Sunday, November 29, 2020

GAME ATAS GAME.. ANWAR GAME MUHYIDDIN & TUNM..!


 GAME ATAS GAME.

Tulisan ini berdasarkan pemerhatian aku terhadap apa yang berlaku. Tiada sumber rasmi dari mana-mana parti mahupun individu.

Kepada pembenci DSAI tak digalakkan baca. Aku jamin 100% akan sakit hati.

GAME 1

Kenapa Najib bangkitkan isu duit KWSP? Tak lain tak bukan kerana Najib tahu kedudukan kewangan KWSP. Najib arif yang KWSP tak punya cukup tunai untuk diberikan kepada pencarum. Najib mahu ambil peluang di situ.

DS Anwar pada awalnya tidak bersetuju duit hari tua rakyat diusik. Tapi kemudian ubah pandangan apabila melihat ada keuntungan di situ.

Pertama, rakyat memang perlukan duit. Dan kedua, PN takkan mampu tunaikan. Ini akan buatkan rakyat marah kepada PN dan itu menguntungkan PH.

GAME 2

PN asalnya berkeras tidak mahu beri duit KWSP. Berbagai-bagai episod sedih cuba diketengahkan. Termasuklah cerita KWSP terpaksa jual aset.

Tetapi kemahuan rakyat terhadap duit mereka tak dapat dibendung. PH dan UMNO gunakan isu itu dengan cemerlang untuk menolak bajet seterusnya menjatuhkan PN tanpa dicap sebagai derhaka kepada YDPA malah disokong oleh rakyat.

Dengan anggapan PH tidak mungkin akan menyokong bajet, PN mengambil langkah berani mati. Tanpa diduga, Menteri Kewangan menyatakan persetujuan kepada tuntutan pembangkang di saat akhir iaitu ketika sessi penggulungan, bersandarkan 2 natijah.

GAME 2 - NATIJAH I

DSAI gagal dapatkan bilangan number yang mencukupi untuk merampas kuasa. Maka PN dengan bangganya berkata yang DS Anwar hanya menipu. Kemudian mereka dengan bangga berkata mereka memang kerajaan yang cukup majoriti.

GAME 2 - NATIJAH II (a)

DSAI cukup numbers, Muhyiddin akan bubar parlimen. Kemudian PN akan masuk PRU dengan sentimen PH derhaka titah YDP Agong. Dan lagi, PRU terpaksa diadakan ketika Covid-19 kerana PH gila kuasa.

Mereka akan kata lagi, walaupun tuntutan PH sudah ditunaikan, tetapi kerana terlalu ingin rampas kuasa, DS Anwar enggan terima dan akibatnya rakyat yang terpaksa tanggung.

Rakyat akan berasa geram dan rasa dimangsakan. Akhirnya mereka luahkan kemarahan pada kertas undi. PH tergolek dan terkubur.

GAME 2 - NATIJAH II (b)

Mahathir dengan licik akan mendapatkan sokongan dari beberapa kumpulan dalam Umno dan juga PH, kemudian dengan sokongan lalang dari Borneo, dia mampu mengumpul numbers dan menghadap YDP Agong untuk jadi PM kali ketiga.

GAME 3

Secara tiba-tiba DS Anwar tidak menyokong undi belah bahagian. Secara tidak langsung Belanjawan 2021 dikira lulus di peringkat dasar.

Menteri Kewangan ternganga. Mana nak cari dana untuk tunaikan apa yang disebut dalam penggulungan tadi. Sekarang PN dah terjelepok dalam perangkap sendiri.

Mahathir juga meroyan. Sepatutnya dia dapat buktikan DSAI tak cukup sokongan. Dan kalau cukup pun, dia sepatutnya dapat mencilok tang konar dan menjadi PM untuk kali ketiga. Sebaliknya dia pula kelihatan tiada sokongan.

Semuanya kerana DS Anwar dah tukar permainan. Sekarang muncung senapang tertuju ke mulut Muhyiddin dan Tengku Zafrul. Mahathir pula terbelit dalam simpulan yang dia buat sendiri.

Ini telahan secara logik berdasarkan pemerhatian. Nampaknya game ini makin menarik. Kerana lain dirancang, lain yang terjadi. Sekarang siapa pun tak tahu apa rencana seterusnya.

- R a j a G e l a p -

15 comments:

  1. Game ke 4
    Semua game 1-3 tu dibuat untuk hiburan hati makhluk kecewa bang Non kena tibai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjilat madey tak puashati kerana madey gagal dapat sokongan...hari2 kluangman meroyan dlm blognye....

      Yg tibai Anwar penjilat madey...kaciwa kerana harapan nakkan madey munafik kembali pm kali ke3 digagalan oleh Anwar....

      Bijak Anwar kenakan madey dan muyidin....

      Delete
    2. Hey kluangman penjilat tegar madey munafik..ko blm jawab kenape Warisan tak sokong madey semasa undian bajet..

      Adakah kerana madey tak bantu kempen warisan dlm PRN sabah?....madey janji nak pegi sabah bantu kempen shafei....shafei kena bungkus....madey mungkir janji..

      Delete
  2. Game ke 5
    Anwar kencing lagiiii. Itu ikut pemerhatian aku la. Tiada sumber rasmi dari mana2 parti mahu pun individu

    -RajaTerang-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko geng kluangman yg kaciwa dgn madey tersungkur lagi..

      Kikikikik..

      Delete
  3. Game ke 5
    Anwar kencing lagiiii. Itu ikut pemerhatian aku la. Tiada sumber rasmi dari mana2 parti mahu pun individu

    -RajaTerang-

    ReplyDelete
  4. Tak sokong sapa2sebab tak nak meroyan bila parti yg kita sokong di lemparkan dgn bermacam-macam cerita betul atau hanya sekadar rekaan.Nak tengok last game sampai pru...siapa yg lebih utamakan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Teman setuju dengan geme DSAI ni jadi kantoi la PM 4/7/7setengah untuk kali ketiga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Unknown 2.50PM Tuan dapat melihat dengan jelas melalui mata hati. Saya fikir ramai lagi pemerhati terdetik begitu.

      Delete
  6. Kalau kita baca tulisan Raja Gelap dari mula sampai tamat tapi dengan syarat teliti dan fahami betul-betul yang tersurat dan tersirat, kemudian kita teliti komen dibawah kita akan dapati siapa yang lebih terkecewa, pengikut Tun M, DSAI, DSNR atau PM sekarang? Persoalan ini juga game.

    ReplyDelete
  7. Menarik.Agak dramatik.Kita tunggu game sampai game over.Umno akan ketulahan.Tiga politik Melayu hatuk kepala.Sising lengang berebut satu kerusi dalam PRU15.Nak jual polimik kaum dan agama tak realistik lagi kerana PN sedang jadi kerajaan.Nak terjun dalam sentimen perkauman dah tak jadi modal.Tapi game tetap game.

    ReplyDelete
  8. Anwar sudah baca kedudukan umno yg sudah terbagi 3 geng...

    Kalo anwar bangun tapi kalah kerana umno tak sokong bahananye besar kpd anwar....madey boleh ambil alih peranan untuk singkirkan muyidin dan anwar...

    Bijak jugak bacaan anwar....penjilat2 marah berapi2 kpd anwar yg tutup peluang madey...

    Warisan pon tak sokong madey..

    ReplyDelete
  9. Isu kwsp dimainkan oleh najib dan anwar...najib ugut muyidin...muyidin ketakutan PN AKAN TUMBANG...

    Awal2 lagi zafarul umum kwsp setuju luluskan pengeluaran....kwsp umum akan jual aset...

    Tiba hari pengundian zafrul sahkan dlm parlimen kwsp diluluskan.....anwar sudah baca umno terpaksa sokong muyidin...

    Anwar kena buat keputusan yg cepat...bahana besar jika anwar tolak bajet...

    Madey mesti disisihkan lebih dulu...mamak ni bijak putarbelit dan ambik peluang...penjilat2 merana kaciwa peluang madey ditutup oleh anwar...

    Sisihkan dulu madey baru mudah terjah muyidin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fooh, exactly look like they are professional chess players. We wait until the game is over.

      Delete