TAKIRI BAWA RM 89 BILLION PELABURAN TURKI ? MEMBOHONG LAGI...
Nampak ada lagi cubaan membohong dari walaun PAS, kali ni kata tujuan Takiri ke Turki membawa pulang Pelaburan.., Kalau betul mana MOU nya.. Mana gambar perjumpaan dengan Menteri Turki nya.. Cakap terus terang, tu sebab org suruh pergi Mahkamah Buktikan..samada pergi untuk pelaburan atau bawa Bini muda jalan jalan seperti dalam laporan...
1- HARGA KOMODITI SAWIT, PERMINTAAN GETAH TAKDA KAITAN DENGAN TAKIRI..
lagi teruk ada walaun PAS kata Takiri bawa balik RM 89 Billion pelaburan Sawit.. Bro, RM 89 Billion tu jumlah dagangan tahunan Industri Sawit..bukan pelaburan..Jumlah dagangan tahunan tu sejak zaman PH lagi pun.. itupun meningkat 1% jer pun..Bayangkan, Begitu mudah Walaun ditipu.. Inilah Gambaran Ruwaibidhah...
Itu pun kata Rm 2700 harga CPO Sawit lebih tinggi dari harga Januari zaman PH RM 3,111.. Turun naik harga sawit akibat bekalan dan permintaan..harganya kekal sama dengan negara jiran seperti Indonesia... negara Jiran mana ada Menteri nama Takiri..
lagi teruk kata eksport getah meningkat sebab Takiri..eksport getah tu sebab permintaan Dunia akibat Covid-19, tu sebab saham berkaitan Getah(Latex) seperti Pengeluar sarung tangan getah seperti Top Glove,Kossan,Super Max melonjak..Malaysia kuasai pasaran latex sebanyak 65% Pasaran Dunia.. dah lama dah..sejak zaman BN lagi..Takda kaitan dengan Takiri..harga getah kat kampung tak tinggi mana pun. walaupun saham berkaitan getah naik 5 kali ganda..
Ni nak habaq, Hubungan dagang, Pembelian sawit dari Turki, Russia dan China dah berlaku lama..Sejak zaman PH, hatta Mat Sabu sendiri pernah berjumpa Erdogan.. ada gambar perjumpaan Mat sabu dan Erdogan..ada sambutan negara buat Mat Sabu..Jumpa Menteri Turki cadangkan Pertukaran pembelian senjata dengan tukaran komoditi Sawit.. Itu baru betul Hubungan dagang..
2- HUBUNGAN DS ANWAR DENGAN ERDOGAN DAN TURKI
Ni Nak Habaq..Kalau nak buat hubungan dagang dengan Turki..Tak Payah susah susah terbang ke Turki time Covid-19.. Pengaruh Ds Anwar dengan Erdogan tu..Dia boleh call bila bila masa jer.. Sebab Ds Anwar Erdogan tu ada hubungan dengan Erdogan sejak Muda.. Depa tu sahabat dari usia muda..
Hatta Bekas Presiden Turki pun bekas Pensyarah UIA zaman Ds Anwar.. Dr Dawood Davatughloo adalah mantan Profesor Sains Politik UIAM.. Iaitu Universiti yang diasasakan gagasannya oleh Ds Anwar Ibrahim..
Bukan nak cakap besar.. Aku boleh kata Pemimpin Malaysia ni, Hanya Ds Anwar bukan dari kalangan Pemimpin tertinggi negara, Boleh datang, Berjumpa dengan Erdogan kat Istana dia.. Hatta Ds Anwar tu takda jawatan apa pun...
Malah time Ds Anwar berubat di Turki.. Erdogan secara peribadi buat lawatan ke wad Ds Anwar..malah makan di Istana Erdogan.. Rasa nya Pengaruh Tun Mahathir pun hubungan dia dengan Turki hanya sekadar hubungan Negara..tapi Ds Anwar Erdogan tu sahabat lama dia.. tapi takda Ds Awnar riak pun dakwa dia berjaya tarik pelaburan..
3- JANGAN SCAM RAKYAT MCM PRODUK KISMIS JAMPI...
Jadi Toksah lah membohong..Takat berpengalaman Jual Kosmetik kecantikan payudara bini dia.. atau pengalaman jual kismis Jampi..jual minyak wangi guna molekul air zam zam membohong.. ni semua produk Scammer..Kononnya berjaya tarik pelaburan.. rasa aku semua urus niaga pun timbalan dia MCA hat anti Jawi tu lah yg jadi juru cakap..
Jadi Bagi penyokong PAS..toksah membohong.. Isu Kuarantin..Langgar peraturan Negara takda kaitan dengan Komoditi sawit... Jadi jangan membohong..
Ipohmali
No comments:
Post a Comment