Thursday, October 1, 2020

ANTARA TUNM & DSAI - Apakah ia Politik Machiavelli @ Politik Dendam???

Mohd Mukhlis Mohd Sharif

 


Alhamdulillah. Minggu lepas saya tulis, hari ini telah zahir, benda dalam hati ini lambat laun pasti akan timbul juga. Sepanjang 22 bulan zaman Tun jadi PM, tak pernah lagi saya tengok Anwar kritikal terhadap dasar-dasar Tun secara general kecuali perkara yang melanggar prinsip dan manifesto pakatan rakyat macam lantik KP SPRM dari kalangan kartel, manifesto bukan kitab suci, naratif melayu malas, kekal lantik ketua PAC dari Ahli Bersatu yang lompat ( manifesto kata ketua PAC kena pembangkang), hadir di perhimpunan maruah melayu etc. 

Bagi saya bila Anwar jumpa Sultan dan Raja-Raja negeri itu adalah perkara biasa, dia dia baru di bebaskan dari penjara. takkan benda itu pun di anggap sebagai kritikal; kenapa benda macam ini pun hendak bersangka buruk? Mungkin terpengaruh dengan hasutan SSST yang suruh mungkir janji kut. Habis tu nak pemimpin yang pak angguk macam MY lepas tu tikam dari belakang baru tak kritikal? Ataupun yang "setia" macam Azmin?  

Dalam interview yang sama Tun sendiri sebut nama Najib sebanyak 20 kali; macam sudah jadi obses dengan Najib pula. Secara jujur politik dendam ini buruk untuk pembangunan mana-mana negara. Even Anwar sendiri dah maafkan apa yang berlaku 20 tahun lepas, kenapa masih hendak bersangka buruk? Ingat pepatah eye for an eye and the world goes blind. 


Dan ikut analisa Fitch Solutions, ekonomi kita akan terkebelakang sebanyak 10 tahun akibat ketidakstabilan politik.  

Kita perlu politik baharu yang bebas dari sentimen perkauman, agama, xenophobic barulah kita dapat berdaya saing. Saya pun selalu kritik PAS dan Najib\UMNO tapi saya tidak la obses dengan mereka. The moment mereka sedar dari kesilapan that is that. Tapi untuk bawa dendam peribadi sampai ke urusan negara, sanggup orkestra kan langkah Shereton, ( di sahihkan oleh Hadi Awang yang ia bukan jadi secara eksiden tapi langkah terancang), cuma tersilap besar bila MY yang hijack langkah Shereton tadi. 

Seriously kalau Tun tak letak jawatan, benda ini masih lagi boleh di selamatkan. Tapi mestilah kena letak jawatan sebab nak tunjuk tunai janji dan terlepas dari manifesto bukan kitab suci. Sebab itu apa yang Peja degree palsu buat. Letak jawatan MB Perak lepas tu calon diri sendiri jadi MB balik. Cuma nasib Tun tak baik Peja sebab kena hijack dengan MY. 

Sekarang ini MY sudah merealisasikan semua impian Tun, jadikan UMNO keldai Bersatu, ( Ilham centre kata ular lidi telan Naga), jentera UMNO yang tolong Bersatu di Sabah, walau menang paling sikit kerusi, Bersatu yang jadi KM. Lagi ironis bila Tun rasa ubah yang Tun sendiri reneh 20 tahun lepas bila kena tendang keluar dari Bersatu dengan law yang Tun sendiri ubah bila mana ahli tak boleh cabar pemecatan diri sendiri di mahkamah ( waktu kes UMNO baru dulu). 


I don't know what future hold. Yang saya tahu bola sudah ada di hadapan gawang, tapi pintu gol asyik kena alih. Cuma sebagai seorang yang optimis, saya bersyukur bila pengkhianatan ini berlaku, sebab bukan senang kita nak tahu apa dalam hati manusia dengan mereka sendiri tidak segan silu mengaku.
Kita boleh tahu yang:
1) Lebai PAS berkhianat dengan UMNO sejak dari 2015
2) Langkah Shereton adalah tip of the ice-berg, langkah berkhianat untuk burukkan PH bermula dari 2018 lagi bila isu perkauman sengaja di biarkan. Kes Adib, ICERD, Jawi, Vernakular. Sebab itu satu pun dari masalah yang tadi belum selesai.
3) Lebai PAS juga jadi agen langkah Shereton.
4) Hudud mainan politik, Jadi Khadam MCA adalah satu matlamat hidup lebai PAS
5) Yang di kata hendak rampas balik mandat rakyat itu hanya kalau mereka yang jadi PM. Sanggup sokong Shafie jadi PM punya nak nafi Anwar. Lagi best mandat rakyat kalau Anwar jadi calon PM tak wajib sokong.

Ini penting untuk kita move on. Sebab ada di antara penyokong PH masih lagi tersangkut di nostalgia, ingat ada orang itu kawan dengan kita sebab ikhlas, tapi dia kawan sebab nak perguna kita. itu sahaja.
Saya rasa sudah-sudahlah Tun, bawa berehat. You already have a trust deficit di antara rakyat. Kalau Pejuang bertanding pun, none of penyokong, PH, PN and MN will support you. And you knew this better. Sebab itu Tun target hanya nak jadi kingmaker dan bertanding 40 kerusi untuk pecah undi. And calonkan Shafie Afdal jadi PM is also a jest; dari elok ada kerusi ketua menteri sampai terus hilang tinggal rangka.

Take a chill pill and have a trust on others to lead the country. Semua pilihan Tun gagal, dari Pak Lah, Najib dan MY; mudahkan saja kerja dengan support Anwar di parlimen if you have some dignity left. Unless your final plan is to join Bersatu bila Najib dan Zahid kena penjara;  hasbunallah wanikmal wakil.

1 comment:





  1. Fast track adalah syarikat kewangan yang ditubuhkan untuk membantu memberikan pinjaman yang boleh dipercayai dengan kadar faedah yang murah, hubungi kami sekarang untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara memohon pinjaman. hubungi kami sekarang di e-mel: (info @ fastintracfinancial.com) Whatsapp: +1 (858-519-9429)

    ReplyDelete