Saturday, January 11, 2020
DONG ZONG, MCA, GERAKAN YANG MEMBANTAH ISU JAWI, PH PULAK DISALAHKAN
Soalan : Bila bermula isu pengenalan tulisan Jawi ini?
Jawapan : Edisi terbaru KSSR, Kementerian Pendidikan mencadangkan di peringkat SJK, bagi Darjah 4 untuk matapelajaran Bahasa Melayu, murid perlu belajar menulis simpulan bahasa dalam bentuk khat, dan juga mengenal dan menyebut abjad Jawi yang ditulis mereka.
Soalan : Apa tujuan KSSR memperkenalkan tulisan seni khat (Jawi) ini?
Jawapan : Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Bahasa Melayu di SJK bagi Darjah 4, Kementerian Pendidikan bertujuan mengembangkan kamahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid, serta mempelajari aspek seni bahasa dan tatabahasa.
Pengenalan "seni khat" salah satu cara untuk belajar seni bahasa. Selain itu, ada juga pelajaran peribahasa, sajak, lirik dan cerita.
Utama Tanglung dari Jawi .. Apakah TG Nik Aziz Muliakan Gereja dari Masjid.. ?
Utama Tanglung dari Jawi .. Apakah TG Nik Aziz Muliakan Gereja dari Masjid.. ?
Aku memuji tindakan pantas Timbalan Perdana Menteri yang turun ke Sekolah di Puchong bagi menzahirkan rasa simpati tindakan menurunkan tanglung dan Hiasan sempena tahun baru Cina yang dianggap sebagai simbol Agama oleh kelompok Ashabiyah dan Khawarij..
Sebelum ini, TG Nik Aziz pernah lakukan perkara yang Sama.. Di Kota Bharu bila TG Nik Aziz melihat The Fatima Catholic Church diturunkan lambang Salib... TG Nik Aziz menghantar pegawai khasnya menawarkan bantuan kewangan jika salib itu dirosakkan akibat serangan..
Ketika heboh cerita Gereja diserang di Kuala Lumpur.. Almarhum TG Nik Aziz turun dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur melawat 3 Gereja semata mata melahirkan rasa simpati atas kerosakan akibat serangan, antara gereja yang dilawat Tg Nik Aziz.. Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dan Gereja St Francis Xavier..