Monday, July 27, 2020

Mampukah PKR bersendirian hadapi PRU15..??

Samada PH berpakat atau Keadilan bersendirian, peluang tewaskan M(B)N di Snap Election/PRU15 tetap wujud.


1) Saya sependapat dgn Iswardy Morni dlm bab undi dari penyokong UMPA$ ni. Tidak akan semudah yg disangkakan. Berkali-kali saya sebut akan berlaku undi "Outliers" dan pertandingan byk penjuru yg akan menyebabkan UMNO BN+PA$ atau M(B)N sukar nak tewaskan PH atau Keadilan.

2) Sebelum PRU14, setahun lebih awal dari dapatan Invoke, saya berhujah dgn Rafizi yg PH tidak perlukan PA$ dan 3 penjuru TIDAK BOLEH DIELAKKAN tapi PH akan menang jika 3 penjuru atau lebih. Masa tu Rafizi tidak yakin dan kata itu hanya "hearsay". Selepas setahun, Invoke lakukan kajian di lapangan, baru Rafizi setuju dgn saya, percaya dan ia ternyata benar. Kali ini juga saya tetap Optimis yg 3 penjuru tidak dapat dielakkan, begitu juga undi "Outliers" yg bakal menyebbkan M(B)N tewas di Snap Election atau PRU15.

3) DSAI pernah sebut dlm interview dgn CNA, dia tetap Optimis sbb undi UMNO BN + PA$ = tidak semestinya jadi majoriti. Seperti yg dikatakan oleh Ilham Centre mungkin tidak byk, tapi undi "Outliers" akan beri kesan. Secara peribadi...saya rasa kemungkinan akan berlaku undi protes terhadap calon mereka di atleat 30% Parlimen yg M(B)N bertanding. Itu dah cukup buat UMPA$ tumbang.

4) Saya pernah lihat sendiri tindakan ahli2 PA$ bila protes calon sendiri. Begitu juga UMNO. I can tell u...it's ugly. Setakat yg saya tahu tak ramai dlm Keadilan dan DAP akan buat kerja mcmtu kalau pun tak puashati dgn calon. Sekadar marah tapi tak undi protes. CONTOH : Dalam keadaan jentera2 lama diketepikan (termasuk saya) lalu mereka memboikot kempen Kulim-Bandar Baharu di PRU14 dulu, tapi undi tetap diberikan kpd calon dan kami membantu kwsan lain. Itu satu contoh, sbb semangat utk tidak membenarkan PNyamun menang, perasaan sendiri mesti dikorbankan.

5) Di Snap Election / PRU15 Bersatu bukanlah lawan PH atau Keadilan. Rakyat benci dgn PNkhianat. Manakala group Kartel sdg teraba2 di mana nak bertanding. Smlm DSAI dedahkan akan hakikat itu yg ramai dari kita dah ckp terutama Iswardy Morni. Demikian juga Blok Ketiga yg Blackout Rentung + Warisan itu. Mereka akan kena "reduce to a non competitor", tambah sukar bila kekurangan jentera.

6) Yg penting skrg ialah Keadilan / PKR shj menjadi harapan kpd rakyat skrg. Jgn beri harapan terlalu tinggi bìla DAP dan Amanah masih main DUA KOLAM tak bleh nak stop. JIKA PH gagal berMuafakat sehingga Parlimen dibubar, Keadilan boleh jalan sendiri dulu, guna logo sendiri. Hanya selepas pilihanraya boleh dibincangkan gabungan baru jika cukup kerusi MP.

7) Itu shj cara. Bila dah alami kekalahan baru pakat bersungguh2 nak berMuafakat dan tolak gangguan2 luar yg dulunya tak mahu ditolak. Mungkin benar seperti kata DSAI rundingan kerusi sdg dilaksanakan dlm PH. DAP tak terkesan. Hanya PKR dan Amanah, setakat ini difahamkan sejak tamat PKP dulu pembahagian kerusi di Kedah, Perak dan P.Pinang dah selesai.

8) PKR dijangka akan bertanding di kebanyakan 52 kerusi yg pernah ditandingi oleh Bersatu. Amanah tak boleh demand berdasarkan kekuatan mereka yg terhad. Jika bermuafakat, ia berbeza tapi dengan keadaan sebahagian dr mereka jd #K3 bukan semua ahli dan pimpinan Amanah boleh kita percayai dan beri harapan. DAP takpe sbb kwsan mereka bertanding tidak terkait dgn Keadilan / PKR.

9) Keadaan Ekonomi shj sudah tidak menyebelahi M(B)N. PN itu sementara shj ia tidak wujud selepas Parlimen bubar. Hampir 1 juta rakyat menganggur dan hilg pekerjaan. Tidakkah sebahagian dari mereka kecewa dan marah? PH harus "exploit" isu ini, dijadikan kempen. Saya percaya majoriti adalah pengundi berdaftar dan mereka akan bertukar menjadi "Economic Voters". Secara "Phsycology"...bagi mereka yg kecewa dan marah, akan lebih cenderung menjadi "Anti-establishment".

10) Di waktu ini kita hanya lihat di permukaan, kononnya rakyat suka dengan KERAjaan PN sbb dapat pelbagai bantuan. Mereka lupa itu hanya 3 4 bulan pertama PKP selepas itu apa lagi yg mampu dibantu bila dah habis duit dan capai limit nak berhutang lagi? Pasca PKP sbb COVID-19 akan jadi lebih parah bila rakyat tiada kerja dan peluang baharu.

11) Jika dilihat lebih dalam, ramai yg hilg pekerjaan dan peniaga kecil sudah hilg pendapatan serta bergelut dgn kos sara hidup. Apa yg sudah berjaya kerajaan PN bantu atau beri peluang baru kpd mereka? Jika kita nak faham berapa ramai yg terkesan, cuba lah bubarkan Parlimen.

12) Bertolak dari situasi ini PH atau Keadilan patut "spread the blame" akan kegagalan PN menangani ekonomi kpd M(B)N juga. Mereka kelihatan cuba "disassociate" atau merenggangkan diri mereka dari PN dgn berkata Ahli-ahli Parlimen BN hanya membantu pentadbiran PN utk selamatkan negara dan ia bukan suatu Koalisi kekal.

13) PH atau Keadilan jangan sesekali benarkan UMNO BN + PA$ berbuat demikian. Rakyat terutama pengundi harus faham bahawa ramai di kalangan MP dan ahli UMPA$ mendapat ghanimah dan jawatan dan mereka perlu dan mesti dipertanggungjawab atas kegagalan KERAMITA - KERAjaan Melayu Islam Tebuk Atap menangani ekonomi negara dan rakyat.

14) Go PH dan Keadilan...!! Dalam keadaan pincang sebegini, rakyat tetap akan memberi harapan utk keluar dari kemelut ini. Logiknya harapan itu masih wujud dan "Real" kerana kelemahan UMPA$ sendiri juga. Apa yg mereka usahakan tu hanya muafakat pihak atasan sesungguhnya terlalu jauh bagi ahli dan penyokong di bawah utk Wala' 100%. Oleh yg demikian saya tetap Optimis, PH atau Keadilan masih punya harapan ke Putrajaya.

Wallahualam.

- Zus Din
27 Julai 2020

1 comment: