Thursday, December 3, 2020

Mineral apa yang dijumpai di Kedah? Adakah cecair atau pepejal? Mungkinkah vibranium atau sanusium!


 Konsep bendalir, ia mengalir dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan bertekanan rendah. Macam minyak dan gas contohnya, dalam reservoir tekanan adalah tinggi. Sebab itu bila kita gerudi, minyak dan gas akan memancut keluar.


Tapi reservoir bukanlah berada di permukaan. Ianya nun jauh beratus kaki ke dalam perut bumi. Kalau setakat di permukaan bumi, tekanan tak cukup kuat. Mungkin mengalir macam air di telaga.


Jadi macam yang MB Kedah kata, mineral baharu ini tak perlu perlombongan, hanya pacak paip 4 inci dan mineral akan mengalir keluar, aku jadi kaget. Mineral apa yang dijumpai di Kedah? Adakah dalam bentuk cecair atau pepejal?


Kalau dari ceritanya, macam cecair. Tapi cecair apa yang dikatakan Rare Earth Element yang bernilai tinggi ini? Entahlah. Tapi kalau bukan cecair, takkanlah mineral itu boleh mengalir sendiri ke permukaan. Agak memelikkan.


Tambah pelik bila dikatakan ia tidak perlukan perlombongan. Sedangkan air telaga pun perlu dikorek. Sedangkan bauksit pun perlu dilombong. Mineral di Kedah ini pula cukup setakat cucuk paip 4 inci? Sumpah, aku keliru.


Aku tak sabar sebenarnya nak tahu apakah mineral yang ditemui di Kedah itu. Sungguh sungguh misteri. Mungkinkah vibranium? Apakah vibranium memang betul wujud? Entahlah. Tapi buat masa ini biarlah aku gelar mineral itu sebagai Sanusium.


.

- R a j a G e l a p -

1 comment:

  1. Lebai kelarah kenai ker apa ker jadahnya mineral jenis apa yg Ada dlm bumi? Sembang boleh ler. Dengar kata sykt tu nak beri 10% drpd hasil yg disedut/korek kpd kerajaan negeri. Kalau ikut rekod puak2 PASik Ni merentah, Ada duit sikit mula nak Naik gaji adun dan exco. Mula nak tukaq kreta rasmi. Cukup ker 10% nak cover semua belanja tu. Sebagaimana org kelate dah berpuluh tahun dikelentong org kedah pun akan kena klentong gak nanti. Sama umoq panjang sama boleh tengok.

    ReplyDelete