Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Sebenarnya, YB Teresa Kok bukan tak buat kerja. Harga minyak sawit (MCPO) pada akhir zaman BN hanya sekitar RM2500 sahaja satu tan. Ia kemudian terus merosot pada awal zaman pemerintahan PH. Merosot sehingga cecah bahawa RM2000 syaitan. Eh, setan. Satu tan.
2) Harga minyak sawit berkonsolidasi sekitar harga RM2000-RM2300 pada Januari 2019 hingga Oktober 2019. Namun selepas Oktober 2019, harga minyak sawit meningkat kepada RM3000 satu tan, satu peningkatan yang tertinggi sejak pertukaran kerajaan.
3) Namun pada awal Januari 2020 sehingga berlaku Langkah Sheraton, harga minyak sawit sedikit merosot kembali kepada RM2500 pada Feb 2020. Iaitu kembali kepada harga lama sebelum PRU14.
4) Kemudian fasa kerajaan PN pula, harga minyak sawit terus merosot sehingga cecah RM2100 satu tan pada Mei 2020, mungkin atas asbab Covid19. Harga minyak sawit naik perlahan-lahan sehingga hari ini Ogos 2020 - cecah RM2700. Namun ia belum mampu cecah RM3000 satu tan sebagaimana zaman YB Teresa Kok menjadi Menteri.
5) Menteri PAS memang buat kerja, tetapi jangan sampai menafikan kerja Menteri DAP terdahulu. YB DAP memang buat kerja, tetapi jangan nafikan kerja Menteri PAS juga. Kedua-duanya ada kaedah berbeza, tetapi tujuannya sama - untuk memajukan industri sawit kita. Cuma antara kelakar dan tak kelakar saja.
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
No comments:
Post a Comment