Friday, October 23, 2020

Kuliah Dhuha - Awas Ulama’ Jahat

 


Awas Ulama’ Jahat

Idris haji Ahmad

3/5/12

Ulamak ialah pewaris Nabi SAW dan memegang amanah agama setelah ketiadaan para Rasul. Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir, maka tidak ada lagi Rasul yang diutuskan. Urusan ini akan diambil peranan oleh para ulama’. 


Ulamak ialah mereka yang menguasai ilmu agama dengan meluas. Mereka mesti menguasai ilmu bahasa Arab, Ulum Hadis, Ulum Tafsir, Akhlak, Feqah, Usul Feqh, Tafsir, Tarikh Tashrik, Qawaid Feqhiah,ilmu balaghah dan memahami isu semasa. Seorang ulmak wajib takut hanya kepada Allah SWT sahaja. Jika seorang yang mempunyai ketinggian ilmu tetapi takut kepada manusia maka ia bukan digolong sebagai ulamak.

Ulama mesti beramal  dengan ilmunya dan mengajar pula kepada orang lain, dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Jika berlaku sebaliknya maka ia mewarisi kerja syaitan

Manakala ulamak al-Su’ (jahat) ialah ulamak yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.

Nabi SAW telah mengigatkan tentang bahayanya ulama’ jahat di dalam sabdanya.. 


“Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. BIla ditanya : siapa mereka itu? Jawab Baginda :ulama’ su’.

Klik Sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...