Tak pasti tulisan ustaz atau YB mana dari Kelantan yang beredar di Whatsapp.. kononnya nak mempertahankan kenaikan elaun adun dan Exco di Kelantan... pandai dia bersilat fakta cuba mengelirukan atau berbohong..Kononnya Elaun Adun PAS sebelum 2015 hanya RM 4 ribu.. Lebih rendah dari pegawai Kerajaan..
Kenapa dia sebut sebelum tahun 2015 ? Kenapa tak selepas 2015..Memang benar..Sebelum tahun 2015 tu tahun dimana MB nya adalah seorang Ulama yang zuhud iaitu Almarhum Tok guru Nik Aziz.. masa tu Husam masih Exco yg jaga Ekonomi.. masa zaman Tok guru Nik Aziz berpuluh tahun..memang Elaun adun tak lebih pun RM 4000.. Memang cukup rendah.. gaji cikgu hari ni lagi tinggi..
Tapi kita tahu tak..Selepas saja Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia.. Bila Kelantan ditadbir kelompok Ruwaibidhah dan Ulama jahat.. Tok Guru Nik Aziz meninggal bulan febuari 2015..Bulan November depa dah naikkan elaun Adun dari RM 4600 kepada RM 8000.. Depa naik hampir sekali ganda... itu belum kenaikan Elaun MB dan Exco.. depa naik tu time tu tahun yang sama banjir besar melanda Kelantan.. kenaikan kali ini time wabak Melanda Negara..
Tapi awat Ustaz tu berbohong dan sorokkan fakta kenaikan kepada RM 8000 pada hujung tahun 2015.. kenapa sebut elaun sebelum 2015 ? saja kononnya nak nampak Elaun adun kelantan kononnya rendah ? betul betul membohong lah... Dari RM 8 ribu maknanya nak tambah dari RM 3 hingga RM 5 ribu.. nampak tak ?
Ni nak habaq..TG Nik Aziz tu betul betul Zuhud.. Dia Meninggal Dunia, gaji memang rendah..dah lah rendah.. separuh dia Infaq... Mana ada koleksi kereta.. dia pergi tanpa apa apa harta dan kenderaan kemegahan.. kereta Honda pun takda.. jangan kata Vellfire atau Mercedes.. walhal dia MB 20 tahun.. Hutang Kerajaan pusat tak pernah tak bayar walaupun hasil negeri sikit..tu orang panggil berkat..
Pesan kat MB Kelantan..Toksah lah berlakon zuhud naik basikal Pi Masjid.. Kononnya beli nasi bungkus naik motor.. atau ada Ulama dunia tunjukkan rumah dia dari papan..lantai dimakan anai anai kononnya..Sedangkan kereta mewah.. Nombor Plat kereta pun harga berpuluh ribu... lagi mahal dari rumah lantai anai anai dia.. Dok tibai gaji Duta berstatus Menteri dekat berpuluh ribu sebulan..tapi lantai rumah pun tak boleh nak ganti.. Tu orang tak panggil zuhud..
Nak naik gaji..naik jer.. tak payah Bagi dalil.. berlakon zuhud..apalagi cuba buat perbandingan Bohong dengan bandingkan gaji dan Elaun sebelum 2015... 🙂
Ipohmali
No comments:
Post a Comment