan itu memudahkan kefahaman orang ramai terhadap isu ini.


    Die xboleh jdkan contoh "pelarian" dgn hijrah nabi..nabi bergerak atas wahyu/dakwah agama..

    Pelarian skrg krn takut & mencari kerja...

    ReplyDelete
  2. Mat Sabu seolah2 menjadikan kecaman sesetengah pihak keatas pelarian sebagai satu imuniti untuknya menghina Nabi. Siapa yg kecam? Takkan kecaman netizen pun Mat nak highlight? Pasti beliau sedar reaksi org ramai. Tapi lihat betapa angkuh beliau ambil kesempatan ini. PH amat konsisten melahirkan pemimpin Islam jenis ini, termasuklah Mujahid yg tunggang slogan Rahmatan Lil Alamin.

    ReplyDelete
  3. Ungkapan " pelarian " telah d jelaskan oleh Menteri Agama d sidang parlimen hari ini & ungkapan yg sama pernah d gunakan oleh YM Sultan Kedah pada 2015 . Tunggang agama itu sendiri adalah terlalu buruk dari menunggang slogan . D waktu Pas menabik dada mereka lah pejuang2 agama yg d tunjangi ulamak2 walhal utk melantik seorang menteri agama sekalipun PN tidak memilih d kalangan ulamak2 Pas kerana apa ? Tidak yakin ?

    ReplyDelete
  4. Dah lah bangsa lain anggap Melayu pendatang, dapat pulak title br utk muslim sbg pelarian. Xsalah utk memartabatkan agama & bangsa sbg kebanggaan...

    ReplyDelete
  5. Dah lah bangsa lain anggap Melayu pendatang, dapat pulak title br utk muslim sbg pelarian. Xsalah utk memartabatkan agama & bangsa sbg kebanggaan...

    ReplyDelete