Sunday, December 13, 2020

Pegawai MB Kedah bagi idea cara nak alihkan Sg Muda yang jadi pertikaian ketika ini..



Bukan susah pun nak alih aliran Sungai Muda!

Dalam catatan sejarah Negeri Kedah, Sungai Muda yang jadi sempadan Kedah - Pulau Pinang (sempadan di tengah sungai) hari ini, sebahagian laluannya yang ada sekarang adalah terbentuk daripada pengorekan (buatan manusia), bukan semulajadi.

Dalam buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah tulisan Muhammad Hassan Dato’ Kerani Arshad, halaman 15, dinyatakan bahawa kali pertama kerja pengorekan dilakukan ketika era pemerintahan Sri Paduka Maharaja Kerma.

Laluan baharu itu dikorek bermula dari Permatang Pasir berhampiran Kota Arong Arongan (Kota Kuala Muda hari ini).

Tujuan sungai baharu itu dibentuk adalah bagi memudahkan urusan orang ramai kerana fungsi sungai sebagai pengangkutan utama sedangkan Kota Arong Arongan asalnya berjarak jauh dari sungai atau laut.

Sebelum itu, aliran asal Sungai Simpor adalah terus ke Sungai Merbok. Apabila aliran baharu yang ketika itu dinamakan Sungai Kuala Muda (mengikut Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah, sekarang Sungai Muda), aliran Sungai Simpor ditutup dengan batu.

CATATAN: Kedah berpengalaman lama buka/ tutup aliran sungai. Jika terpaksa melakukannya sekali lagi, ia amat mudah bagi kami. 

Caption

1. Garisan merahbiru adalah aliran baharu yang dikorek dan dinamakan Sungai Kuala Muda atau Sungai Muda yang wujud hari ini.

2. Garisan kuning adalah Sungai Simpor (yang ditutup dengan batu) dan mengalir terus ke Sungai Merbok. 


Catatan MUHAMAD MAT YAKIM


##SejarahKedahMaruahKita


LINK FACEBOOK

1 comment: