Wednesday, November 18, 2020

APA PUNYA IDEA TIMB MENTERI PN, ADA BOLEH DIA SURUH BNM CETAK DUIT BANYAK-BANYAK!!

Inflasi-Hiper : Kenapa ia berbahaya pada ekonomi.


Mula-mula saya ingat yang timbalan menteri senator Wan Ahmad Fayhsal yang kata Bank Negara sepatutnya kena cetak duit dan bagi terus pada rakyat adalah satu troll atau satira, rupa-rupanya ia adalah kenyataan dari beliau sendiri.


Saya sangat terkejut macam mana seorang timbalan menteri tidak faham tentang kesan ekonomi akibat dari Bank Pusat mencetak duit tanpa had di pasaran. Mungkin dia terlupa belajar bab ekonomi 101 di King's College waktu sambung belajar Sarjana dahulu.


Secara amnya Bank Negara akan kawal jumlah nota ringgit yang berada di pasaran untuk mengekalkan nilai ringgit tersebut. Bank Negara juga ada simpanan antarabangsa yang mana ia ada sangkut paut dengan rating credit, simpan tukaran wang asing tapi kita hendak cerita tentang Inflasi-Hiper akibat dari mencetak duit lebih dari permintaan.


Inflasi-Hiper adalah situasi di mana harga barang-barang dah servis naik lebih dari 50% dalam masa sebulan. Untuk gambaran mudah ialah jika pada situasi normal, kita mungkin berbelanja dapur RM500 seminggu, tapi pada minggu depannya dengan barang yang sama, sudah jadi RM750 seminggu dan minggu seterusnya jadi RM1,125 seminggu.


Kalau gaji perkerja tidak naik seiring dengan taraf hidup masyarakat, ramai orang tidak akan mampu untuk bayar keperluan asas dan tampung hidup mereka.


Salah satu sebab utama Inflasi-Hiper adalah kerana jumlah duit yang terlalu banyak di cetak di pasaran sampai tidak ada nilai. Kalau ini berlaku pada negara kita, tak mustahil seorang kena bawa RM10 juta hanya untuk beli ikan di pasar.


Walaupun contohnya bila bank negara cetak duit 2 kali ganda dalam pasaran, dan secara teorinya kerjaan boleh bagi bonus 2 kali ganda sebab pendapatan kerajaan jadi 2 kali ganda lebih banyak; tapi itu situasi sebenar tidak akan jadi sedemikian. Yang pasti bila hyper infalasi berlaku, tukaran wang asing untuk ringgit malaysia makin lemah. Walaupun ada 2 kali ganda duit dalam pasaran tempatan, nilai ringgit berbanding USD misalnya akan naik jadi 2 kali ganda. 


Contohnya kalau sebelum hyperinfalsi 1usd=RM4.5, lepas hyperinflasi 1usd=RM9. Jadi sebagai negara yang bergantung pada dagangan asing dan kita pun banyak bon-bon asing, kita akan terpaksa bayar hutang yang di ikat dengan matawang asing lebih banyak dari jumlah normal jika tiada hiperinflasi


Jadi untuk menjamin kesejahteraan ekonomi negara, bank negara kena kawal jumlah ringgit yang berada dalam pasaran. Bank negara juga kawal kadar bunga, simpanan asas dan kadar bon yang di keluarkan untuk mengawal ekonomi negara.  


Contoh di bawah macam mana 1ringgit kita dengan Venuzuela VEB 2,434 sampai mereka terpaksa guna matawang baru VEF untuk ganti VEB. Paling kelakar nak pergi pasar, rakyat terpaksa bawa duit pakai jentolak dan timbang duit pakai scale hanya untuk beli tomato. Jadi ini adalah satu sebab dari berjuta kenapa 73 Menteri dalam kabinet PN tidak berfungsi dan hanya membazir wang rakyat.

Mohd Mukhlis - LINK


 

1 comment:

  1. Ni salah sorang yg tak boleh diundi pru akan datang. Lain2 ialah bung mokhtar, mahathir, najib, semua calon pas, lim kit siang, anwar berahi, timbalan menteri rtm, tajudin pasir menyalak dan tambah la lg ya.

    ReplyDelete