Thursday, August 27, 2020

KENAPA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN BANYAK SANGAT DIRECT NEGO, SEHINGGA MENCECAH RM4477JUTA

RUNDINGAN TERUS

1) Dalam "pendedahan" oleh Menteri Kewangan PN pada hari ini, Kementerian Pengangkutan semasa pentadbiran PH dikatakan telah meluluskan 4 projek secara rundingan terus dan nilai projek yang paling tinggi ialah dari Kementerian Pengangkutan.

2) Saya cuma nak bentangkan fakta supaya fakta tersebut boleh berbicara sendiri.

3) Projek yang dimaksudkan ialah Menaiktaraf Kemudahan Infrastruktur Landasan Berkembar Elektrik di Lembah Kelang Fasa 2 yang bernilai RM4,475,250,000



4) Projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan BN terdahulu secara rundingan terus dan surat setuju terima telah dikeluarkan pada 4 April 2018 (sehari sebelum pembubaran Parlimen) kepada Syarikat Dhaya Maju LTAT dengan nilai RM5.26 billion!

5) Selepas PH mengambil alih, Kabinet telah memutuskan pada 19 September 2018 untuk membatalkan kontrak tersebut.

6) Selepas surat pembatalan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan, syarikat Dhaya Maju LTAT telah berkali-kali merayu kepada kerajaan termasuk rayuan kepada YAB Perdana Menteri untuk menyambung semula kontrak tersebut.

7) Maka, beberapa siri rundingan telah diadakan untuk mengurangkan kos projek tersebut.

8) Syarikat tersebut akhirnya bersetuju untuk mengurangkan kos projek tersebut sebanyak 15% daripada kos asal. 

9) Maka, saya mewakili Kementerian Pengangkutan pun membentangkan perkara ini ke Kabinet pada 5 Julai 2019 melalui Memorandum Jemaah Menteri (MJM) dan mencadangkan beberapa opsyen untuk diputuskan oleh Kabinet.

10) Jemaah Menteri pada 5 Julai 2019 telah memutuskan untuk meneruskan projek ini dengan Syarikat Dhaya Maju LTAT dengan kos yang lebih rendah iaitu RM4.475 billion dengan beberapa pertimbangan seperti berikut;

a) Surat Setuju Terima telah dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu. Sekiranya kerajaan tidak meneruskan kontrak ini, kerajaan terdedah kepada risiko tindakan undang-undang sivil  oleh pihak syarikat dan kemungkinan perlu membayar pampasan.

b) Penjimatan sebanyak 15% adalah hampir RM800 juta tanpa menjejaskan komponen-komponen kritikal dalam projek tersebut.

c) Syarikat ini merupakan usahasama antara Dhaya Maju dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Ini bermaksud para pesara tentera ada kepentingan dalam projek ini. 

d) Syarikat ini sedang melaksanakan projek naiktaraf landasan berkembar Lembah Klang fasa 1. Mesin dan peralatan telah dilabur untuk menyiapkan keseluruhan projek ini. 

11) Terpulanglah kepada orang ramai untuk membuat kesimpulan.
 

Terima kasih.


Anthony Loke Siew Fook

4 comments:

  1. Walaun bukan suka kalau berita ni keluar....

    ReplyDelete
  2. Lain kali jgn letak nombor banyak2. Manti walaun pening. Tapi kalau tak letak depa kata finah plak.

    ReplyDelete
  3. Najib pon dah bisu...biasanye dia yg kuat kokok....kecut telor jib..

    ReplyDelete
  4. AJOQQ menyediakan 9 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete